omniture

Primavera Capital Peroleh Perniagaan Greater China Mead Johnson daripada Reckitt Benckiser Group

Primavera Capital Group
2021-06-07 16:05 260

BEIJING, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Primavera Capital Group ("Primavera") hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad dengan Reckitt Benckiser Group plc ("Reckitt"), syarikat kesihatan, nutrisi, dan kebersihan pengguna yang terkemuka di dunia, untuk memperoleh perniagaan Greater China Mead Johnson Nutrition Company ("Mead Johnson", "Syarikat"), syarikat formula bayi dan nutrisi yang terkemuka di dunia yang dimiliki oleh Reckitt. Berikutan dengan urus niaga ini, Primavera akan memiliki lesen berkekalan tanpa royalti dan eksklusif jenama Mead Johnson di Greater China.

Pemerolehan ini ialah satu lagi kejayaan buat Primavera dalam industri pengguna. Menuju masa depan, Primavera akan menyokong sepenuhnya pertumbuhan Mead Johnson di China, melalui inovasi, penambahbaikan operasi, pengoptimuman saluran, dan transformasi digital, untuk terus mempertingkatkan kedudukan dan prospek pertumbuhannya di pasaran nutrisi bayi yang besar di China.

Mead Johnson ditubuhkan dalam tahun 1905 di Illinois, AS oleh Edward Mead Johnson. Ia merupakan jenama susu formula bayi premium yang terkenal di dunia. Dalam tahun 2009, Syarikat telah berjaya disenaraikan pada Bursa Saham New York, dan dalam tahun 2017 telah diperoleh oleh Reckitt. Berikutan pemerolehan Primavera, perniagaan bayi dan nutrisi kanak-kanak di Greater China akan mendapat faedah daripada sumber bekalan dan kolaborasi berterusan inovasi R&D global Reckitt. Urus niaga ini adalah tertakluk kepada perundingan majlis kerja dan kelulusan kawal selia yang lazim.

Dr. Fred Hu, pengasas dan pengerusi Primavera Capital Group, mengulas:

"Kami gembira dapat memperoleh perniagaan Greater China Mead Johnson, jenama nutrisi bayi dan kanak-kanak multinasional yang telah lama bertapak dan terkenal. Sebagai pemegang saham utama, Primavera komited untuk memberi khidmat kepada jutaan ibu dan bayi Cina dan melindungi kesejahteraan mereka. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan pengurusan Reckitt, dan berterusan memberikan produk nutrisi berkualiti tinggi kepada pelanggan melalui keupayaan inovasi dan R&D saintifik bertaraf dunia, serta kawalan keselamatan dan kualiti yang paling ketat."

Ketua Pegawai Eksekutif Reckitt, Laxman Narasimhan berkata, "Selepas peninjauan teliti ke atas perniagaan formula bayi dan nutrisi kami di China, kami menemui tempat yang sangat baik untuk perniagaan di bawah pemilikan Primavera. Akan datang, hasil daripada urus niaga ini, perniagaan Nutrisi Reckitt akan mempunyai pertumbuhan dan profil margin yang lebih baik dan lebih konsisten."

Pada masa ini, pasaran rumusan susu bayi China yang bernilai RMB150 bilion adalah yang terbesar di dunia, di mana pengguna semakin menuntut sains dan kualiti. Mead Johnson memasuki China dalam tahun 1993 dan telah membangunkan portfolio produk yang luas dan mendalam dengan jenama teras seperti Enfinitas yang menikmati kesedaran jenama yang tinggi.

HSBC bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Primavera ke atas urus niaga ini.

Source: Primavera Capital Group
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Acquisitions, mergers, takeovers