omniture

Huawei Akan Melaksanakan Sistem Komunikasi Keretapi Yang Inovatif untuk Laluan Lanjutan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang, Malaysia

Huawei Enterprise
2013-05-09 11:02 234

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, peneraju global teknologi maklumat dan pembekal penyelesaian komunikasi (ICT), hari ini mengumumkan bahawa ia dipilih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad ("Prasarana"), sebuah syarikat prasarana Malaysia untuk melaksanakan sistem komunikasi kereta api di sepanjang laluan lanjutan sistem transit aliran ringan Ampang (LRT Ampang) di Malaysia.  Bekerja rapat dengan George Kent (Malaysia) Berhad ("George Kent"), sebuah syarikat yang menawarkan penyelesaian lengkap yang terbesar di Malaysia, Huawei akan membantu Prasarana melaksanakan sistem komunikasi yang inovatif untuk 18km laluan lanjutan tersebut yang akan merangkumi 13 stesen dan 10 pencawang berkuasa tarikan dari Seri Petaling, Kuala Lumpur ke Putra Heights, Selangor.

Memainkan peranan yang penting bagi projek lanjutan Ampang sebagai satu-satunya pembekal sistem telekomunikasi keretapi, Huawei telah mereka bentuk dan membangunkan sistem telekomunikasi yang sangat andal untuk memenuhi keperluan unik Prasarana dalam meningkatkan keselamatan dan kecekapan. Penyelesaian ini, yang akan dilaksanakan pada bulan-bulan akan datang, menyediakan sistem komunikasi yang besar yang terdiri daripada Tulang Belakang SDH, Telefoni IP PABX, Pengawasan Video CCTV, Pengumuman Awam, Paparan Maklumat Penumpang, Rakaman Suara, perkhidmatan Jam NTP, dan peranti komunikasi kereta api yang lain. Menjelang 2016, penyelesaian ini akan membantu Prasarana memberikan komitmen untuk memperluaskan liputan rangkaian LRT dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti di lebih banyak tempat untuk lebih ramai orang.

"Projek ini merupakan satu peristiwa penting bagi Huawei dalam pasaran perusahaan dan merupakan satu peluang besar untuk kami terus mengembangkan operasi di Malaysia bersama-sama dengan rakan kongsi tempatan kami," kata Encik Leo Li, Pengarah Negara, Perniagaan Perusahaan Huawei untuk Pejabat Perwakilan Malaysia. "Kami komited dalam memastikan pelaksanaan projek ini sempurna dan tepat pada masanya , membantu Prasarana membina satu sistem pengangkutan awam yang terkini dan meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat Malaysia."

Dengan teknologi canggih dan portfolio telekomunikasi khusus keretapi bagi sistem suara dan data operasi, pengawasan video dan penyelesaian transmisi, penyelesaian keretapi Huawei telah digunakan dalam sistem kereta api di seluruh dunia, menggalakkan operasi kereta api dengan keselamatan yang cemerlang, keandalan dan kecekapan yang tinggi.

Mengenai Huawei

Huawei adalah peneraju global penyedia penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Melalui dedikasi kami terhadap inovasi berpusatkan pelanggan dan perkongsian yang kukuh, kami telah menubuhkan kelebihan hujung-ke-hujung dalam rangkaian telekomunikasi, peranti dan pengkomputeran awan. Kami komited dalam mewujudkan nilai maksima untuk pengendali telekom, perusahaan dan pengguna dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang kompetitif. Produk dan penyelesaian kami telah digunakan di lebih 140 buah negara, berkhidmat kepada lebih daripada satu pertiga penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei di: www.huawei.com

Ikuti kami di Twitter : www.twitter.com/huaweipress dan You Tube: http://www.youtube.com/user/HuaweiPress

Source: Huawei Enterprise
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Railroads and Intermodal Transportation Transportation Joint ventures New products/services