omniture

Penginapan Bak Selebriti di The Mark

The Mark
2013-05-08 21:54 130

- Dengan Suite Hotel Anggun dan Kediaman Bergaya, Bukan Sekadar Tumpuan Ramai di Bandar Raya New York

NEW YORK, 8 Mei 2013 /PRNewswire/ -- The Mark, hotel dan kediaman paling eksklusif di Bandar Raya New York, dimeriahkan malam semalam dengan kehadiran para selebriti elit memeriahkan malam paling bergaya untuk tahun ini: The Costume Institute Gala di The Met, lebih dikenali sebagai The Met Gala. Antara selebriti yang dilihat semalam keluar dari lobi berlantai marmar belang hitam putih ikonik rekaan Jacques Grange adalah Jennifer Lopez, Anna Wintour, Carine Roitfeld, Sienna Miller, Katie Holmes dan Rosie Huntington-Whiteley.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130507/NY09314 )

Terletak di salah satu kejiranan paling berprestij di Manhattan, di 77th dan Madison Avenue di Upper East Side, The Mark terus menarik kedatangan pemula trend seluruh dunia ke hotel dan kediamannya. Pereka khas kepada Yves St. Laurent, Puteri Caroline dan yang seangkatan dengannya, Jacques Grange telah mereka hiasan dalaman The Mark, sekaligus membawakan penataan gaya bercitarasa tinggi bagi kedua-dua ruang awam dan kediaman. Perubahan penuh estetik ini menjadikan The Mark sebuah bangunan penuh lagenda dan mercu tanda serta merta di mana ruangan awamnya sama masyhur dengan ruangan peribadinya.

Mendapat sanjungan tinggi daripada penerbitan pengguna dan rekaan utama dari seluruh dunia, hotel itu sentiasa bertenaga dan meriah. Tetamu dan penginap yang bergaya menikmati pengalaman makan minum bertaraf lima bintang di Restoran dan Bar The Mark, dengan menu serba lazat digubah khas oleh chef yang memenangi banyak anugerah, Chef Jean-Georges Vongerichten, serta meluangkan masa di salun Frederic Fekkai, salah satu nama terkemuka dalam arena kecantikan dan rias rambut. Kemudahan dan perkhidmatan lain termasuklah pusat kecergasan canggih The Mark iaitu Punch Fitness Center, kiosk mengilatkan kasut eksklusif dan perkhidmatan butler daripada jenama kasut Perancis John Lobb, dan wangian eksklusif oleh pembuat minyak wangi Paris Frederic Malle.

The Mark menempatkan salah satu rumah emper paling mewah di Bandar Raya New York; kediaman dupleks seluas 10,000 kaki persegi, dengan teres bumbung peribadi dan siling setinggi 26 kaki di bawah kubah bangunan itu, yang bernilai $60 juta di pasaran. Lima buah kediaman yang mempunyai dua hingga lima buah bilik tidur juga tersedia untuk dijual. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +1-212-772-1600 atau lawati laman web The Mark Residences

Source: The Mark
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Real Estate Residential Real Estate Travel