omniture

Kajian yang diarahkan oleh HCL Mendapati Syarikat Besar Global Mampu Menjimatkan Hampir $30 Billion Melalui Penggabungan SAP

HCL Technologies Ltd
2013-05-13 13:32 215

LONDON, 13 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Kajiselidik global mendapati bahawa perdagangan dijalankan pada purata 5 pelaksanaan SAP yang berbeza

Kajian oleh HCL Enterprise Application Services (EAS) hari ini mendedahkan bahawa syarikat-syarikat besar global mampu menjimatkan jumlah keseluruhan hampir $30 billion melalui penggabungan pelaksanaan SAP mereka. Satu kaji selidik global melibatkan 225 Ketua Pegawai Maklumat yang berfokus kepada penggunaan SAP kini dan masa hadapan organisasi mereka mendapati secara purata, lima SAP yang berbeza di dalam perniagaan, telah dilaksanakan. Selain itu, lebih dari satu pertiga (39%) mengakui mereka telah beroperasi di dalam enam pelaksanaan, melebihi jumlah yang sepatutnya. Hasil kajian juga menunjukkan purata kos pengguna untuk jangka masa setahun perlaksanaan SAP ialah $1, 518 dan dengan berubah kepada satu pelaksanaan, syarikat-syarikat besar berkemungkinan dapat melakukan penjimatan mencecah 25%.

"Terdapat banyak syarikat-syarikat besar yang mempunyai tapak SAP global tetapi mereka masih belum mampu untuk menyepadukan operasi kerana perbezaan landskap perisian. Bagi sesetengah syarikat pula, terdapat beberapa sebab munasabah disebalik pelaksanaan yang berulang-ulang seperti permintaan-permintaan spesifik negara. Walaubagaimanapun, bagi sebahagian besar syarikat, ia adalah hasil daripada penggabungan dan pengambilalihan atau pelbagai pelaksanaan merentasi beberapa bidang perniagaan yang tidak pernah dirasional atau disepadukan. Kajian mendapati situasi sebegini menelan belanja yang banyak"ujar Steve Cardell, Presiden Enterprise Application Services di HCL.

Kajian ini juga mengetengahkan kelaziman versi legasi SAP yang masih digunapakai sebagai teras platform operasi. Versi terkini SAP (ECC 6) hanya digunakan oleh lebih satu pertiga (37%) daripada jumlah keseluruhan organisasi, manakala lebih banyak organisasi menggunakan ECC 5 (54%) dan SAP 4.7 (44%). Ini menunjukkan kebanyakan syarikat telah mengambil pendekatan berdikit-dikit dalam peningkatan persekitaran SAP setelah operasi mereka berkembang meluas.

Mengambil kira tolakan SAP ke atas SAP HANA, adalah tidak mengejutkan apabila majoriti (80%) responden mengatakan bahawa teknologi memori dalaman syarikat akan memainkan peranan yang utama.

Kajiselidik global yang melibatkan 225 syarikat-syarikat besar yang mempunyai pendapatan melebihi $1 bilion telah diarahkan oleh HCL EAS dan dijalankan oleh syarikat penyelidikan bebas Vanson Bourne.

Untuk memuat turun ringkasan eksekutif penuh,sila layari : http://www.thefutureofsap.com

Untuk siaran akhbar penuh klik disini

Sumber : HCL Technologies Ltd

 

 

Source: HCL Technologies Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research