omniture

Cirque du Soleil dan Kumpulan Harta Pusaka Michael Jackson melancarkan Michael Jackson ONE, ditulis dan diarahkan oleh Jamie King

Cirque du Soleil
2013-05-08 12:24 169

-- EKSKLUSIF DI MANDALAY BAY, LAS VEGAS

-- PERSEMBAHAN PRATONTON BERMULA PADA 23 MEI

LAS VEGAS, 8 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Cirque du Soleil dan Kumpulan Harta Pusaka Michael Jackson melancarkan Michael Jackson ONE™ hari ini di Las Vegas, sebuah ciptaan baharu yang bakal dipersembahkan secara eksklusif hanya di Resort dan Kasino Mandalay Bay. Diarahkan oleh Jamie King, Michael Jackson ONE akan memulakan pratontonnya pada 23 Mei 2013 dan tayangan perdana media pula pada 29 Jun. Persembahan yang serba baharu ini adalah projek kreatif kedua yang diusahakan bersama oleh Cirque du Soleil dan Kumpulan Harta Pusaka Michael Jackson selepas Michael Jackson THE IMMORTAL World Tour yang mendapat sambutan hebat dan kini sedang dipersembahkan di Eropah dalam rangka persembahannya ke seluruh dunia.

Untuk menonton aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/61521-cirque-du-soleil-michael-jackson-one-at-mandalay-bay-resort-casino-vegas

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130507/MM08730)

Persembahan

Michael Jackson ONE adalah sebuah gabungan padu, segar dan bertenaga aksi akrobatik, tarian dan visual yang membawa penonton mengikuti pengembaraan penuh penghayatan menerusi muzik dan semangat Michael Jackson.

Dipacu oleh muzik Michael yang hebat dan pelbagai lapisan – dinikmati dalam cara yang penuh unik dengan persekitaran bunyi keliling canggih yang mengasyikkan – ONE membawa penonton menerusi visual dan muzik yang bakal membuat mereka terpaku, di tengah sebuah dunia yang agung, nakal, ajaib dan mengharukan.

Dalam Michael Jackson ONE, kesenian dan semangat Michael diluahkan melalui tenaga padu 63 orang penari dan pelakon, diperhebatkan lagi dengan persembahan udara, akrobatik panduan dan koreografi mantap yang menggunakan idiom urban/hip-hop sebagai batu loncatan eksplorasi.

ONE adalah penghormatan tulus ikhlas terhadap karya, semangat inovatif dan warisan Michael JacksonRaja Pop, genius, penuh wawasan, yang Terunggul.

Nama

Michael Jackson percaya bahawa semua orang adalah sama rata dan setaraf, tidak mengira bangsa atau budaya. Beliau menyampaikan mesej penuh perpaduan, keharmonian dan harapan untuk dunia yang lebih baik. Nama Michael Jackson ONE membangkitkan perasaan dan penuh enigma, ia juga memberikan satu paradoks: Michael ialah seorang artis pelbagai penampilan yang berusaha untuk menggabungkan berbagai-bagai gaya muzikal dan bentuk seni yang berbeza. Ia sebuah tajuk yang bertepatan bagi sebuah pengembaraan yang menyatukan semua ke dalam dunia Michael Jackson, yang Terunggul.

Bersama Jamie King – yang memulakan kerjaya beliau sebagai penari dalam Jelajah Dunia Dangerous Michael Jackson dan juga mengarahkan persembahan jelajah arena Michael Jackson THE IMMORTAL World Tour oleh Cirque du Soleil Michael Jackson ONE akan menggabungkan minda-minda kreatif dalam Kumpulan Harta Pusaka Michael Jackson, John Branca dan John McClain, serta bakat-bakat hebat daripada para pereka cipta berikut:

Guy Laliberte – Pembimbing Kreatif
Jean-Francois Bouchard – Ketua Pegawai Kandungan Kreatif
Jamie King – Penulis dan Pengarah
Welby Altidor – Pengarah Rekaan
Carla Kama – Pengarah Bersekutu
Kevin Antunes – Pengarah Muzik
Francois Seguin – Pereka Set dan Prop
Zaldy Goco – Pereka Kostum
Michel Lemieux and Victor Pilon – Pencipta untuk babak Man in the Mirror
Travis Payne – Koreografer
Rich and Tone Talauega – Koreografer
Parris Goebel – Koreografer
Sidi Larbi Cherkaoui – Koreografer
Ivan << Flipz >> Velez – Koreografer
Olivier Simola – Koreografer
Rob Bollinger – Pereka Persembahan Akrobatik
Germain Guillemot – Pereka Persembahan Akrobatik
Ben Potvin – Koreografer Akrobatik
Andrea Ziegler – Koreografer Akrobatik
Raymond St-Jean –  Pereka Tayangan
Jimmy Lakatos – Pereka Tayangan
David Finn – Pereka Pencahayaan
Jonathan Deans – Pereka Bunyi
Pierre Masse – Pereka Peralatan Akrobatik dan Pemasangan
Nathalie Gagne – Pereka Solekan
Brian Drader – Dramaturgi
Manon Beaudoin – Pembimbing Watak
Henry Fong – Pelukis Ilustrasi

BIOGRAFI PARA PENCIPTA DAN GAMBAR-GAMBAR PERTUNJUKAN:
Biografi para pencipta dan imej-imej boleh didapati dalam ruang akhbar kami:
http://www.cirquedusoleil.com/en/press/kits/shows/michael-jackson-one.aspx

Persembahan pratonton untuk Michael Jackson ONE akan bermula pada 23 Mei di Mandalay Bay.

JADUAL PERSEMBAHAN PRATONTON:

  • Sabtu hingga Rabu pada pukul 7:00 petang. Tiada persembahan pada hari Khamis dan Jumaat.

UNTUK PENEMPAHAN TIKET:

  • Hubungi 877.632.7400 atau 800-745-3000
  • Layari www.cirquedusoleil.com/mjone atau mandalaybay.com
  • Lawati tempat tiket Pusat Acara Mandalay Bay atau mana-mana tempat tiket  MGM Resorts International.

HARGA TIKET:

  • $69, $99, $130, $140, $150, ditambah dengan tempat duduk Gold Circle yang TERHAD. Harga tidak termasuk cukai atau yuran. 
  • Tiket-tiket boleh didapati 120 hari sebelum tarikh pertunjukan. 

Tekan SUKA pada laman Michael Jackson ONE di Facebook atau Tweet di: @Cirque #MJOne.

Cirque du Soleil

Michael Jackson ONE adalah produksi ke-8 Cirque du Soleil di Las Vegas sejak Mystere pada tahun 1993. Syarikat itu telah membawa keajaiban dan keseronokan kepada lebih daripada 100 juta penonton di lebih 300 bandar di enam benua. Cirque du Soleil mempunyai 5,000 orang kakitangan, termasuk lebih daripada 1,000 penghibur dari hampir 50 buah negara berbeza.

Untuk maklumat lanjut tentang Cirque du Soleil, lawati http://www.cirquedusoleil.com

Untuk mengetahui lagi mengenai Yayasan ONE DROP, lawati www.onedrop.org.

Source: Cirque du Soleil
Keywords: Art Entertainment Music Broadcast feed announcements New products/services