omniture

St Kitts dan Nevis Membiayai Pembayaran Gaji Semua Kakitangan Kerajaan Semasa Pandemik

CS Global Partners
2021-06-11 14:42 1913

LONDON, 11 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Walaupun berlakunya kemerosotan ekonomi disebabkan pandemik, kerajaan Persekutuan St Kitts dan Nevis telah berjaya memenuhi komitmen membayar gaji semua para kakitangan dan pesaranya. Pasukan Perpaduan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dr. Timothy Harris menguruskan inisiatif ini dan memastikan bahawa tiada seorang pun kakitangan yang diberhentikan kerana COVID-19.

Semasa sidang media minggu lalu, Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan membiayai pembayaran gaji seramai 6,400 orang kakitangan pada masa ini dan telah membelanjakan lebih $115 juta pada tahun 2021 untuk kakitangan bergaji bulanan, Kakitangan Bantuan Kerajaan dan pesara. Selain itu, sebanyak $21 juta diperuntukkan untuk Program Pemerkasaan Latihan Kemahiran (STEP) iaitu suatu inisiatif yang dibiayai oleh Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI) yang memberi peluang pekerjaan kepada warganegara St Kitts dan Nevis yang berkelayakan.

Beliau menambah bahawa Program Pembasmian Kemiskinan (PAP) iaitu satu lagi inisiatif yang ditaja oleh CBI dengan menyediakan sara hidup bulanan kepada isi rumah berpendapatan rendah, telah mengagihkan sejumlah $13.4 juta kepada keluarga terlibat dalam tempoh lima bulan yang lalu. Sejak bermulanya PAP pada bulan Disember 2018, peruntukan sebanyak $70.3 juta telah diproses dalam bantuan PAP.

"Syukurlah, di Saint Kitts dan Nevis, warganegara dan penduduk kami yang terkesan dengan COVID-19 mempunyai akses kepada lebih 20 rangkaian sokongan keselamatan sosial termasuk baucar makanan; program makanan sekolah; Program Pembasmian Kemiskinan; perkhidmatan sokongan untuk anak angkat; program bantuan perubatan yang berlainan dan berasingan daripada akses percuma kepada penjagaan kesihatan di semua pusat komuniti kami bagi golongan belia dan warga tua termasuk akses kepada perkhidmatan pergigian percuma di St Christopher dan Nevis; bantuan pakaian seragam sekolah, buku dan yuran peperiksaan yang dibayar oleh Kerajaan walaupun dalam konteks pandemik paling berbahaya yang telah menyebabkan kejatuhan kepada negara paling berkuasa," kata Perdana Menteri Harris.

Mengendalikan kekangan ekonomi COVID-19 adalah amat sukar bagi negara-negara kecil seperti St Kitts dan Nevis. Walau bagaimanapun, sumbangan besar daripada para pelabur asing yang telah disaring untuk program CBI ini membantu pengurusan fiskal dan pembangunan negara ini.

Pada tahun 1984, St Kitts dan Nevis menjadi negara pertama di dunia yang melancarkan program CBI, membolehkan pemohon yang berjaya memperoleh kewarganegaraan negaranya sekali gus memberi peluang untuk melakukan perjalanan bebas ke hampir 160 destinasi dan Pelan B ketika berlaku krisis. Mereka yang menyumbang kepada program Dana Pertumbuhan Lestari bukan sahaja boleh tinggal, bekerja dan belajar di kediaman baharu mereka malah merasai kepuasan apabila menjadi rakyat sebuah negara yang membantu penduduknya.

Pilihan dana ini ialah laluan yang paling cepat dan mudah untuk mendapatkan kewarganegaraan St Kitts dan Nevis . Ia merupakan satu-satunya laluan yang menawarkan diskaun tempoh terhad dengan membolehkan keluarga berjumlah hingga empat orang ahli memperoleh kewarganegaraan dengan pelaburan $150,000 berbanding $195,000 sebelumnya. Ini menjumlahkan pemotongan harga sebanyak $45,000 .

Sila hubungi: 

+447867942505 
pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel Legal Services