omniture

Kedudukan Universiti Dunia QS 2022

QS Quacquarelli Symonds
2021-06-09 17:46 102

MIT meraikan usia sedekad sebagai universiti terbaik di dunia; Harvard berada pada kedudukan terendah untuk kali pertama 

LONDON, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds, penganalisis pendidikan tinggi global, telah mengeluarkan edisi ke lapan belas Kedudukan Universiti Dunia QS hari ini. Massachusetts Institute of Technology (MIT) meraikan usia sedekad sebagai universiti terbaik di dunia secara berterusan yang julung-julung kali berlaku.

L. Rafael Reif, Presiden MIT berkata: "Kami amat menghargai pengiktirafan ke atas institusi kami serta fakulti, kakitangan, alumni dan para pelajar yang telah menaikkan MIT hingga ke tahap yang dicapainya hari ini – dan kami juga berasa amat kagum dengan pencapaian institusi akademik di seluruh dunia. Dunia mendapat manfaat daripada rangkaian pendidikan tinggi yang kukuh yang menyampaikan kemaslahatan kepada umat manusia, daripada penyelidikan asas hingga kepada penyelesaian baharu dan cabaran mendesak tentang iklim dan kesihatan serta pendidikan bakat generasi masa hadapan. Kami berbangga dan bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada komuniti para cendekiawan, penyelidik dan pendidik yang hebat ini yang sama-sama berusaha untuk menjadikan dunia ini lebih baik." 

Lima universiti terbaik turut mengalami konfigurasi semula yang paling signifikan dalam tempoh setengah dekad: Harvard University (tempat ke-5) terkeluar daripada senarai tiga universiti terbaik – kedudukan terendah yang pernah dialaminya - digantikan dengan University of Oxford (tempat ke-2, mara dari tempat ke-5) dan University of Cambridge (tempat ke-3 dikongsi bersama dengan Universiti Stanford).

  • Caltech (tempat ke-6) terkeluar daripada senarai lima terbaik buat kali pertama sejak tahun 2015.
  • ETH Zurich kekal sebagai universiti terbaik di benua Eropah untuk tahun ke empat belas berturut-turut.
  • Buat kali pertama, Tanah Besar China menjadi negara terletaknya dua daripada dua puluh universiti terbaik di dunia yang merupakan suatu pencapaian penting.
  • Dua buah universiti terbaik di Asia ialah National University of Singapore (tempat ke-11) dan Nanyang Technological University (tempat ke-12).
  • Empat universiti terkemuka di Australia menunjukkan peningkatan dengan Australian National University kembali ke senarai 30 terbaik.
  • Malaysia dan Rusia menunjukkan perkembangan yang perlahan selepas mengalami peningkatan selama bertahun-tahun, namun kedua-duanya merupakan tanah air bagi salah satu daripada 100 universiti terbaik di dunia.
  • Sebanyak 48% daripada universiti di Jepun mengalami kemerosotan.
  • Universiti terbaik di Amerika Latin ialah Universidad de Buenos Aires (tempat ke-69). Susulan skor impak penyelidikan yang rendah, lebih banyak universiti-universiti mengalami kemerosotan berbanding peningkatan.
  • Universiti terbaik di Arab Saudi – Universiti King Abdulaziz yang berada di tempat ke-109 - telah mencapai rekod yang tinggi.

 

Kedudukan Universiti Dunia QS 2022: 20 Terbaik Global  

 

2022

2021

Institusi 

Lokasi 

1

1

MIT

Amerika Syarikat

2

5

University of Oxford

UK

3= 

7

University of Cambridge

UK

3= 

2

Stanford University

Amerika Syarikat

5

3

Harvard University

Amerika Syarikat

6

4

California Institute of Technology

Amerika Syarikat

7

8

Imperial College London

UK

8= 

6

ETH Zurich

Switzerland

8= 

10

UCL

UK

10

9

University of Chicago

Amerika Syarikat

11

11

National University of Singapore

Singapura

12

13

Nanyang Technological University

Singapura

13

16

University of Pennsylvania

Amerika Syarikat

14= 

14

Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne

Switzerland

14= 

17

Yale University

Amerika Syarikat

16

20

University of Edinburgh

UK

17

15

Tsinghua University

Tanah Besar China

18

23

Peking University

Tanah Besar China

19

19

Columbia University

Amerika Syarikat

20

12

Princeton University

Amerika Syarikat

© QS Quacquarelli Symonds 2004-2021 https://www.TopUniversities.com/ .

 

Kaedah penarafan

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1503777/QS_World_University_Rankings_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research