omniture

PBB Mengalu-alukan Persidangan Anti Krisis Dunia Diadakan di Forum Ekonomi Astana Keenam dalam Bulan Mei

Eurasian Economic Club of Scientists Association
2013-05-14 18:44 129

ASTANA, Kazakhstan, 14 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Forum Ekonomi Astana Keenam bakal diadakan dari 22 ke 24 Mei di ibu negara Kazakhstan, Astana. Forum tahun ini akan meneruskan tradisi acara tersebut yang menarik kumpulan pemenang Anugerah Nobel dan delegasi lain yang terkemuka, menurut penganjur utamanya, Eurasian Economic Club of Scientists Associaten.

Untuk menonton Siaran Akhbar Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/60652-UN-anti-crisis-conference-astana-economic-forum

Forum Ekonomi Astana Keenam bakal menganjurkan acara dalam acara yang berpotensi untuk menjadi tumpuan akhbar-akhbar antarabangsa -- sebuah persidangan yang diluluskan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai krisis kewangan dunia.

Ia adalah Persidangan Anti Krisis Dunia.

Vuk Jeremic, presiden Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, akan menjadi salah seorang yang memainkan peranan penting di persidangan tersebut yang bertujuan mencari cara-cara yang lebih berkesan untuk menangani krisis ekonomi dunia yang berpanjangan. Seorang lagi orang penting ialah Wu Hongbo, Setiausaha Rendah Agung Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial.

Antara tokoh-tokoh yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke Forum Ekonomi Astana Keenam dan Persidangan Anti Krisis Dunia ialah 10 orang pemenang Anugerah Nobel; Putera El Hassan Bin Talal dari Jordan; Perdana Menteri Macedonia Nikola Gruevski; Perdana Menteri Armenia Tigran Sargsyan; mantan Perdana Menteri Itali Romano Prodi; mantan Perdana Menteri Belanda Wim Kok; setiausaha agung Forum Boao, Zhou Wenzhong; setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan negara-negara Pasifik, Noeleen  Heyzer; dan pengarah eksekutif jawatankuasa Reinventing Bretton Woods.  

Secara keseluruhannya, hingga ke saat ini jumlah peserta yang disahkan hadir termasuklah 35  orang menteri dan mantan menteri kerajaan dan lebih daripada 40 orang pemimpin organisasi, korporat dan perniagaan antarabangsa.

Forum yang terkini dan persidangan ini dijangka akan menarik bilangan peserta yang teramai setakat ini -- 8,500 orang dari 100 buah negara.

Topik-topik yang akan dibincangkan dalam Forum tahun ini termasuklah:

  1. Perspektif untuk pertumbuhan ekonomi dunia dan harga bahan mentah dalam tahun 2013
  2. Teknologi prasarana dan inovasi
  3. Persaingan dalam pasaran antarabangsa
  4. Implikasi sosial pertumbuhan ekonomi
  5. Sistem-sistem kewangan: risiko-risiko dunia dan kaedah menghindari krisis-krisis ekonomi.

Forum itu akan diakhiri dengan senarai saranan kepada negara-negara G-20 bagi meningkatkan dan membangunkan lagi ekonomi dunia. Sepucuk surat yang mengandungi saranan-saranan itu akan dihantar kepada negara-negara G-8 dan G-20, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.

Sesiapa yang mahu mengambil bahagian dalam proses saranan ini boleh berbuat demikian dengan menghantar idea-idea di laman web G-Global di http://www.group-global.org.

Untuk maklumat lanjut mengenai Forum Ekonomi Astana dan Persidangan Anti Krisis Dunia, termasuk pautan untuk pendaftaran, jadual sesi dan penceramah, berita Forum terkini dan garis panduan rakan media, serta maklumat mengenai tempahan hotel, sila layari laman web kami, http://www.astanaforum.orgSila ambil perhatian bahawa penyertaan untuk kedua-dua acara ini akan ditutup pada 15 Mei.

Anda dialu-alukan untuk menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat tambahan dan sokongan melalui alamat-alamat e-mel berikut:

Pendaftaran dan akreditasi:

Maral Bakhtiyarova
maral.rahimjanova@gmail.com
media@astanaforum.org
+7(7172)701791

Rakan kongsi media:

Aliya Berdieva
pr@astanaforum.org
+ 7(7172)241430

Untuk mengambil bahagian dalam temubual eksklusif dan debat TV:

Dinara Karshalova
d.karshalova@astanaforum.org
+ 7(7172)579918

Tempahan hotel:

Aldi Kaparova
a.kaparova@astanaforum.org 
+7(7172)701806

Video: http://www.multivu.com/mnr/60652-UN-anti-crisis-conference-astana-economic-forum

Source: Eurasian Economic Club of Scientists Association
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis