omniture

Corona menjadi jenama minuman global pertama yang mencapai jejak plastik sifar bersih di seluruh dunia

Corona
2021-06-10 17:01 29
  • Pencapaian tersebut merupakan satu lagi langkah Corona dalam matlamat jangka panjangnya untuk menghapuskan plastik dari alam semula jadi
  • Untuk Minggu Lautan Sedunia, Corona Melancarkan "Plastic Reality", suatu pengalaman realiti terimbuh (AR) yang menarik bagi memperkasakan orang ramai menyertai jenama ini dalam perjuangan sifar plastik mereka
  • Alat Realiti Terimbuh (AR) ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam memaparkan jejak plastik peribadi mereka dan menawarkan petua tentang cara untuk menguranginya

LONDON, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Corona menjadi jenama minuman global pertama yang mempunyai jejak plastik sifar bersih, yakni, ia lebih banyak memulihkan plastik daripada mengeluarkannya ke alam sekitar. Pencapaian ini merupakan sebahagian daripada visi Corona untuk menjadi peneraju kelestarian dalam barangan pengguna berbungkus dan merupakan yang terkini dalam usahanya yang berpanjangan untuk membantu melindungi lautan dan pantai di dunia daripada pencemaran plastik marin.

For World Oceans Week, Corona Releases “Plastic Reality” an eye-opening augmented reality (AR) experience to empower people to join the brand in their zero plastic quest
For World Oceans Week, Corona Releases “Plastic Reality” an eye-opening augmented reality (AR) experience to empower people to join the brand in their zero plastic quest

Kejayaan ini diraih susulan penilaian luaran yang mendalam tentang operasi global Corona terhadap3RI Corporate Plastic Stewardship Guideline (Garis Panduan Pengawasan Plastik Korporat 3RI) yang dijalankan oleh South Pole, penyedia penyelesaian iklim terkemuka. Penilaian ini mengukur penggunaan plastik Corona yang berbaki di sepanjang proses logistik agihan dan produk jenama tersebut. Ia juga mengikuti Verra Plastic Waste Reduction Standard (Standard Pengurangan Sisa Plastik Verra) untuk mengira kesan daripada aktiviti pengurangan Corona termasuk pelaburan utama dalam Mexico Recicla, sebuah kemudahan kitar semula di Mexico. Hasil daripada pengurangan ini, Corona kini memulihkan lebih banyak plastik daripada jejak plastiknya yang ada.

"Sebagai sebuah jenama yang berasal dari tepi pantai dan berkait rapat dengan alam semula jadi, Corona bertanggungjawab untuk melakukan yang terbaik terhadap alam sekitar dan lautan kita," kata Felipe Ambra, Naib Presiden Pemasaran Global Corona. "Menjadi jenama minuman global pertama yang mempunyai jejak plastik sifar bersih ialah inisiatif terkini Corona dalam matlamat induknya untuk membantu melindungi lautan dan pantai di seluruh dunia daripada dicemari plastik. Namun kami tidak dapat melakukannya sendirian. Maka, Corona mereka cipta Plastic Reality, suatu pengalaman realiti terimbuh yang membolehkan orang ramai melihat jejak plastik tahunan mereka dari rumah. Melihat plastik yang memenuhi ruang tamu anda sepanjang tahun benar-benar memberi kesedaran dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengurangkan penggunaan plastik mereka sekali gus memberi kesan terhadap alam sekitar."

Pengguna Plastic Reality mendapat anggaran tentang jejak plastik tahunan mereka selepas menjawab beberapa soalan asas tentang tabiat penggunaan mereka. Jejak tersebut kemudian digambarkan melalui kepingan plastik berwarna-warni yang bertompok-tompok dalam dunia fizikal pengguna umpama air laut yang menghempas ke pantai. Dari situ, Plastic Reality membuka portal maya ke pantai-pantai indah yang tercemar yang menunjukkan kesan plastik terhadap alam semula jadi sambil mengingatkan pengguna untuk bertindak dalam mengurangi jejak plastik mereka. Untuk maklumat lanjut dan untuk mencuba Plastic Reality, sila layari www.PlasticReality.com.

