omniture

Cambridge Quantum dan Honeywell Quantum Solutions akan Bergabung, Menjadi Syarikat Pengkomputeran Kuantum Bersepadu Terkemuka di Dunia

Cambridge Quantum Computing
2021-06-09 17:01 1304

 

CAMBRIDGE, England, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ -- 

  • Gabungan transformasi   menyatukan teknologi pengkomputeran kuantum dan portfolio penyelesaian yang terbaik – yang paling komprehensif dalam industri. 
  • Keupayaan teknologi bertaraf dunia   akan memberikan produk dan penyelesaian pengkomputeran kuantum canggih untuk menyokong keperluan pengkomputeran pelanggan yang lebih baik di pelbagai bidang termasuk keselamatan siber, penemuan dan penyampaian ubat-ubatan, sains bahan, kewangan dan pengoptimuman di semua pasaran perindustrian utama. 
  • Kehadiran dan pengembangan berterusan bagi pasukan pembangunan perisian dan algoritma Cambridge Quantum di Cambridge, UK serta akan kekal sebagai platform agnostik.      
  • Syarikat baharu ini akan diketuai oleh   pengasas Cambridge Quantum, Ilyas Khan sebagai Ketua Eksekutif bersama-sama dengan Tony Uttley dari Honeywell Quantum Solutions sebagai Presiden. Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honeywell, Darius Adamczyk akan berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. 

Cambridge Quantum Computing (CQ), peneraju global dalam algoritma dan perisian kuantum, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian muktamad yang bakal menggabungkan Cambridge Quantum dengan Honeywell Quantum Solutions (HQS), sebuah unit perniagaan Honeywell dan pembuat komputer kuantum berprestasi tertinggi yang ada pada masa ini. Honeywell telah menjadi pelabur dan rakan kongsi komersial Cambridge Quantum sejak tahun 2019.

Gabungan ini akan membentuk sebuah syarikat baharu yang berkedudukan sangat baik untuk memimpin industri pengkomputeran kuantum dengan menawarkan penyelesaian perkakasan dan perisian bersepadu sepenuhnya pada kadar, skala dan tahap prestasi yang terbaik kepada pasaran pertumbuhan tinggi yang besar di seluruh dunia.

Gabungan kepakaran syarikat baharu ini akan memberikan penyelesaian kepada pelanggan di seluruh dunia serta memacu kemajuan yang akan mempercepat penerimagunaan dan kesan teknologi kuantum di seluruh dunia.

"Bergabung bersama menjadi sebuah perusahaan gabungan baharu yang menarik, HQS dan CQ akan menjadi syarikat berkuasa global yang akan mewujud dan mengkomersialkan penyelesaian kuantum yang menangani beberapa cabaran terbesar manusia sambil memacu pembangunan yang akan menjadi industri bernilai $1 trilion," kata Ilyas Khan, Pengasas CQ. "Saya teruja untuk memimpin sebuah syarikat yang mempunyai kakitangan dan teknologi terbaik dalam industri pengkomputeran kuantum serta pelanggan yang terbaik dan paling berani. Kami akan bersama-sama memimpin industri ini ketika ia berkembang dan matang serta mewujudkan kemajuan yang berpandukan sains, terbukti, boleh dipercayai dan ketara."

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honeywell, Darius Adamczyk menyatakan, "Syarikat baharu ini akan mempunyai bakat terbaik dalam industri, komputer kuantum berprestasi tertinggi di dunia, sistem operasi kuantum yang pertama dan paling maju serta perisian agnostik perkakasan yang komprehensif yang akan mendorong masa depan industri pengkomputeran kuantum. Syarikat baharu ini akan berada pada kedudukan yang amat baik untuk mewujudkan nilai dalam jangka pendek bagi industri pengkomputeran kuantum dengan menawarkan infrastruktur global yang penting yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan pesat sektor ini."

Adamczyk menambah, "Sejak kali pertama kami mengumumkan perniagaan kuantum Honeywell pada tahun 2018, kami telah mendengar daripada ramai pelabur yang berminat untuk melabur secara langsung dalam teknologi terkemuka kami yang menerajui industri yang menarik dan dinamik ini – kini, mereka akan dapat melakukan sedemikian. Syarikat baharu ini akan menyediakan laluan terbaik bagi kami untuk memperoleh pelbagai sumber modal yang baharu pada skala yang akan membantu memacu pertumbuhan yang pesat."

Ditubuhkan pada tahun 2014, Cambridge Quantum telah menghimpunkan pasukan saintifik terbesar dalam algoritma dan perisian kuantum dalam industri untuk mencapai kemajuan utama dalam keselamatan siber, kewangan, penemuan ubat-ubatan, sains bahan, pengoptimuman, pembelajaran mesin kuantum, pemprosesan bahasa semula jadi dan banyak lagi. Cambridge Quantum akan meneruskan kehadirannya dan memperluas pasukan pembangunan perisian dan algoritmanya di UK, dengan pejabat di Cambridge, London dan Oxford serta luar negara iaitu di AS (Washington), Jerman dan Jepun. CQ akan beroperasi tanpa sebarang perubahan kepada jenamanya yang diiktiraf di seluruh dunia.

Honeywell memulakan program pembangunan komputer kuantum satu dekad yang lalu dan menggunakan teknologi ion terperangkap yang menggunakan atom bercas untuk menyimpan maklumat kuantum. Sistem Honeywell Model H1 mencapai jumlah kuantum tertinggi secara konsisten -- pengukuran prestasi komprehensif yang digunakan secara meluas oleh industri -- pada komputer kuantum komersial.

Syarikat baharu ini yang akan dinamakan secara rasmi pada masanya kelak akan mempunyai perjanjian jangka panjang dengan Honeywell bagi membantu mengeluarkan perangkap ion penting yang diperlukan untuk menguasakan perkakasan kuantum. Honeywell akan melabur antara AS$270juta hingga US$300 juta dalam syarikat baharu ini.

Perincian Tambahan
Honeywell akan menjadi pemegang saham majoriti dan pemegang saham CQ akan memiliki pegangan lebih 45% dalam syarikat baharu ini. Urus niaga ini telah diluluskan secara sebulat suara oleh Lembaga Pengarah Cambridge Quantum serta Honeywell. Perjanjian ini dijangka akan dimuktamadkan dalam suku ketiga tahun kalendar ini dan tertakluk kepada pemuasan kelulusan kawal selia tertentu dan syarat-syarat pelengkapan lazim yang lain. 

Merrill Lynch International ("BofA Securities") bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Cambridge Quantum, manakala Morrison & Foerster LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang. J.P. Morgan Securities LLC bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Honeywell, manakala Freshfields Bruckhaus Deringer LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang.

Tentang Cambridge Quantum Computing
Ditubuhkan pada tahun 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQ merupakan peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. CQ mempunyai pejabat di UK, Jepun dan A.S. Untuk maklumat lanjut, sila lawati CQ di http://www.cambridgequantum.com and on LinkedIn. Akses ke modul Python tket pada GitHub.

Tentang Honeywell
Honeywell (www.honeywell.com) ialah sebuah syarikat teknologi Fortune 100 yang memberikan penyelesaian khusus industri yang merangkumi produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan dan industri; serta bahan berprestasi di seluruh dunia. Teknologi kami membantu pesawat, bangunan, kilang pembuatan, rantaian bekalan dan para pekerja menjadi lebih terhubung untuk menjadikan dunia kita lebih pintar, selamat dan lestari. Untuk maklumat lanjut tentang Honeywell, sila layari www.honeywell.com/newsroom.

 

 

Source: Cambridge Quantum Computing
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Joint ventures