omniture

Vserv.mobi Membawa Perkongsian Sosial dan Ujian A/B kepada Iklan Mudah Alih HTML5

Vserv.mobi
2013-05-13 13:43 113

SINGAPURA, MUMBAI, India, LONDON dan SAN FRANCISCO, 13 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Vserv.mobi, sebuah peneraju rangkaian pengiklanan mudah alih untuk pembangun aplikasi, penerbit, pengiklan dan penyedia telekom, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperkukuhkan tawaran penyelesaian media beraneka HTML5 dengan memperkenalkan ciri-ciri perkongsian sosial dan ujian A/B. Syarikat itu mengumumkan juga bahawa ia bakal menawarkan perkhidmatan kreatif HTML5 dengan percuma bagi membenarkan pemasar meneroka medium mudah alih. Melalui tawaran media beraneka hujung ke hujung termasuk pembangunan, pengedaran, kemampuan sosial, analitik dan ukuran iklan kreatif, syarikat ini bakal membolehkan jenama menggunakan media beraneka mudah alih ini dengan berkesan. (Baca pengumuman tersebut)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )

Mengulas mengenai perkembangan ini, Binay Tiwari, Pengarah -- Pemasaran Global dan Produk, Vserv.mobi -- berkata, "Platform iklan media beraneka kami membolehkan pengiklan mencipta saat-saat mengasyikkan yang digemari oleh pengguna, dan kini kami telah membuat pembinaan tempatan bagi pilihan perkongsian Sosial yang membolehkan penglibatan ini tersebar luas. Penambahan fungsian ujian A/B membolehkan kempen-kempen dijalankan serentak dengan mudah, lalu membolehkan pengiklan melaksanakan lebih banyak eksperimen dan membuat keputusan termaklum berdasarkan maklumat metrik penglibatan pengguna dalam masa sebenar. Tawaran media beraneka mudah alih yang unik ini, digabungkan dengan media App skrin penuh premium kami akan membolehkan pengiklan menghidupkan kempen iklan mudah alih mereka."

Baru-baru ini IDC mengetengahkan penanda aras penting dalam ruang HTML5 mudah alih yang pantas berevolusi, mencadangkan bahawa akan wujud lebih daripada 1 bilion pelayar mudah alih HTML5 di pasaran pada tahun 2013. Iklan-iklan HTML5 sudah membekalkan pemasar kaedah-kaedah penglibatan yang sangat interaktif, memberi impak dan intuitif seperti fungsian sentuh, klik, heret, garis, pandangan 360 darjah, yang membolehkan pengguna mendapat pengalaman sesebuah jenama dalam cara yang lebih mirip manusia dan lebih relevan berbanding sekarang.

Sanchit Sanga, Ketua Digital Rantau, Mindshare APAC,menambah lagi, "Kami terus melihat peningkatan dalam minat untuk penyelesaian media beraneka daripada jenama-jenama, dan platform media beraneka Vserv.mobi telah membenarkan kami mencipta iklan dan laman-laman mikro HTML5 yang unik dan lain daripada yang lain. Kemampuan tambahan ujian A/B dan perkongsian sosial akan membenarkan kita berinovasi dengan pergeseran yang lebih sedikit, bagi mencipta pengalaman jenama yang tentu akan disukai oleh pengguna mudah alih."

Ditubuhkan pada tahun 2010, Vserv.mobi adalah sebuah Rangkaian Iklan Mudah Alih Global yang memenangi anugerah, dinamakan sebagai "Syarikat Media Tahun Ini" semasa acara MMA Smarties dan disenaraikan dalam Anugerah 100 Yang Terbaik Red Herring. Dalam jangka masa pertumbuhannya selama 3 tahun, syarikat itu telah berjaya memecahkan halangan persaingan, dengan kuasa dua teknologinya yang pertama - AppWrapper and AudiencePro.

Hubungi: Binay Tiwari | +91-22-29275128 | press@vserv.mobi

Sumber: Vserv.mobi

Source: Vserv.mobi
Keywords: Advertising Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications New products/services