omniture

CropWorld India 2013 Menumpu kepada Strategi Bersepadu bagi Industri Tanaman!

UBM India
2013-05-10 02:00 134

MUMBAI, India, 10 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Perhimpuan Tahunan ke 4 CropWorld UBM India dijadualkan berlangsung di Mumbai pada 16 - 17 Julai 2013. Berdasarkan tradisi hubungan baik selama tiga tahun sebelumnya, tahun ini, ia tetap menjadi platform global yang bakal mengumpulkan sejumlah lebih 200 pembuat keputusan utama daripada industri agrokimia, benih, perniagaan tani, baja bio dan racun perosak bio. Sejajar dengan peningkatan tahap kesedaran pentingnya keselamatan makanan di India, perhimpunan profesional industri, kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, persatuan petani dan saintis penyelidik akan memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran utama industri pertanian di India.

        (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130509/613264)

Industri agrokimia yang dijangka akan bertambah dua kali ganda daripada saiz terkini kepada 5 billion menjelang 2017 mempunyai prospek yang cerah bagi industri perlindungan pertanian. Sejajar dengan pertumbuhan pasaran, Encik KR Venkatdri, Ketua Pegawai Operasi (COO), Rallis India akan bercakap dalam forum ini mengenai cara untuk meningkatkan pendapatan dengan mengoptimumkan percampuran produk untuk aliran domestik dan antarabangsa.

Dengan pertambahan penerimaan pendaftaran, industri agrokimia sedang menyaksikan kadar pergerakan pendaftaran yang baru. Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai landskap kawal selia, Dr AV Dhuri, Naib Presiden, Excel Crop Care akan berbincang tentang keperluan-keperluan untuk memastikan tatacara pemfailan yang lancar dan ujian pematuhan agrokimia.

Selari dengan kepesatan senario global, industri penghasilan pertanian India sedang berkembang dengan jumlah penghasilan benih yang akan mencecah 53% pada 2013. Pada persidangan ini juga, Dr Arvind Kapur, Ketua Pegawai Eksekutif Rasi Seeds akan menyampaikan wawasan dalam meningkatkan penghasilan pertanian melalui modifikasi genetik dan teknologi bio untuk meningkatkan pengeluaran makanan.

Turut menjadi focus pada tahun ini ialah cabaran - cabaran industri pertanian dalam pengurusan rantaian bekalan, pemprosesan dan pengurusan pengairan.

Layari http://www.cropworld-india.com/pr untuk maklumat lanjut.

UBM India : UBM India adalah syarikat subsidiari UBM pls, yang juga merupakan pengelola pameran persendirian kedua terbesar di dunia. Ia merupakan pengelola pameran perdagangan terbesar di India dan telah menganjurkan pameran- pameran di 26 lokasi berbeza di seluruh negara. Syarikat ini juga telah terlibat dalam pengelolaan program-program persidangan di seluruh pelusuk India dan telah menerbitkan jurnal dan majalah perdagangan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web UBM India, http://www.ubmindia.in.

Hubungi : Shwetha Prabhu, conferences-india@ubm.com, +91(0)22-61727001

Source: UBM India
Keywords: Agriculture Trade show news