omniture

SI Group Lantik Presiden dan CEO Baharu

SI Group, Inc.
2013-05-08 09:27 213

SCHENECTADY, New York, 8 Mei 2013 /PRNewswire/ -- SI Group, Inc. hari ini mengumumkan pelantikan Frank A. Bozich sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu mereka, berkuatkuasa 28 Mei 2013. En. Bozich menggantikan Stephen J. Large yang baru-baru ini mengumumkan persaraannya selepas menamatkan tempoh masa cemerlang beliau memegang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130204/NY53537LOGO-b)

En. Bozich menyertai SI Group selepas memegang jawatan sebagai Presiden Bahagian Mangkin BASF, pembekal pasaran dunia untuk mangkin-mangkin alam sekitar dan proses. Sebelum ini, beliau memegang beberapa jawatan tinggi dalam BASF, termasuk Naib Presiden Kumpulan, Perkhidmatan Logam Berharga dan Bes, serta Naib Presiden Kumpulan, Jabatan Pengurusan Penyepaduan.

Sebelum di BASF, En. Bozich memegang jawatan Naib Presiden Kumpulan, Teknologi dan Usaha Niaga Perusahaan di  Engelhard Corporation, yang telah dibeli oleh BASF pada tahun 2006. Beliau pernah memegang tampuk-tampuk kepimpinan di Rohm and Haas, kini sebuah anak syarikat milik penuh The Dow Chemical Company, dan di Croda Adhesives, Inc. Beliau juga mengasaskan Apex Adhesives, yang telah dijual pada Croda pada tahun 1993.

"Frank ialah seorang eksekutif yang berpengalaman luas dengan pengetahuan industri yang mendalam, kemahiran kepimpinan yang hebat, dan bersemangat keusahawanan," kata Wallace A. Graham, Pengerusi Lembaga Pengarah SI Group. "Latar belakang, pengalaman dan gaya beliau membuatkan beliau mempunyai kelayakan unik bagi memimpin kami dalam mencapai matlamat pertumbuhan kami."

En. Bozich memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Kimia dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Chicago, serta ijazah sarjana dalam bidang Kimia dari Universiti Illinois.

Mengenai SI Group

SI Group adalah sebuah syarikat milik keluarga yang ditubuhkan pada tahun 1906 dan beribu pejabat di Schenectady, New York. Sebuah peneraju pembangun dan pengilang sedunia untuk resin fenolik, resin alkilfenolik, fenol beralkil dan lain-lain bahan kimia perantaraan, SI Group mengendalikan 20 fasiliti dalam 10 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang SI Group, lawati  www.siigroup.com.

Hubungi:
Brooke Manrique
Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Pasaran
SI Group, Inc.
+1-518-347-4112
brooke.manrique@siigroup.com

 

Source: SI Group, Inc.
Related Links:
Keywords: Chemical Personnel announcements