omniture

Lyse Group Memilih Axiros untuk Penjanaan Sistem Pintar

Axiros
2013-05-08 16:00 142

MUNICH, 8 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Lyse Group, sebuah syarikat tenaga dan telekomunikasi terkemuka yang berpangkalan di Barat Daya Norway, telah memilih Axiros untuk menjanakan inisiatif tenaga pintarnya, Lyse SMART AS. Perkongsian ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 150,000 kediaman.

Tindakan ini diambil sempena Mandat Meter Pintar Persatuan Eropah yang menyeru negara-negara Eropah untuk meningkatkan keselamatan tenaga, mengurangkan pengeluaran karbon dan mempertingkat daya saingan dalam sektor tenaga. Inisiatif Pintar ini memudahkan pemantauan penggunaan tenaga, kos dan pengeluaran gas rumah hijau.

Axiros yang telah diiktiraf sebagai peneraju teknologi terkemuka dalam pengurusan perkhidmatan dan perkakasan maju, dipilih oleh Lyse hasil kerjasama antara rantai nilai telekom. Platform perisian Axiros, AXPERIENCE, membolehkan Lyse Smart untuk:

  • Melakukan konfigurasi automatik, pengaktifan and penyelesaian masalah;
  • Mengurangkan kos tempat pemasangan, penyenggaraan dan sokongan yang berterusan; dan
  • Memberi perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah. Antara perkhidmatan pertama yang akan disalurkan ialah kepada perkhidmatan automasi kediaman, penggera dan kebajikan.

Platform Axiros membolehkan Lyse mengurus beberapa rangkaian hala balik (sebagai contoh : fiber, selular dan perhubungan radio) supaya apabila satu sistem tidak berfungsi, komunikasi akan dilencongkan ke saluran yang lain. Secara asasnya, platform ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, pengekalan pelanggan dan operasi yang cekap.

Ketua Pegawai Teknologi Lyse Smarts, Oddbjorn Sorseth berkata, "Saya tertarik dengan kemampuan Axiros yang berupaya memenuhi kriteria syarikat kami untuk sistem pengurusan jarak jauh dan pengoptimuman perkhidmatan."

Meter pintar Lyse akan digandingkan dengan laluan pintar yang dijanakan oleh perisian Axiros AXACT bagi peranti terbenam. Dengan Lyse Smart, pelanggan boleh menggunakan capaian jauh dan mengendalikan beberapa perantian melalui telefon pintar atau tablet.

Produk Axiros yang juga terkenal dengan seni bina terbuka membolehkan platform diintegrasikan dalam senibina-IT Lyse dengan mudah dan memberi beberapa faedah : pengunaan dan pemasaran yang pantas.

Ketua Pegawai Eksekutif Axiros, Kurt Peterhans berkata beliau gembira dapat bekerjasama dengan Lyse dalam usaha pintar ini." Menurut beliau lagi, Lyse menggunakan pendekatan yang canggih dalam inisiatif penggunaan meter pintar". Kami teruja kerana mereka telah memilih produk kami untuk membantu mencapai matlamat mereka".

Lyse Group dijangkakan akan melaksanakan sistem baharu ini dalam masa setahun.

Lyse adalah Kumpulan Industri Norway yang beroperasi dalam bidang tenaga dan telekomunikasi. www.lyse.no

Axiros menyediakan peranti dan menawarkan perkhidmatan penyelesaian pengurusan rangkaian tetap dan mudah alih untuk pengguna, syarikat- syarikat dan pasaran M2M. www.axiros.com

Source: Axiros
Keywords: Computer/Electronics Utilities Licensing/marketing agreements