omniture

Dynasty Menyasarkan Peningkatan Pasaran Hartanah Global Dengan Kriptowang Inovatif

Dynasty Global Investments AG
2021-06-10 19:41 3403

ZUG, Switzerland, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Kriptowang baharu dan unik iaitu D¥NS, yang direka cipta untuk menghubungkan manfaat kedua-dua dunia kripto dan hartanah, telah diumumkan oleh Dynasty Global Investments AG yang berpangkalan di Switzerland. D¥NS akan dihubungkan dengan aset hartanah ultra premium yang diambil alih oleh Dynasty di pusat-pusat utama seluruh dunia.

"Dengan menghubungkan D¥NS dengan hartanah, kami ingin membawakan lebih banyak keteguhan dan kredibiliti kepada pasaran," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Dynasty, Eduardo Carvalho. Secara keseluruhan, 21 juta token D¥NS akan dikeluarkan dalam empat tranche bermula pada 1 Julai melalui bursa kripto utama. Apabila token berjaya dijual, dana akan digunakan untuk memperoleh lebih banyak hartanah ultra premium. Dengan hasil daripada hartanah tersebut, Dynasty akan membeli semula D¥NS daripada pasaran untuk dilupuskan, menjadikan ia lebih sukar didapati.

Syarikat ini telah pun membina portfolio hartanahnya, dengan pembelian hampir 1,000 meter persegi ruang pejabat komersial mewah di kawasan berprestij Faria Lima Avenue, Sao Paulo yang bernilai BRL27,695,000 (ASD5.48 juta). Hartanah tambahan yang sedang dinilai untuk pemerolehan terletak di bandar-bandar seperti New York, London, Hong Kong dan Singapura.

Pemilihan kanton Zug Switzerland sebagai ibu pejabat Dynasty oleh usahawan berjaya Brazil, Eduardo Carvalho dan Fabio Asdurian ketika mereka menubuhkan syarikat tersebut pada 2016 bukanlah suatu kebetulan. Kawasan ini, yang dikenali sebagai Lembah Kripto, menempatkan beberapa perniagaan berkaitan kriptowang yang komited terhadap peraturan yang mendapat pengiktirafan global di rantau ini, yang ditubuhkan bagi mengawal selia penggunaan teknologi rantaian blok. Dynasty juga mengikuti peraturan yang ketat demi mencegah pengubahan wang haram, termasuk prinsip Kenali Pelanggan Anda 1988 yang dibangunkan di Basel melalui proses yang teliti bagi mengenal pasti pembeli token D¥NS keluarannya.

Carvalho memulakan kerjaya keusahawanan dengan awal apabila beliau menghentikan pengajian di universiti untuk melancarkan usaha niaga pertamanya ketika berusia 19 tahun. Beliau membina pengalaman dalam pasaran hartanah mewah sebagai Ketua Pegawai Operasi Imovel A, sebuah perniagaan hartanah yang mengkhusus dalam penjualan hartanah mewah. Pengasas bersama, Asdurian yang juga seorang usahawan runcit yang berpengalaman, melancarkan beberapa konsep e-dagang Amerika Latin yang inovatif yang melibatkan jenama global utama, dari tempat asal beliau di Brazil.

Pelancaran D¥NS dilangsungkan secara serentak dengan kehadiran Carvalho di Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Ritossa pada tahun ini di Monte Carlo, bermula pada 30 Jun. Beliau akan membuat pembentangan dan mengadakan mesyuarat di acara tersebut yang dianggap sebagai perjumpaan terbesar dan paling berpengaruh untuk kekayaan keluarga dengan aset yang diwakili bernilai ASD4.5 trilion.

TERDAPAT DI LAMAN WEB:
Dynasty Global Investments AG
www.dynastygi.com 

MAKLUMAT UNTUK WARTAWAN:
MediaLink
Lucio Mesquita
lmesquita@medialinkbrasil.com
+44 (0) 7816518501

Source: Dynasty Global Investments AG
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Real Estate New products/services Blockchain