"Corona menetapkan penanda aras yang tinggi bagi industri. Usaha reka bentuk semula produk mereka yang berterusan akan menghilangkan plastik yang tidak diperlukan secara progresif dan pelaburan mereka dalam Mexico Recicla berjalan dengan lebih baik daripada segala yang diperlukan untuk menangani jejak plastik masa kini mereka iaitu plastik yang di serap ke alam semula jadi. Kami mengucapkan tahniah kepada Corona atas usaha mereka mengurangkan penggunaan plastik dan memperkukuh infrastruktur pengumpulan dan kitar semula di Mexico yang tanpanya, visi ekonomi kitaran pasti tidak dapat dilaksanakan," kata Irene Hofmeijer, Perunding Pengurusan Kanan Plastik South Pole.

Pencapaian plastik sifar bersih Corona merupakan satu lagi langkah dalam perjalanan jangka panjang jenama tersebut untuk menghapuskan jejak plastik sepenuhnya. Corona Plastic-Free Challenge (Cabaran Bebas Plastik Corona) mencari usahawan yang berminat di seluruh dunia untuk membantu Corona mencari idea atau teknologi baharu yang boleh mengurangkan atau menghapuskan lebih banyak plastik daripada rantaian bekalan. Selain itu, Corona juga melabur dalam reka bentuk semula produk utama. Sebagai contoh, jumlah eksport tin Corona akan bebas daripada gegelung plastik secara 100% menjelang akhir tahun ini.

"Kami mengalu-alukan langkah penting Corona yang pertama ke arah penghapusan plastik sepenuhnya daripada rantaian bekalan mereka," kata Richard Hill, Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Generation. "Akreditasi jejak plastik sifar bersih ini menunjukkan kesungguhan Corona terhadap jejak plastik yang ditinggalkan oleh produknya di planet ini dan siri langkah-langkah praktikal yang digunakan bagi menguranginya. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Corona dalam mencapai matlamat utama mereka untuk menghapuskan plastik daripada alam semula jadi." 

Usaha ini menyokong komitmen Corona yang berterusan untuk membantu melindungi lautan dan pantai di dunia daripada dicemari plastik. Setakat ini, Corona telah melaksanakan lebih 1,400 pembersihan yang melibatkan lebih 68,000 orang sukarelawan dan mengumpul sisa plastik dari pantai dengan jumlah keluasan lebih 44 juta meter persegi – untuk maklumat lanjut, sila lihat https://protectparadise.com 

Tentang Corona 

Diasaskan di Mexico, Corona merupakan jenama bir terkemuka di negara ini iaitu bir Mexico yang paling popular di seluruh dunia dan dieksport ke lebih 180 buah negara. Corona Extra pertama kali dibuat pada tahun 1925 di Cervecería Modelo, Bandar Raya Mexico. Corona merupakan perintis dalam industri bir sebagai syarikat pertama yang menggunakan botol lutsinar, memaparkan ketulenan dan kualitinya yang tinggi ke seluruh dunia. Karya seni yang terdapat pada botol ini dicat untuk menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti pembungkusan serta warisan Mexico kami. Corona tidak lengkap tanpa adanya limau. Menambahkan ciri semula jadi, perisa dan kesegaran, limau merupakan ritual yang penting dalam menyampaikan pengalaman yang benar-benar unik bagi Corona. Jenama ini bersinonim dengan pantai dan menghargai detik-detik berada di luar rumah. Ia mengalu-alukan orang ramai untuk berhenti sejenak, berehat dan menikmati keindahan hidup sehari-hari.

Corona mempunyai komitmen yang berterusan terhadap plastik. Kerjasamanya dengan Parley sejak tahun 2017 telah memberikan impak yang besar dengan mencapai misi untuk melindungi 100 buah pulau sebelum tahun 2020 yang telah melebihi sasaran serta mengusahakan inisiatif pembersihan global secara berterusan.

Jenama ini turut mempunyai matlamat kelestarian lain selain daripada plastik.

Baru-baru ini, Corona melancarkan 'The barley pack' dengan merintis teknologi baharu yang menukar sisa barli menjadi kertas pembungkus untuk mengurangkan sisa.

Lebih 60% daripada jumlah bekas kaca global Corona di Mexico boleh dipulangkan dan dengan pengembangan terkininya ke Jerman, jenama ini telah merancang untuk meningkatkan amalan pemulangan botol ke seluruh wilayah berbeza dalam masa terdekat dan menggunakan semula semua botol tersebut.

