COPENHAGEN dan IRVINE, Scotland, 14 Mei 2013 /PRNewswire/ --
Kamera boleh digunakan dengan kedua-dua Microsoft Windows dan Linux, serta Milestone XProtect
Milestone Systems, sebuah syarikat platform terbuka perisian pengurusan video IP (VMS), telah melantik Innovative Security Designs (ISD) sebagai rakan kongsi pertama yang akan menawarkan Milestone Arcus™ VMS terbenam yang lasak dan diperkemas dalam peranti pinggir mereka.
Dengan kolaborasi ini, Milestone dan ISD menandakan satu era baharu bagi penyelesaian storan pinggir. Dengan mendefinisikan semula peranan sebuah kamera, Milestone Arcus™ VMS terbenam pada kamera ISD boleh menjadi model penyelesaian pelayan pinggir berhos bagi semua kamera IP yang disokong oleh Milestone.
Inovasi dalam industri keselamatan dan teknologi daripada industri elektronik pengguna memarakkan penerimaan storan pinggir -- apabila data video direkodkan, ia disimpan dengan cara memencarkannya di pinggir (pada peranti yang disambung kepada sebuah rangkaian seperti kamera). Kebolehan merekod dan mengurus sehingga 1080P video sebulan pada sebuah kamera ISD tunggal memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan bagi storan video edaran.
Dengan bertukar kepada storan pinggir, para pelanggan memperoleh faedah penjimatan wang dan pemasangan yang mudah dengan mengenepikan keperluan pelayan yang mahal. Gabungan ISD dan Milestone Arcus memberikan pelanggan lebih banyak pilihan tanpa memerlukan mereka mengorbankan kamera legasi yang tidak boleh menyimpan storan pinggir. Ia adalah penyelesaian platform terbuka yang menyokong pelbagai jenis dan jenama kamera, kesemuanya disekali dan diuruskan oleh Milestone Arcus VMS yang diperkemas.
IHS meramalkan pasaran dunia bagi peralatan rangkaian pengawasan video akan berkembang dengan pesat, pada kadar purata tahunan melebihi 25% dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Menurut penyelidik utama pengawasan videonya, Jon Cropley, "seiring dengan pertumbuhan pasaran serta produk rangkaian pengawasan video menembusi pasaran pemasangan lebih kecil, wujud keperluan yang semakin meningkat untuk memudahkan pemasangan perisian pengurusan video dan mengendalikan perisian tersebut dengan lebih mudah. Gabungan Milestone Arcus dan kamera ISD merupakan satu inisiatif yang memenuhi keperluan ini."
Milestone Arcus VMS menyediakan antara muka yang bersih lagi cekap serta mudah digunakan. Kolaborasi antara ISD dan Milestone menjadikan konfigurasi dan output kamera rakaman mudah dan mesra pengguna. Keupayaan storan onboard ISD yang besar serta kebolehannya berpaut ke dalam rakan kongsi storan Milestone Arcus yang lain menjadikannya penyelesaian yang sangat berkuasa dan elegan bagi storan lewah.
Perkongsian ini juga bermakna pelanggan Milestone XProtect® sedia ada boleh menambah kamera pemboleh ISD/Milestone Arcus kepada pemasangan mereka.
"Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pasukan Inkubasi dan Usahaniaga di Milestone," ujar Ian Johnston, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISD. "Kami berkongsi visi yang sama dalam mengadakan penyelesaian terbuka dan berkuasa yang menjadikan video pinggir mudah dan ringkas untuk dilaksanakan dan dikendalikan. Gabungan kebolehan kami yang memperluaskan pinggir dan menjadi hos kepada vendor kamera sokongan Milestone yang lain adalah sesuatu yang menakjubkan."
