-- Pelancaran Grand Global LatteScreen di 14 negara.
SEOUL, Korea Selatan, 15 Mei 2013 /PRNewswire/ --
- LatteScreen dilancarkan di 14 buah negara merentasi Asia, Eropah dan Amerika Utara
- Platform Pengiklanan Mudah Alih berinsentif pertama pada Skrin-kunci Telefon Pintar
Jeong Soohwan, Ketua Pegawai Eksekutif AppDisco (http://eng.adlatte.com/), peneraju pasaran pengiklanan mudah alih berasaskan ganjaran, mengumumkan pelancaran LatteScreen di 12 buah negara, penambahan kepada operasi sedia ada di Korea dan Jepun. Pada 13 Mei, produk tersebut akan turut diedarkan di enam negara/rantau termasuk Australia, UK, Taiwan, Sepanyol, Malaysia dan Vietnam. Perkhidmatan ini juga disediakan di Hong Kong, Itali, Jerman, Perancis, Thailand dan Amerika pada penghujung bulan Mei.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130513/HK12350 )
LatteScreen buat pertama kalinya dilancarkan di Korea dan Jepun pada bulan Februari. Pelancaran ini menjadikannya platform pengiklanan mudah alih berasaskan ganjaran terulung yang menggunakan skrin kunci dalam peranti telefon pintar. Sepanjang tempoh ujian versi beta, platform ini telah berjaya mencapai dua juta muat turun dari dua buah negara tersebut. Pencapaian ini menyerlahkan potensi perkhidmatan yang disediakan.
LatteScreen memberi insentif kepada pengguna di atas persetujuan dan penglibatan mereka dalam pengiklanan pada skrin kunci. Aplikasi ini mempunyai antara muka yang sangat mudah. Pengguna diberi pilihan untuk menggerakkan tab ke kiri atau kanan yang akan membuka skrin atau menyalurkan maklumat terperinci tentang sesuatu iklan. Kemudahan dan kebolehgunaan LatteScreen menjamin pengalaman pengguna yang memuaskan. Ia juga menawarkan pelbagai bahan bergambar dan ilustrasi rekabentuk paparan latar untuk memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu, proses pendaftaran bagi keluaran global dipermudah dengan hanya memerlukan pengguna mendaftar menggunakan satu alamat emel.
Latte menggabung gaya yang lebih neutral dan tidak menonjol dalam menyampaikan iklan kepada pengguna sebagai letakan dan rekaan skrin kunci. Ia menawarkan imej iklan saiz penuh yang membantu para pengiklan mengukuhkan imej jenama masing-masing dengan cara tersendiri yang baharu. LatteScreen memberikan ganjaran yang lebih tinggi kepada pengguna yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti memasang aplikasi yang memenuhi permintaan dan kepentingan kedua-dua pihak pengguna dan pengiklan.
Dengan pelancaran LatteScreen di luar negara, AppDisco bercita-cita tinggi menjadi sebuah syarikat utama yang menyediakan platform pengiklanan mudah alih berinsentif di pasaran global. Menurut Yoo Bumryung, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Strategi AppDisco "Berdasarkan potensi pertumbuhan pasaran pengiklanan mudah alih, aplikasi mesra-pengguna dengan antara muka yang mudah dan mempunyai faedah ganjaran akan memenuhi keperluan pengguna yang canggung menggunakan aplikasi mudah alih. Ini merupakan kunci bagi mendapatkan sambutan positif dari pasaran global." AppDisco juga sedang berusaha ke arah penubuhan pejabat-pejabat cawangan atau sebagai alternatif, mendapatkan perkongsian yang mengoptimumkan strategi jualan dan pemasaran di setiap negara.
Ketua Pegawai Eksekutif itu menambah "Kami telah membuat persediaan yang sebenar dan menepati masa untuk pelancaran global ini. Saya percaya bahawa kepakaran yang diperoleh dalam merintis pasaran Korea dan Jepun selama beberapa tahun lalu akan banyak membantu kami menjayakan pelancaran LatteScreen di luar negara." Beliau menyambung, "Dengan pelancaran global ini, kami akan memberikan usaha yang terbaik bagi memulakan perniagaan mudah alih tanpa sempadan dan menjadi jambatan global yang menghubungkan pengguna dengan rangkaian global."
Mengenai AppDisco
AppDisco yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan ialah sebuah perniagaan yang mengikuti perkembangan, kreatif dan sentiasa memberikan pengguna pengalaman baharu yang menarik melalui produknya: AdLatte dan LatteScreen. Kedua-dua aplikasi ini mewakili perkhidmatan AppDisco yang menerajui industri pengiklanan mudah alih di Korea. Dengan idea – idea unik dan pendekatan yang bersungguh-sungguh, AdLatte and LatteScreen bertujuan membantu orang ramai memahami anjakan paradigma daripada laman web kepada mudah alih dengan membangunkan kandungan asli bagi telefon pintar dan peranti tab.
Pada masa kini, AdLatte merupakan aplikasi pengiklanan mudah alih berasaskan ganjaran yang terunggul Korea dengan lebih lapan juta muat turun di Korea dan Jepun. Pada bulan Februari dan April, LatteScreen melancarkan versi beta di kedua-dua buah negara tersebut dan mencecah dua juta muat turun. AppDisco menyediakan perkhidmatan pengiklanan berasaskan prestasi yang membolehkan pengiklan menanda pasaran dan melihat keputusan serta merta. Tatkala pengiklan boleh menyasarkan pelanggan mereka, pengguna pula boleh memilih iklan pilihan mereka dan mendapat ganjaran!
Untuk maklumat lanjut, layari www.eng.adlatte.com atau http://www.facebook.com/appdisco.global
Penafian
"Maklumat dalam siaran akhbar ini adalah maklumat sulit dan mungkin mempunyai keistimewaan undang-undang".
Maklumat Hubungan:
Pengurus Perhubungan Awam Global AppDisco: Lyla Jeong
E lyla@adlatte.com
T +82-70-4658-4724