omniture

Pelayar Awan Maxthon Lancarkan Pindahan Rangkaian kawasan setempat (LAN), Kaedah yang Pantas dan Mudah untuk Memindahkan Terus Fail-fail ke Semua Peranti daripada Pelayar

Maxthon
2013-05-09 14:18 202

Maxthon yang pertama  menawarkan pindahan rangkaian kawasan setempat (LAN) dalam pelayar.

SAN FRANCISCO, 9 Mei 2013 /PRNewswire/ --  Hari ini, Maxthon, pelayar web berasaskan awan, mengumumkan pelancaran ciri pindahan  rangkaian kawasan setempat (LAN) yang membolehkan pengguna memindahkan fail dengan pantas dan mudah, tanpa mengira saiz daripada pelayar kepada semua jenis peranti di lingkungan rangkaian setempat mereka.  Ini adalah perkhidmatan yang pertama kali boleh didapati dalam sesebuah pelayar.

Menurut  Karl Mattson, Naib Presiden antarabangsa Maxthon,  "Pelancaran ini selaras dengan komitmen kami untuk menjadikan pelayaran web lebih mudah, pantas dan senang digunakan – tanpa mengambilkira peranti yang dipakai." Beliau menambah "Pelayar web ini telah dianggap dan akan kekal sebagai komponen utama dalam pengalaman penggunaan Internet pengguna dan penambahan Pindahan Rangkaian kawasan setempat (LAN) kepada ciri 'Awan Tolakan' hanyalah satu daripada pelbagai langkah yang diambil untuk mengevolusi pelayar web kepada Sistem Operasi masa depan."

Boleh didapati pada perisian Windows dan Android, (akan disusuli oleh iOS dan Mac), ciri pindahan LAN menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kelajuan perpindahan fail daripada satu peranti kepada yang lain, melangkaui keperluan untuk memuat naik fail tersebut dalam awan sebelum ditolakkan ke peranti lain. Dengan langkah pertama iaitu mengenalpasti rangkaian setempat dan pencarian peranti yang saling berhubung, Pelayan awan Maxthon memudahkan pengguna untuk menghantar fail bersaiz besar antara peranti dengan pantas.

"Penambahan berbentuk pindahan LAN membawa perubahan besar dalam pelayaran internet seharian pengguna" tambah Mattson."Pelanggan yang mempunyai servis internet di rumah yang terkini dan terpantas boleh memindahkan fail 1GB daripada satu peranti kepada yang lain lima kali lebih pantas daripada servis alternatif awan iaitu "naik-atas-dan-turun".

Maxthon baru-baru ini mengumumkan pelancaran pelayan berasaskan awan yang menawarkan pelayaran internet yang lancar dan perkongsian pengalaman merangkumi semua peranti dan platform.  Dalam suasana perkembangan Internet yang sangat pesat, Maxthon terus memberikan inovasi terkini yang dicipta untuk memenuhi keperluan pelanggan.  Senarai penuh penawaran produk Maxthon boleh dilayari di laman  www.maxthon.com.

Mengenai Maxthon

Maxthon ialah sebuah syarikat perisian yang inovatif dan menghasilkan pelayan web yang menetapkan piawaian baru bagi kelajuan, keselamatan, kemudahan dan ciri-ciri aplikasi awan.  Ia boleh didapati dalam perisian Windows, Android, platform  iOS dan Mac. Maxthon, melalui cawangan-cawangan di San Francisco, Los Angeles, Beijing, Shanghai dan Hong Kong, mempunyai komuniti pengguna global berjumlah lebih daripada 120, 000, 000 orang setiap bulan di lebih dari 150 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.maxthon.com.

Hubungi:
Burson-Marsteller untuk Maxthon
Lowell Eschen
Lowell.Eschen@BM.com
212.614.4081

Source: Maxthon
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services