omniture

Hans Blix Bakal Menceritakan Kisah Veteran di Sidang Kemuncak Keamanan dan Keselamatan Stockholm

Swedish Veterans Federation
2013-05-08 21:11 189

STOCKHOLM, 8 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Apabila Hans Blix memberi ucapan dasar di persidangan Persekutuan Veteran Sedunia, di Sidang Kemuncak Keamanan dan Keselamatan, di Stockholm pada Mei ini, beliau mahu membantu menyebarkan kisah-kisah para veteran. "Orang ramai masih belum tahu tentang pengalaman yang dilalui oleh para veteran, dan mereka patut mendengarnya," kata Hans Blix.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/60657-hans-blix-peace-security-summit-stockholm

Hans Blix, mantan ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, ialah salah seorang daripada penyampai ucapan dasar di persidangan Persekutuan Veteran Sedunia di Sidang Kemuncak Keamanan dan Keselamatan yang bakal diadakan di Stockholm pada penghujung bulan Mei. Kini beliau bercakap buat kali pertama mengenai apa yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menyumbang kepada persidangan itu.

  • Para Tentera Keamanan mempunyai pengalaman peribadi tentang keadaan sebenar di medan perang, dan orang ramai tidak begitu maklum dengannya. Jadi saya rasa para veteran ada kisah mereka tersendiri untuk diceritakan, kata Hans Blix.

Hans Blix juga bercakap tentang berakhirnya Perang Dingin dan kita patut cuba mengurangkan perbelanjaan ketenteraan di seluruh dunia, tanpa mengabaikan kepentingan operasi mengekalkan keamanan.

  • "Saya ingin menyatakan betapa pentingnya operasi pengaman dan para veteran adalah sebuah kumpulan yang patut lebih dikenali di seluruh dunia," kata Hans Blix.

Mengenai Sidang Kemuncak Keamanan dan Keselamatan 2013

Sidang Kemuncak Keamanan dan Keselamatan 2013 adalah persidangan dunia untuk Persekutuan Veteran Sedunia (WVF), yang mewakili kira-kira 42 juta orang veteran seluruh dunia. Kesatuan Veteran Sweden yang merupakan perwakilan Sweden dalam WVF telah diminta oleh WVF untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Keamanan dan Keselamatan 2013 di Stockholm pada bulan Mei 2013. Sidang kemuncak itu dianjurkan dengan sokongan Pasukan Bersenjata Sweden, Badan Polis Kebangsaan Sweden dan Akademi Folke Bernadotte, antara lainnya.

Apa: Sidang Kemuncak Keamanan dan Keselamatan, persidangan sedunia untuk Persekutuan Veteran Sedunia.

Bila: 28-31 Mei 2013

Di mana: Stockholm, Sweden.

Maklumat lanjut: http://www.pss13.se

Untuk maklumat lanjut, anda dialu-alukan menghubungi kami

Anders Ramnerup, setiausaha agung, Persekutuan Veteran Sweden (SVF),
telefon +46-70-879-90-87, e-mel anders.ramnerup@fredsbaskrarna.se.
http://www.sverigesveteranforbund.se

Video: http://www.multivu.com/mnr/60657-hans-blix-peace-security-summit-stockholm

Sumber: Persekutuan Veteran Sweden

Source: Swedish Veterans Federation
Keywords: Aerospace/Defense Homeland Security Trade show news Veterans