![]() |
![]() |
NeossONE™ merupakan suatu penyelesaian yang unik bagi Sistem Implan Neoss® - satu platform prostetik yang merangkumi tiga rangkaian implan, termasuk SEMUA diameter dan penopang implan. Secara ringkasnya, komponen prostetik yang serupa sesuai untuk setiap implan.¹
HARROGATE, England, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ --
SATU Platform Prostetik, SATU Koping Impresi, SATU Kit!
Satu platform prostetik merangkumi tiga rangkaian implan bermaksud satu koping impresi, satu replika implan dan satu penopang antara muka yang melancarkan rawatan serta boleh disesuaikan dan serba boleh. Dengan komponen dalam sistem yang semakin sedikit, kerumitan dikurangkan dan kecekapan masa ditingkatkan. Semua ini menghasilkan penyelesaian yang benar-benar menjimatkan kos serta hasil yang boleh dipercayai.
Mengapa Memilih Platform NeossONE™?
Dalam sebuah pasaran yang sering menyatakan tentang keringkasan, Neoss® memberikan takrifan semula maksud tersebut. Berbeza dengan sistem implan tradisional yang memerlukan hingga seribu komponen, Neoss® menggunakan bilangan komponen yang minimum untuk mencapai tahap fleksibiliti dan kefungsian tertinggi tanpa kompromi. Menggunakan NeossONE™ dengan prestasi klinikal jangka panjangnya yang telah terbukti, membolehkan integrasi inovasi dalam pemulihan prostetik dan pembedahan sekali gus memberikan kelebihan yang unik kepada seluruh pasukan pergigian.
Apakah yang Diberikan oleh NeossONE™ kepada Pasukan Pergigian?
Bagi klinisian, ia bermaksud estetik yang boleh diramalkan, integrasi tisu lembut dan kepersisan prostetik. Kepintaran ini bukan sahaja terdapat dalam penyelesaian NeossONE™, malah dalam reka bentuk implan Neoss® yang dipatenkan yang mengoptimumkan kestabilan dalam semua kualiti dan keadaan tulang serta menghapuskan keperluan terhadap reka bentuk satu atau dua peringkat yang berasingan. Manfaat bagi kedua-duanya adalah jelas: penyelesaian yang boleh diramal dengan jangka masa duduk yang lebih singkat2 dan kawalan inventori yang dioptimumkan.
"Konsep NeossONE sebagai platform pemulihan tunggal yang merangkumi seluruh rangkaian implan merupakan manfaat yang amat besar bagi seluruh pasukan pergigian kami. Ia menawarkan penyelesaian rawatan yang komprehensif dan elegan bagi mencapai keputusan jangka panjang yang boleh diramalkan, sambil mengekalkan keringkasan inventori yang dikurangkan." Dr. Kavit N Shah, BDS, MFDS.RCS (Eng), M.Clin.Dent, MRD.RCS (Eng), London Centre for Prosthodontics.
Bagi juruteknik pergigian, penyelesaian NeossONE™ menawarkan suatu penyelesaian yang pintar dan ringkas dengan inventori komponen yang dikurangkan, aliran kerja digital yang menyokong pengeluaran setempat atau pengeluaran berpusat bagi penyelesaian khusus pesakit. Ini memerlukan usaha dan masa pelaksanaan yang kurang, memberikan fleksibiliti yang maksimum serta mengukuhkan hubungan dengan pasukan klinisian.
"Saya mungkin salah seorang pelanggan pertama Neoss di AS (2006). Saya menyaksikan kepintaran dan kelebihan teknikal tersebut dari awal, satu platform prostetik yang mengurangkan inventori, memudahkan komunikasi dan menjimatkan masa." Steven Pigliacelli, CDT, MDT, Marotta Dental Studio Inc.
Kelebihannya adalah jelas: mengurangkan tempoh rawatan pesakit, mengoptimumkan kawalan inventori dan hasil pesakit.
TENTANG Neoss ®
Diasaskan pada tahun 2000 oleh seorang profesor prostodontik dan seorang jurutera pakar, Neoss® menawarkan penyelesaian pergigian pintar yang amat mudah digunakan. Produk syarikat ini direka cipta untuk membolehkan para profesional pergigian memberikan rawatan yang boleh dipercayai dan menjimatkan kos kepada pesakit mereka dengan hasil jangka panjang yang cemerlang. Menerajui dengan inovasi dan integriti, Neoss® membangunkan penyelesaian rawatan pintar dan melaksanakan setiap amalan dengan terperinci untuk memacu Keringkasan Pintar serta mempermudahkan yang rumit. Beribu pejabat di Harrogate, UK dengan penyelidikan dan pembangunan yang berpusat di Gothenburg, Sweden, syarikat ini telah mewujudkan jejak global dengan kehadiran yang telah mantap di pasaran utama.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian NeossONE™, sila layari https://www.neoss.com/en/products-solutions/neossone atau e-mel info@neoss.com
1 Rangkaian implan diameter sempit tidak dimasukkan
2 Maklum balas pelanggan daripada program duta implan Neoss Proaktif® Edge
NeossOne™, Neoss® dan Neoss Proactive® merupakan tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar Neoss Limited.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1489998/Neoss_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1526695/NeossONE_Logo.jpg?p=medium600