omniture

GSMA Dan i3forum Lancarkan Inisiatif Pengaturan Kedudukan Yang Bakal Meneraju Saling Sambung Berasaskan IP Antara Semua Pengendali

GSMA
2013-05-15 10:48 204

- Projek Rintis Yang Memacu Pelaksanaan Komersil Dirancang dengan Beberapa Pengendali Pada Tahun 2013

CHICAGO, 15 Mei 2013 /PRNewswire/ -- GSMA dan i3forum hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan inisiatif pengaturan kedudukan bagi mempercepatkan penggunaan saling sambung IP eXchange (IPX) melalui projek rintis komersil langsung bagi trafik suara. Penggunaan IPX mewujudkan laluan masa hadapan bagi perkhidmatan suara saling beroperasi yang berasaskan rangkaian IP, seperti Suara melalui LTE (VoLTE), dan juga menyediakan alternatif kepada saling kerja IP terbaik yang digunakan sekarang. Pengendali rangkaian tetap dan mudah alih termasuklah Deutsche Telekom, Orange, Telecom Italia, Telefonica, TeliaSonera dan Vodafone akan mengendalikan projek rintis suara melalui IPX pada tahun ini.

"Ketika kita menuju ke arah dunia IP sepenuhnya, pelanggan akan sentiasa mengkehendaki kualiti dan keandalan yang tinggi untuk perkhidmatan suara mereka," kata Alex Sinclair, Ketua Pegawai Teknologi GSMA. "Dengan menyediakan saling operasi sedunia, inisiatif ini akan membantu memacu pengaturan kedudukan yang meluas untuk perkhidmatan seperti VoLTE, dengan kualiti perkhidmatan yang sama seperti jangkaan para pelanggan."

 "Ahli pembawa i3forum telah bersama-sama membangunkan asas kukuh garis panduan dan amalan terbaik pelaksanaan IPX demi kebaikan industri pembawa," kata Philippe Millet, Pengerusi i3forum. "Perkongsian dengan GSMA, membolehkan kami berkongsi ilmu pengetahuan tersebut dengan industri mudah alih bagi mengatur kedudukan saling sambung IPX mengikut skala dengan pantas, memberikan kualiti dan keandalan yang lebih tinggi bagi perkhidmatan komunikasi IP baharu dan yang sedia ada."

Sebuah penyelesaian saling sambung terpiawai sedia ada daripada GSMA dan i3forum yang dikenali sebagai IPX, akan digunakan untuk menyediakan rangkaian IP global, persendirian dan selamat yang menyokong kualiti perkhidmatan hujung ke hujung. IPX adalah sebuah platform saling sambung yang ditawarkan oleh pelbagai pembawa sebagai salah satu bentuk persaingan tetapi mempunyai spesifikasi teknikal sama yang dipersetujui semua dan menggunakan model komersil yang tekal.

IPX memberikan penyelesaian rangkaian terurus hujung ke hujung yang menawarkan keterbukaan, bertumpukan kualiti dan menyediakan rejim keterhubungan perkhidmatan berbilang yang sangat lancar, dengan prinsip satu kontrak dan satu antara muka rangkaian tunggal menyediakan banyak sambungan dan perhubungan perkhidmatan berbilang hujung ke hujung. Kepada semua pemilik kepentingan, ini bermakna mereka boleh meyakini bahawa faedah komersil dan teknikal IPX akan disampaikan dalam cara yang meminimumkan pelaburan dan memaksimumkan peluang perniagaan.

Projek rintis ini akan membuka jalan bagi perjanjian teknikal dan komersil yang diperlukan bagi menggunakan IPX untuk saling bersambung dengan apa-apa perkhidmatan suara. Hasil akhir yang penting daripada projek rintis ini adalah pemindahan trafik suara langsung kepada saling sambung berasaskan IP atau menggunakan IPX sebagai penyaling sambung perkhidmatan suara baharu, yang menjadi batu loncatan besar ke arah perkhidmatan komunikasi antara pengendali seperti VoLTE dan RCS.

Inisiatif ini juga akan merangsang lebih banyak tawaran IPX daripada pembawa dan menggalakkan penyedia IPX meluaskan jejak mereka dan menetapkan lebih banyak saling sambung antara pengendali rangkaian. Lebih banyak saling sambung IPX yang wujud, lebih banyak perkhidmatan berasaskan IP yang boleh disalingsambungkan di masa hadapan, sekaligus menawarkan pilihan yang lebih baik pada para pelanggan.

Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia.  Dengan kehadiran di lebih dari 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti.  GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com

Mengenai i3forum
i3forum  mengumpulkan kepakaran komunikasi daripada lebih 49 penyedia telekomunikasi, mewakili tapak runcit terkumpul seramai lebih 1.5 bilion pelanggan daripada lebih dari 100 buah negara, Matlamat i3forum adalah untuk membangunkan saranan kolaborasi peralihan seluruh industri daripada suara dan perkhidmatan berkaitan kepada Protokol Internet (IP). Usaha bersepadu forum ini untuk mempercepatkan pelaksanaan suara berasaskan IP global menyokong akses yang tersebar luas untuk perkhidmatan dan aplikasi berasaskan IP yang berkualiti tinggi. Sila layari www.i3forum.org.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Telecommunications Carriers and Services VoIP Joint ventures