omniture

Realty ONE Group akan Dibuka di Sepanyol

Realty ONE Group
2021-06-10 19:24 1877

Negara ini Merupakan Pintu Masuk Strategik bagi Pengembangan Realty ONE Group International di Eropah 

LAS VEGAS, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU rangkaian francais yang paling pesat berkembang pada masa kini telah menjual hak francais kepada pemilik baharu di Sepanyol yang bercadang membawa COOLTURE, penjenamaan, bimbingan dan model perniagaan unik yang dinamik syarikat tersebut ke negara yang sedang berkembang maju itu.

Istvan Pasku yang merupakan seorang ahli perniagaan yang mapan di beberapa negara dengan rekod kejayaan sebagai seorang pemasar, usahawan dan francaisor telah memperoleh hak francais tersebut di Sepanyol. Realty ONE Group telah berbincang dengan rakan niaga seperti Pasku selama hampir dua tahun sebagai sebahagian daripada pendekatan berdisiplin syarikat bagi mencapai pertumbuhan global. 

"Kami tidak akan dapat menemui rakan niaga yang lebih baik dan berpengetahuan berbanding Istvan bagi membuka pintu ke negara yang indah ini," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Realty ONE Group. "Istvan ialah seorang yang dahagakan kejayaan dan merupakan seorang lelaki berkeluarga yang penyayang serta bersemangat untuk membantu orang lain mencapai matlamat mereka, sama seperti beliau."

Sebagai seorang usahawan bersiri, Pasku telah menjadi pemasar yang mahir dan melancarkan beberapa perniagaan antarabangsa yang berjaya. Setelah mempunyai pengalaman sendiri dalam beberapa urus niaga hartanah, Pasku melihat peluang untuk membawa suatu cara baharu yang lebih moden dan menarik dalam menjalankan perniagaan hartanah ke Sepanyol.

"Kami amat gembira kerana dapat memberi peluang kepada para profesional hartanah untuk mencapai impian mereka," kata Istvan Pasku. "Kami benar-benar percaya bahawa kejayaan kami merupakan kejayaan mereka dan kami bersedia untuk menyokong setiap anggota Realty ONE Group Sepanyol dalam mengejar impian mereka."

Realty ONE Group International telah melabur dengan banyak dalam infrastrukturnya untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang luar biasa kepada pemilik francais yang sedia ada dan akan datang serta mengembangkan semua aspek perniagaannya yang bersedia untuk menyokong 100 ribu profesional hartanah di seluruh dunia. Ini merangkumi zONE, platform teknologi proprietari kami dan termasuk juga ONE University, program bimbingan berstruktur proprietari kami, ONE Support, sistem sokongan berpusat kami yang berkesan dan cekap berserta dengan pemasaran, penjenamaan, jualan dan banyak lagi.

UNBrokerage, sebagaimana yang dikenali dalam industri, mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada dan baru sahaja mengumumkan bahawa ia telah menjual hak francais kepada Singapura.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C dan Kanada. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Corporate Expansion