omniture

Alodokter Kumpul Modal Baharu daripada MDI Ventures dan Samsung Ventures untuk Perluas Ekosistem

Alodokter
2021-06-08 18:29 280

JAKARTA, Indonesia, 8 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Alodokter, platform kesihatan digital No.1 di Indonesia, telah mengumpul dana tambahan daripada MDI Ventures, subsidiari Telkom group dan Samsung Ventures Investment Corporation (Samsung Ventures). Sokongan berterusan daripada MDI Ventures kepada Alodokter merupakan bukti keyakinan mereka terhadap prospek pertumbuhan perniagaan Alodokter yang hebat selain misi bersama untuk meningkatkan perkhidmatan keselamatan awam di Indonesia. Alodokter berjaya mengumpul dana yang signifikan sejak tahun 2019 daripada pelabur-pelabur seperti Softbank Ventures, Sequis, Golden Gate Ventures, Philips, Heritas dan Hera Capital. Alodokter akan menggunakan dana tersebut untuk terus berkembang dan mendigitalkan ekosistem rawatan kesihatan selain membangunkan produk baharu untuk platform Alodokter.

Suci Arumsari, Pengarah Presiden & Pengasas Bersama Alodokter.
Suci Arumsari, Pengarah Presiden & Pengasas Bersama Alodokter.

Melalui subsidiari-subsidiarinya, Telkom Group mempunyai misi untuk menyokong inovasi dan terus komited untuk menyediakan penyelesaian kepada berjuta-juta penduduk di Indonesia. MDI telah melabur dalam lebih daripada 50 syarikat pemula di Indonesia dan seluruh dunia dengan fokus untuk melabur dalam bidang Teknologi Kesihatan, Teknologi Kewangan, Teknologi Pertanian, Logistik, Peruncitan Baharu dan Teknologi Mendalam.

Donald Wihardja, Ketua Pegawai Eksekutif MDI Ventures berkata, "Alodokter memiliki rekod prestasi terbukti dalam mengembangkan penyelesaian rawatan kesihatan mereka yang komprehensif. Kesemua inovasi, bermula daripada teleperubatan hinggalah insurans, telah dibangunkan untuk menampung keperluan Indonesia terhadap perkhidmatan rawatan kesihatan yang boleh dicapai dan berpatutan. Pendanaan daripada MDI akan memperluaskan selanjutnya pertumbuhan perkhidmatan kesihatan melalui kolaborasi yang berpotensi dengan beberapa entiti BUMN di Indonesia."

"Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap penggunaan perkhidmatan kesihatan, pendanaan susulan ini menyelaraskan misi Telkom untuk meningkatkan produk yang inovatif dalam persekitaran SOE dan terus komited untuk menyediakan penyelesaian kepada berjuta-juta penduduk di Indonesia," jelas Pengarah Perusahaan & Perkhidmatan Perniagaan Telkom Group, Edi Witjara.

Samsung Ventures melabur sebahagian besarnya dalam syarikat pemula dan syarikat yang memiliki teknologi baharu dan inovatif dalam bidang telekomunikasi, perisian, internet, bio kejuruteraan dan industri rawatan kesihatan di seluruh dunia. Samsung Ventures percaya dengan potensi ekosistem hujung-ke-hujung Alodokter dan benar-benar percaya bahawa ia akan terus berkembang menjadi platform kesihatan digital yang paling inovatif di Indonesia.

Pendanaan ini berjaya mencapai misi Alodokter untuk membangunkan rawatan kesihatan berasaskan digital yang bersepadu di Indonesia. Ketika ini, platform Alodokter terhubung kepada lebih daripada 43,000 doktor dan 1,500 hospital & klinik dengan berjuta-juta pesakit di Indonesia. Melalui platformnya, Alodokter menyediakan perkhidmatan kesihatan digital yang menyeluruh termasuk kandungan kesihatan yang andal, akses kepada pengamal perubatan am dan pakar (teleperubatan), tempahan temu janji doktor secara dalam talian di hospital, pembelian ubat-ubatan melalui e-farmasi dan pakej insurans yang berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Alodokter, Nathanael Faibis, menjelaskan, "Pelaburan daripada MDI Ventures dan Samsung Ventures akan ditumpukan untuk meningkatkan lagi ekosistem Alodokter. Kami mengucapkan terima kasih kepada pelabur sedia ada kami MDI Ventures atas kepercayaan mereka dan mengalu-alukan Samsung Ventures untuk mengambil bahagian dalam perjalanan kami. Bidang tumpuan utama dalam menuju ke hadapan termasuk inovasi teknologi, meningkatkan himpunan bakat dan menambah ciri serta fungsi baharu. Pengembangan yang kami laksanakan ini sentiasa memfokuskan untuk menyediakan pengalaman pengguna yang pantas, tepat dan andal di platform Alodokter. Dengan mengintegrasikan ekosistem kami dengan perusahaan milik negara tambahan, kami berharap agar dapat menyediakan capaian rawatan kesihatan didayakan teknologi kepada lebih ramai pesakit Indonesia."

"Pandemik ini telah meningkatkan penerimaan perkhidmatan teleperubatan baik untuk pesakit mahupun penyedia rawatan kesihatan. Kami percaya pendayaan rawatan kesihatan yang lebih baik melalui teknologi telah menjadi lebih kritikal berbanding sebelum ini. Alodokter kekal setia dengan misi asalnya untuk mendemokrasikan akses rawatan kesihatan untuk keluarga Indonesia, justeru itu kami bersyukur dengan adanya sokongan padu daripada pelabur-pelabur seperti MDI Ventures dan Samsung Ventures dalam fasa Alodokter yang berkembang pantas ketika ini," tambah Suci Arumsari, Pengarah Presiden & Pengasas Bersama Alodokter.

Untuk maklumat lanjut mengenai ALODOKTER sila kunjungi alodokter.com

Latar Belakang Alodokter 

Alodokter merupakan aplikasi super rawatan kesihatan Indonesia terkemuka yang ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Nathanael Faibis dan Suci Arumsari. Alodokter menyediakan penyelesaian digital hujung-ke-hujung untuk pesakit termasuk perkhidmatan teleperubatan, tempahan temu janji doktor, kandungan perubatan, e-farmasi dan insurans kesihatan. Sebagai platform teleperubatan yang terkemuka di Indonesia, Alodokter mempunyai lebih daripada 30 juta pengguna aktif bulanan dan lebih daripada 43,000 doktor yang diperakui di platform ini.

Latar Belakang MDI Ventures 

MDI Ventures ialah cabang modal usaha niaga berbilang peringkat bernilai lebih US$840 juta bagi syarikat telekomunikasi yang terbesar di Indonesia. Ia merupakan firma pelaburan teknolgi terbesar di negara ini dan mempunyai salah satu dana berprestasi terbaik di Asia. Portfolio global firma ini mencakupi pelbagai sektor termasuk rawatan kesihatan, logistik, teknologi kewangan, IT mendalam, teknologi pengguna dan banyak lagi. Syarikat induk firma ini PT Telekomunikasi Indonesia Tbk (Telkom Group) ialah sebuah perusahaan milik negara Republik Indonesia. Ia disenaraikan di Bursa Saham Indonesia (IDX: TLKM) dan memiliki senaraian sekunder di Bursa Saham New York (NYSE: TLK). Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.mdi.vc.

 

Source: Alodokter
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards Financial Technology