![]() |
SAN FRANCISCO, 11 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Jenama kecantikan tumbuh-tumbuhan yang berilhamkan tatu, KVD Beauty memperkenalkan Pengarah Kesenian Globalnya yang baharu iaitu jurusolek artis British yang terkemuka di dunia, Nikki Wolff. Wolff yang amat terkenal dengan solekan bergaya glamor dan grafik serta mahir dengan penampilan seri wajah semula jadi, digemari oleh para selebriti, wartawan dan pempengaruh serta terutamanya, telah berkerjasama dengan Dua Lipa, Rosie Huntington-Whiteley, Yara Shahida dan Kendall Jenner serta ramai lagi. Hasil karyanya telah membuatkan beliau memperoleh sejumlah besar para peminat yang melebihi 1.7 juta orang mengikuti Instagram di bawah kendalian beliau dengan eponim @Nikki_Makeup.
Dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Kesenian Global, Wolff menyertai pasukan berbakat Global Veritas Artistry yang terdiri daripada @FannyMaurer dari Perancis, @ChristianSchild dari Jerman, @TheSandraSaenz dan @AnthonyHNguyenMakeup dari Amerika Syarikat. Sebagai sebahagian daripada peranan beliau, Wolff juga akan berunding tentang pembangunan dan inovasi produk baharu serta bertindak sebagai artis utama dalam usaha pemasaran dan kempen berjenama KVD Beauty.
"KVD Beauty sentiasa memukau saya dengan inovasi alat soleknya yang berkualiti dan berprestasi tinggi yang benar-benar menunjukkan kesenian tahap seterusnya," kata Jurusolek Artis Selebriti, Nikki Wolff. "Sebagai ahli kepada komuniti jurusolek artis, saya sentiasa bergantung kepada jenama untuk memberikan produk serba guna yang membantu saya dalam penggambaran editorial, acara permaidani merah dan banyak lagi. Menjadi seorang jurusolek artis yang hebat, semuanya adalah berkisarkan eksperimen dan latihan serta produk yang memberi saya kebebasan kreatif untuk berbuat demikian. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyertai KVD Beauty sebagai Pengarah Seni Global dan saya teruja untuk bekerjasama dalam pelancaran produk baharu dan secara keseluruhannya, menjadi sebahagian daripada legasinya dalam industri alat solek."
"Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Nikki Wolff dan mengalu-alukan kedatangan beliau ke dalam pasukan KVD Beauty," kata Tara Loftis, Naib Presiden Pemasaran dan Perhubungan Awam Global Kendo Brands. "Kami telah mengikuti kerjaya beliau sejak awal dan sentiasa kagum dengan pengaruh yang beliau miliki – beliau telah menjadi selebriti Instagram atas hasil usahanya sendiri! Visi dan komitmen beliau terhadap seni amat sejajar dengan jenama ini. Kami teruja dengan penglibatan beliau dalam proses pembangunan produk sambil KVD Beauty terus menyampaikan alat solek berilhamkan tatu kepada para pengguna."
Wolff yang berpangkalan di London, memulakan latihan kerjaya solekan beliau di London College of Fashion yang berprestij. Semasa berada di sana, beliau telah memperoleh pekerjaan pertamanya sebagai perantisan dengan seorang jurugambar fesyen, yang menyolek model-model tersebut. Pengalaman ini telah memberi beliau pemahaman yang lebih baik tentang kuasa solekan dan keupayaannya untuk mengubah penampilan seseorang. Sejak itu, Wolff telah menjadi jurusolek artis yang amat digemari oleh ramai selebriti dan pempengaruh. Wolff kini mempunyai sekumpulan pelanggan yang merangkumi selebriti 'A-list' dan orang-orang kenamaan, manakala tugasannya dengan editorial terkemuka seperti VOGUE, ELLE dan Marie Claire telah memberikan beliau status berprofil tinggi.