Kolaborasi dan inovasi ini melangkaui penstoran dan pengurusan video. Barisan produk netSeries ISD yang memenangi anugerah menggunakan enjin pemproses yang sama dengan apa yang digunakan dalam telefon pintar moden kini. Peta jalan penawaran ISD-Milestone Arcus juga menyediakan analisis pihak ketiga dalam kamera termaju. Analisis berasaskan pinggir menyelesaikan masalah kebolehskalaan di kalangan rakan kongsi penganalisis: menambah kamera akan meningkatkan lagi kuasa pengkomputeran tanpa menjadikannya bertambah kompleks.
Seperti juga pengurusan video dan storan, kesemua penawaran ini disatukan dengan menggunakan antara muka pengguna Milestone Arcus yang diperkemas. Vendor lain yang ingin menjadi rakan kongsi Milestone Arcus boleh bersatu dalam ekosistem ini, yang memudahkan, senang digunakan dan membolehkan pelanggan memilih penyelesaian yang memenuhi keperluan mereka.
Kami gembira mengumumkan ISD sebagai rakan kongsi kamera pertama Milestone Arcus VMS. ISD adalah penggerak yang terawal sekali dalam bidang ini dengan pengawasan kamera Microsoft Windows terbenamnya dan perintis dalam penyediaan platform storan pinggir yang sebenar. Pemasangan sedia ada boleh mengambil faedah peranti pinggir dengan keupayaan rakaman video dan storan yang memastikan keanjalan maksimum dalam operasi pengawasan mereka …kamera ISD terbenam Milestone Arcus VMS, beroperasi pada Windows atau Linux,boleh menambah analisis lebih banyak dan meningkatkan teknologi awan, sebuah inovasi dan penawaran yang unik," kata Lars Nordenlund, Naib Presiden Inkubasi & Usahaniaga, Milestone Systems.
Beliau menyambung, "Wujud sinergi yang jelas antara ISD dan visi platform terbuka Milestone: memberikan kuasa memilih. Itulah matlamat sebenar pasukan Inkubasi & Usahaniaga kami – membina penyelesaian baharu melalui kolaborasi yang terbaik dalam kelasnya."
Kamera ISD Milestone Arcus VMS pra-bersepadu terbenam dijangka berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.Kenali produk ini dengan lebih lanjut di pameran dagangan IFSEC di Birmingham, UK pada 13-16 Mei di tapak H4 F90 Milestone.
Muat turun pautan imej: http://download.milestonesys.com/PR/news/arcus/
Mengenai ISD
Sebagai peneraju yqang baru meningkat naik bagi penyelesaian pengawasan berangkaian dan berasaskan pinggir, ISD merintis sistem-sistem pintar yang mengolah semula teknologi IP keselamatan, pengawasan dan pengoptimuman perniagaan. Sistem-sistem ISD direka dari bawah ke atas untuk pemprosesan dan rakaman video berasaskan pinggir bagi memberikan peluang pengurusan baharu dan pengurangan kos kepada para pelanggan seluruh dunia. Penyelesaian ISD telah diuji pada peranti sedia ada dan diluluskan oleh penyepadu sistem unggul yang mendefinisikan semula penyepaduan berasaskan standard untuk klien mereka. Produk terbaharu mereka, ISD netSeries, adalah kamera keselamatan pertama yang berfungsi menggunakan Platform Microsoft Windows dan memenangi dua anugerah di sebuah acara ISC West yang diadakan bulan lepas: Produk Baharu Terbaik dan Kamera Pengawasan Video HD Terbaik (Megapiksel). http://www.ISDedge.com
Mengenai Milestone
Ditubuhkan pada tahun 1998, Milestone Systems adalah sebuah peneraju industri global dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka. Memberikan pengawasan berkuasa yang mudah diuruskan, diyakini dan terbukti dalam ribuan pemasangan oleh pembeli seluruh dunia, Milestone menyokong pilihan anjal perkakasan rangkaian dan penyepaduan dengan sistem-sistem lain. Dijual melalui rakan-rakan perniagaan dalam lebih dari 100 buah negara, penyelesaian Milestone membantu organisasi menggunakan video -- menguruskan risiko, melindungi manusia dan aset, mengoptimumkan proses dan mengurangkan kos. http://www.milestonesys.com