omniture

/P E M B E T U L A N -- LyondellBasell Industries/

LyondellBasell Industries
2021-06-10 18:31 67

Dalam siaran berita, LyondellBasell Mengumumkan Permulaan Berkapasiti 400,000 KTA Setahun Bagi Kemudahan Usaha Sama Di Korea Selatan yang diterbitkan pada 08-Jun-2021 oleh LyondellBasell Industries melalui PR Newswire, kami telah dinasihatkan oleh syarikat tersebut bahawa tajuk berita sepatutnya dibaca sebagai "LyondellBasell Mengumumkan Permulaan Berkapasiti 400 KTA Setahun Bagi Kemudahan Usaha Sama Di Korea Selatan." Pada perenggan pertama, "400,000 kilotan setahun" sepatutnya dibaca sebagai "400 kilotan setahun." Siaran berita yang lengkap dan telah diperbetulkan adalah seperti berikut:

LyondellBasell Mengumumkan Permulaan Berkapasiti 400 KTA Setahun Bagi Kemudahan Usaha Sama Di Korea Selatan

HOUSTON dan HONG KONG, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB) hari ini mengumumkan kejayaan permulaan bagi kemudahan pengeluaran polipropilena berkapasiti 400 kilotan setahun (KTA) yang dimiliki Ulsan PP Co., Ltd. Kemudahan yang terletak di tenggara bandar pelabuhan Ulsan di Korea Selatan itu adalah salah satu kemudahan yang terbesar di Asia. Ulsan PP Co., Ltd. merupakan satu usaha sama antara PolyMirae Company Ltd. (perkongsian 50:50 antara LyondellBasell dan DL Chemical) dan SK Advanced.

"Walaupun adanya pandemik, permintaan Asia terhadap polipropilena tetap kukuh. Kini, dengan pemulihan ekonomi global juga, usaha sama ini berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memenuhi permintaan yang lebih besar di rantau ini, "kata Ken Lane, Naib Presiden Eksekutif LyondellBasell, Olefins dan Polyolefins.

Kemudahan itu menggunakan teknologi proses PP Spheripol generasi kelima LyondellBasell. Di bawah perjanjian usaha sama itu, PolyMirae akan membeli dan menjual semua polipropilena yang dihasilkan oleh kemudahan itu kepada pelanggan di seluruh Asia. Syarikat-syarikat tersebut telah memulakan pembinaan kemudahan itu pada tahun 2019.

Tentang SK Advanced
SK Advanced ialah satu usaha sama antara syarikat SK Gas dari Korea, APC dari Arab Saudi dan PIC dari Kuwait, sebuah anak syarikat bagi syarikat minyak milik Kuwait, iaitu Kuwait Petroleum Company (KPC). SK Advanced memenangi anugerah Industrial Peace Prize di bandar Ulsan atas usahanya dalam mengekalkan tempat kerja bebas kemalangan dan membina hubungan pengurusan buruh yang cemerlang sejak 2016.

Tentang PolyMirae
PolyMirae ialah satu usaha sama 50:50 antara DL Chemical dan LyondellBasell. Kedua-duanya merupakan syarikat yang dihormati di seluruh dunia dan pengeluar polipropilena terkemuka di Korea. Dengan pengalaman terkumpul yang dimiliki DL Chemical dalam operasi di tapak serta teknologi teras dan rangkaian jualan di seluruh dunia yang dimiliki LyondellBasell, PolyMirae ditubuhkan pada 1 September 2000 bagi menghasilkan dan membekalkan polipropilena terbaik di Asia.

Tentang DL Chemical (rakan kongsi 50% dalam PolyMirae)
DL Chemical ialah sebuah syarikat petrokimia terkemuka dengan pengalaman operasi selama lebih 46 tahun dan pengetahuan teknologi yang unik. Syarikat yang berpangkalan di Korea ini merupakan firma petrokimia pertama di negara itu yang mengkomersialkan polipropilena metalosena dan polibutena, dan juga merupakan syarikat pertama yang mengeksport teknologi polibutena ke A.S. DL Chemical merupakan pengeluar polibutena terbesar di dunia dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 200 KTA setahun.

Mengenai LyondellBasell (rakan kongsi 50% dalam PolyMirae)
LyondellBasell (NYSE: LYB) adalah salah satu syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia. Didayakan oleh para pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan dan produk yang menjadi elemen utama untuk kemajuan penyelesaian dalam cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi kebersihan bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan serba guna, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api bagi kebanyakan kereta dan trak di jalan raya serta memastikan peralatan elektronik dan perkakasan berfungsi dengan selamat dan berkesan. LyondellBasell menjual produk di lebih 100 buah negara dan merupakan pengeluar sebatian polipropilena terbesar di dunia serta pemberi lesen terbesar untuk teknologi poliolefin. Pada tahun 2021, LyondellBasell telah tersenarai antara "Syarikat-Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" dalam Majalah FORTUNE untuk tahun keempat berturut-turut. Maklumat lanjut mengenai LyondellBasell boleh didapati di www.lyondellbasell.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600 

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Joint ventures New products/services