omniture

Elitecore Terima Anugerah Syarikat Penyelesaian BSS Paling Inovatif daripada Hamadoun Touré, Setiausaha Agung, ITU

Elitecore Technologies
2013-05-10 02:06 154

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 10 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Elitecore Technologies, penyedia global untuk penyelesaian OSS/BSS telah memenangi anugerah "syarikat penyelesaian BSS paling inovatif" di Majlis Penyampaian Anugerah Komunikasi Dunia ICT NTA Ke-7, 2013 untuk suite transformasi BSS generasi seterusnya milik mereka. Anugerah itu disampaikan oleh Dr. Hamadoun Touré, Setiausaha Agung, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, agensi khusus Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk teknologi maklumat dan komunikasi. 

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Elitecore diiktiraf kerana kemampuannya membolehkan transformasi generasi seterusnya melalui senibina penyelesaian BSS yang mempertingkatkan kelancaran operasi melalui pendekatan modular dan terbuka. Ia juga membantu masa pusing balik (TAT) pantas, mengurangkan kos operasi keseluruhan (TCO) dan mempertingkat pengalaman pelanggan melalui urusan bil yang tepat, penjagaan kendiri web oleh pelanggan dan penyelesaian kerosakan yang lebih mudah dalam perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) yang ditetapkan.

Kata Nikhil Jain, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah, Elitecore Technologies, "Anugerah ini mengiktiraf kemampuan Elitecore yang terbukti dalam melaksanakan projek transformasi BSS generasi seterusnya. Platform kami membenarkan operator baharu dan sedia ada mencapai penghijrahan lancar dan berfasa daripada warisan ke sistem-sistem baharu yang memastikan gangguan minimum perkhidmatan."

Selain itu, kerangka tertumpu dan kalis masa hadapan Elitecore memberi gambaran aktiviti pelanggan hujung ke hujung sambil menyokong perkhidmatan berasaskan IP dan model-model perniagaan akan datang seperti LTE, IMS dan sebagainya. Faedah-faedah utama yang lain termasuklah urusan bil tertumpu tunggal yang disatukan, pengkhususan perkhidmatan, nasihat untuk kejutan bil dan kawalan bersepadu untuk prabayar dan pascabayar, yang akan mengurangkan godakan dan pertikaian.

Elitecore menawarkan platform 4G-BSS Generasi Seterusnya yang terdiri daripada pengurusan Urusan Bil dan Hasil yang tersepadu, Sistem Pengenaan Bayaran Dalam Talian, platform NetVertex PCRF, EliteAAA dan DSC untuk 4G/LTE, IMS, MVNO/Es, dan sebagainya di samping sistem-sistem modular boleh skala dan andal yang memberikan prestasi yang tinggi.

Mengenai Elitecore

Elitecore Technologies adalah sebuah syarikat produk IT yang dilaburkan oleh Kumpulan Carlyle dengan kehadiran merentasi lebih 90 penyedia perkhidmatan dalam lebih dari 30 buah negara. Penyelesaian BSS tersepadunya terdiri daripada Pengurusan Urusan Bil dan Hasil, pelepasan beban PCRF, AAA, DSC dan Wi-Fi, bagi membantu mengoptimumkan rangkaian pengendali dengan memindahkan mereka daripada ekosistem berpusatkan produk pada ekosistem berpusatkan pelanggan. Platform ini memberikan prestasi tinggi dengan mengaplikasikan inovasi untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan perniagaan CSP, mengubah mereka daripada perkhidmatan LTE, IMS dan MVNO sedia ada kepada versi generasi seterusnya. Kemampuan Elitecore dalam menyepadukan komponen teras IT dan mudah alih berbilang vendor, mengurangkan masa ke pasaran dan tawaran interaktif terkhusus yang membolehkan pengewangan perkhidmatan generasi seterusnya dengan lebih berkesan lalu membolehkan penyedia perkhidmatan bertindak sebagai penyedia pengalaman sambil mengurangkan kos pengendalian keseluruhan (TCO).

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Computer/Electronics Awards