omniture

Laporan Pasaran: Jumlah E-Invois/E-Bil Global Bakal Mencecah Kira-kira 20 Bilion

Billentis
2013-05-13 14:25 129

WIL, Switzerland, 13 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Jika dibandingkan dengan proses berasaskan kertas, proses pengendalian invois elektronik membolehkan pengurangan kos sebanyak 50-80%. Justeru itu, pelaburan dalam pemprosesan invois elektronik sering memberikan pulangan dalam tempoh 6 bulan.

Kebanyakan syarikat sudah mula menggunakan pemprosesan elektronik. Pada tahun 2013, kira-kira 20 bilion bil/invois sedunia dan 5.5 bilion invois di Eropah dijangka dihantar dan diarkibkan tanpa kertas.

Paras hutang yang tinggi di sektor awam bermakna segmen ini mesti mengautomasikan pemprosesan mereka dan mengurangkan kos secara mampan. Potensi pengoptimuman untuk sektor awam di Eropah sahaja mungkin boleh mencecah sekurang-kurangnya 40 bilion Euro.

Lebih ramai pelanggan menjangkakan invois dalam bentuk elektronik daripada pembekal mereka. Oleh itu, kadar pertumbuhan mampan sebanyak kira-kira 20-30% dijangka dapat dicapai dalam pasaran invois elektronik dalam tahun-tahun mendatang.

Oleh kerana pasaran ini sangat menarik perhatian, beberapa ratus penyedia perkhidmatan dan syarikat-syarikat perisian menawarkan penyelesaian mereka untuk E-Invois. Justeru itu, banyak sekali penawarannya. Kini, pengguna sedang mencari maklumat menyeluruh tentang topik itu. Laporan pasaran baharu disediakan sebagai bantuan untuk syarikat-syarikat yang mahu memilih model yang terbaik untuk mereka dan mencari penyelesaian yang sesuai. Penulis laporan itu ialah penganalisis pasaran antarabangsa, Bruno Koch dari Billentis.

Laporan ini perlu menyokong penghantar dan penerima invois yang mahu menggantikan proses invois berasaskan kertas yang mahal dengan proses moden dan berautomasi. Ia termasuklah angka-angka dan maklumat terpenting mengenai pasaran itu. Di samping fakta-fakta tentang pembangunan pasaran dan inisiatif yang relevan (standard, undang-undang), para pembaca juga dapat mendapati analisis kualitatif dan banyak maklumat mengenai beberapa tawaran penyelesaian.

Laporan ini boleh didapati dengan percuma:

http://www.billentis.com

Bruno Koch
E-Mel: pr3@billentis.com
Telefon: +41-71-911-60-32
(Hubungan media sah sehingga hujung tahun 2013)

SUMBER  Billentis

Source: Billentis
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Survey, Polls & Research