Kerjasama dengan Nikki Wolff ini muncul tepat pada masanya kerana jenama tersebut baru-baru ini telah melancarka KVD Beauty ModCon Liquid-Gel Blush, yang mula mendapat sambutan hangat walaupun sebelum pelancarannya. Ia merupakan produk jenama ini yang seterusnya yang mesti dimiliki berikutan kejayaan Good Apple Foundation.
Untuk maklumat lanjut, sila layari kvdbeauty.com dan berhubung dengan kami di @KVDBeauty di Instagram, TikTok, YouTube, Twitter dan Facebook.
TENTANG PASUKAN GLOBAL VERITAS:
Sandra Saenz (A.S.): Menggabungkan cita-cita beliau untuk menjadi pakar bedah plastik dan pelukis, Sandra menemui minatnya dalam seni solekan. Beliau berbangga menjadi jurusolek artis berhijab dan berbangsa Mexico yang pertama memperoleh perwakilan agensi di A.S.
Anthony Nguyen (A.S.): Solekan telah menjadi sebagai saluran kreatif Anthony dalam penceritaan. Beliau terkenal dengan bakat serba bolehnya dalam menghasilkan penampilan yang sangat inovatif dan konseptual untuk editorial, kecantikan sederhana bagi acara permaidani merah serta bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal dan kempen antarabangsa.
Christian Schild (Jerman): Chris bermula sebagai pendandan rambut dan seterusnya menjadi seorang pendandan rambut dan jurusolek artis bebas pada tahun 2010 yang mencetuskan minat beliau dalam bidang solekan. Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat pelanggan antarabangsa dalam industri kecantikan dan fesyen. Beliau terkenal dengan pemikiran kreatif dan minatnya dalam setiap perincian.
Fanny Maurer (Perancis): Berminat dalam bidang muzik, beliau mula bekerjasama dengan kumpulan muzik rock sewaktu jelajah Eropah dan Amerika Syarikat dan mula meminati tatu. Beberapa tahun kemudian, beliau bekerjasama dengan artis berbakat dalam industri fesyen yang mendedahkan beliau kepada dunia solekan yang membawa beliau kepada kerjayanya hari ini.
TENTANG KVD BEAUTY:
KVD Beauty bermaksud Kara, Veritas, Decora—Nilai, Kebenaran, Kecantikan—kerana kebenaran anda sangat bernilai dan cantik. Kami mencipta alat solek berprestasi dan berpigmen tinggi yang berilhamkan seni tatu seperti Tattoo Liner #1 kami yang memenangi anugerah. Dengan pigmen seperti dakwat yang tahan lama dan berketepatan jarum tajam, ia merupakan ciri unik celak mata cecair yang tiada tandingan. Namun, keutamaan kami adalah lebih daripada sekadar prestasi: Alat solek kami adalah 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada kekejaman haiwan, kami mengambil berat tentang planet ini dan kami memperjuangkan semua bentuk seni—bukan sekadar alat solek. Kami menghargai individu melalui ekspresi diri yang artistik dan kreativiti yang tiada batasan. Dan yang paling penting, kami memberi anda alat untuk menghidupkan kecantikan sebenar anda.
TENTANG KENDO
KENDO BRANDS memiliki sepenuhnya dan mengendalikan KVD BEAUTY. KENDO ialah sebuah syarikat inkubator jenama kecantikan inovatif yang mencipta dan memperoleh jenama kecantikan dan mengubahnya menjadi kuasa global: FENTY Beauty by Rihanna, OLEHENRIKSEN Skincare, Marc Jacobs Beauty, Bite Beauty, Lip Lab Stores dan KVD Beauty. Pejabat-pejabat KENDO terletak di San Francisco, Paris, Dubai, London, São Paulo, Sydney dan Singapura.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1529709/kvd_beauty_nikki_wolff.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1529708/kvd_beauty_group_headshots.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1529707/KVD_Beauty_Logo.jpg?p=medium600