Tentang South Pole 

South Pole ialah pemaju projek dan penyedia penyelesaian iklim global terkemuka dengan 500 orang pakar di 18 buah pejabat di seluruh dunia. South Pole telah bekerjasama dengan lebih 1,000 buah syarikat dan organisasi dalam perjalanan iklim dan kelestarian mereka dengan membantu mereka mengurangkan kesan terhadap iklim sambil mengurangkan risiko dan mencipta nilai. Kepakaran syarikat ini merangkumi aspek kewangan projek, analisis risiko iklim dan pembangunan komoditi alam sekitar seperti karbon, plastik dan kredit untuk tenaga boleh diperbaharui. South Pole telah mendayakan pembiayaan iklim untuk hampir 1,000 projek yang bertanggungjawab dalam menghapus, mengurang atau mengelakkan lebih 100 juta tan karbon setakat ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.southpole.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook.

Tentang Anheuser-Busch InBev 

Anheuser-Busch InBev ialah sebuah syarikat yang didagangkan secara awam (Euronext: ABI) yang berpangkalan di Leuven, Belgium dengan penyenaraian sekunder di Mexico (MEXBOL: ANB) dan Bursa Saham Afrika Selatan (JSE: ANJH) serta dengan Resit Depositari Amerika pada Bursa Saham New York (NYSE: NID). Impian kami adalah untuk menyatukan orang ramai ke arah dunia yang lebih baik. Bir sebagai rangkaian sosial yang asal, telah menyatukan orang ramai sejak ribuan tahun yang lalu. Kami komited untuk membina jenama yang hebat dan bertahan dalam jangka panjang serta membuat bir terbaik menggunakan bahan semula jadi terpilih. Kepelbagaian portfolio kami merangkumi lebih 500 jenama bir termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama pelbagai negara Beck's®, Hoegaarden®, Leffe® dan Michelob Ultra®; dan jenama terkemuka tempatan seperti Aguila®, Antartica®, Bud Light,® Brahma®, Cass®, Castle®, Castle Lite®, Cristal®, Harbin®, Jupiler®, Modelo Especial®, Quilmes®, Victoria®, Sedrin® dan Skol®. Tradisi pembuatan bir kami bermula sejak lebih 600 tahun dahulu merentasi benua dan generasi. Daripada asal-usul kami di Eropah iaitu kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium. Kepada kilang pembuatan bir rintis Anheuser & Co di St. Louis, A.S. Kepada pembinaan Castle Brewery di Afrika Selatan semasa gerakan pencarian emas besar-besaran di Johannesburg. Kepada Bohemia, kilang pembuatan bir pertama di Brazil. Dengan kepelbagaian geografi serta pendedahan yang seimbang antara pasaran maju dan membangun, kami memanfaatkan kekuatan kolektif dengan kira-kira 164,000 orang pekerja yang berpangkalan di hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Untuk tahun 2020, pendapatan AB InBev dilaporkan bernilai USD46.8 bilion (tidak termasuk usaha sama dan ahli bersekutu).

Tentang Ocean Generation  

Ocean Generation menggabungkan pengalaman sains dengan penceritaan selama satu dekad dengan kesegaran tenaga belia yang kolektif. Bermula dengan dokumentari 'A Plastic Ocean' – yang mendapat pujian daripada Sir David Attenborough sebagai "salah satu filem paling penting dalam era kita" – Kini, Ocean Generation sedang memperluas gerakan global yang inklusif dalam menangani ancaman di Lautan.

Mereka berdedikasi membangunkan sebuah dunia dengan Lautan yang bebas daripada ancaman manusia dari satu generasi ke satu generasi; untuk memulihkan hubungan yang sihat antara manusia dan Lautan. "Sebagai generasi pertama yang memahami isu-isu Lautan secara mendalam, kami juga merupakan generasi terakhir yang dapat menghentikannya. Kamilah Ocean Generation (Generasi Lautan)."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1528357/corona_net_zero_plastic_1.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1528358/corona_net_zero_plastic_2.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1528355/Corona_Logo.jpg?p=medium600  

 

Plastic Reality users get an estimate of their annual plastic footprint after answering some basic questions about their consumption habits. That footprint is then visualized through colorful AR pieces of plastic that splash across the user’s physical world like seawater washing ashore.
Plastic Reality users get an estimate of their annual plastic footprint after answering some basic questions about their consumption habits. That footprint is then visualized through colorful AR pieces of plastic that splash across the user’s physical world like seawater washing ashore.

 

 

Source: Corona
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Transportation Awards Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Joint ventures New products/services Survey, Polls & Research