omniture

Emaar Melancarkan Hotel dan Resort Vida 'Tempat Bertamu Minda Penuh Inspirasi'

Emaar Hospitality Group
2013-05-08 16:55 147

DUBAI, United Arab Emirates, 8 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Generasi baharu eksekutif perniagaan, usahawan dan pelancong kini mempunyai jenama hotel yang diwujudkan khas untuk mereka, Hotel dan Resort Vida oleh Emaar Hospitality Group, subsidiari hospitaliti dan senggang Emaar Properties.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130506/613110 )

Vida, yang bermaksud 'kehidupan' dalam Bahasa Sepanyol, menggalakkan kemesraan, kesederhanaan dan keremajaan, lalu mencipta sebuah persekitaran yang penuh rangsangan. Sebuah 'hab urban di mana minda penuh inspirasi menginap, bermain dan berhubung', cawangan berjenama pertama dalam rangkaian hotel baharu ini akan dibuka di Downtown Dubai, dan menyediakan 156 buah bilik.

Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties, berkata: "Profil pengembara global hari ini sedang berubah, dengan pengguna yang lebih muda dan arif daripada segi teknologi mudah alih mencari kelainan dalam pengalaman hospitaliti yang memenuhi keperluan mereka. Vida akan memberi nafas baru kepada penginapan hotel bagi komuniti pelancong yang semakin penting ini, memberikan sentuhan mesra dan kebebasan yang mereka mahukan. Dengan Hotel dan Resort Vida, kami mencipta sebuah konsep serba baharu dalam kehidupan penuh inspirasi, anggun namun ringkas dan sebuah hab urban baharu untuk pengembara yang mementingkan kualiti."

Menurut Laporan Trend Pengembaraan Dunia ITB 2012/2013, lebih daripada satu pertiga pelancong berusia dalam lingkungan 15 hingga 34 tahun. Dubai bertindak sebagai hab sebahagian besar demografi muda seramai lebih 2 bilion orang dibawah usia 25 tahun di seluruh Timur Tengah, Afrika dan Asia.

Hotel dan Resort Vida mempunyai matlamat menjana keuntungan daripada pasaran yang baru meningkat ini, menawarkan perkhidmatan dan suasana yang direka khas bagi memikat generasi muda, serta kelebihan praktikal yang ada pada hotel-hotel hebat di lokasi-lokasi terbaik.

Hotel dan Resort Vida boleh dikenal pasti melalui warna-warna neutralnya yang mencipta suasana bergaya, makanan lazat yang diinspirasikan oleh hidangan Timur Tengah dan antarabangsa, dan kemudahan teknologi terkini, termasuk pendaftaran masuk melalui iPad dan perkhidmatan Wi-Fi tanpa gangguan.

Emaar merancang untuk membuka lebih banyak lagi rangkaian hotel baharu dalam pasaran global utamanya, bermula di Vida Downtown Dubai (dahulunya dikenali sebagai Hotel Qamardeen), di tengah-tengah komuniti terancang oleh pakar yang terkenal seluruh dunia milik Emaar, Downtown Dubai. Jenama hotel baharu ini juga bakal menyelia operasi dan pengurusan Hotel Al Manzil yang berhampiran dengannya.

Portfolio Emaar Hospitality Group termasuklah: Hotel + Resort The Address, Kelab Golf Arabian Ranches, Kelab Polo dan Ekuestrian Dubai, dan Kelab Kapal Layar Dubai Marina, ditambah dengan restoran gaya hidup bebas termasuklah At.mosphere Burj Khalifa, The Palace Café dan Madeleine.

Hubungan Akhbar:
Kelly Home, ASDA'A Burson-Marsteller
(+9714)-4507-600; kelly.home@bm.com

Sumber: Emaar Hospitality Group

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services