omniture

LONGi lancar modul dwimuka Hi-MO N TOPCon jenis-N di SNEC 2021

LONGi Solar
2021-06-11 15:22 262

XI'AN, China, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan & Pameran Penjanaan Kuasa Elektrik Fotovolta dan Tenaga Pintar Antarabangsa (SNEC 2021) ke-15 membuka tirainya pada 3 Jun di Shanghai, China. Dalam pameran industri yang ulung ini, LONGi memperkenalkan Hi-MO N - modul dwimuka pertama dengan sel TOPCon jenis-N - dan sekali lagi menerajui industri PV dengan teknologi berkecekapan tinggi.

LONGi unveiled its brand new bifacial module Hi-MO N at SNEC2021
LONGi unveiled its brand new bifacial module Hi-MO N at SNEC2021

Hi-MO N mengekalkan saiz sel 182mm dan modul 72c yang optimum serta menerima pakai teknik HPC proprietari LONGi berdasarkan TOPCon jenis-N (Sel Berprestasi Tinggi dengan Kontak Pasif Hibrid). Kecekapan penukaran adalah sehingga 22.3% dan kuasanya mencecah 570W dalam pengeluaran besar-besaran. Direka untuk memberi nilai ultra tinggi dan LCOE lebih rendah untuk loji janakuasa PV berskala utiliti, Hi-MO N dijangka menjadi produk utama yang menerajui pencapaian industri dari segi kecekapan modul dan hasil tenaga.

Bermula daripada komitmennya kepada teknologi silikon monohabluran kepada aplikasi luas teknologi PERC berasaskan silikon monohabluran yang mencakupi teknologi dwimuka jenis-P hingga standard wafer M6 dan M10, setiap pencapaian LONGi adalah berdasarkan pemaksimuman nilai industri dan penurunan LCOE. Teknologi LONGi telah mempercepatkan industri PV. Hi-MO N, modul TOPCon yang baru diperkenalkan merupakan hasil ciptaan terkini daripada inovasi berterusan LONGi yang menawarkan prestasi lebih baik yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Dengan TOPCon jenis-N berasaskan teknik HPC LONGi, Hi-MO N dapat mencapai hasil dwimuka yang lebih tinggi, pekali suhu yang lebih baik dan prestasi sinaran yang rendah, suhu kerja lebih rendah serta prestasi LID dan PID yang lebih baik. Hasil tenaga adalah 2-3% lebih tinggi berbanding modul dwimuka jenis-P arus perdana.

Selaras dengan kerosakan sel "Sifar" dan teknologi pematerian pintar proprietari LONGi, Hi MO N bebas PID di bawah sinaran. Degradasi tahun awal adalah kurang daripada 1% manakala degradasi linear adalah kurang daripada 0.4% (Degradasi produk arus perdana yang serupa adalah sekitar 2% pada tahun awalnya manakala degradasi linear adalah kira-kira 0.45% setahun). Dihitung dengan kitaran hayat 30-tahun, kecekapan penukaran modul Hi-MO N akan menjadi 2.45% lebih tinggi berbanding produk arus perdana yang lain dalam pasaran.

Selain daripada hasil tenaga yang tinggi dan degradasi teraruh cahaya rendah, Hi-MO N turut menunjukkan nilainya dalam mengurangkan kos BOS dengan kecekapan modul yang lebih tinggi. Modul bersaiz 182mm dapat meminimumkan kos yang dikaitkan dengan pemparaan, kabel, penyongsang dan buruh. Kecekapan penukarannya yang tinggi iaitu 22.3% dapat meningkatkan kapasiti terpasang sebanyak lebih 3.5% di kawasan dengan ruang yang terhad dan mengurangkan kos BOS selain kos peralatan AC serta operasi dan penyelenggaraan dalam seluruh kitaran hayat loji janakuasa.

Hasil tenaga dan penjimatan kos sistem semasa kitaran hayat Hi-MO N dapat memberi nilai yang lebih tinggi untuk pelanggan apabila dibandingkan dengan modul dwimuka jenis-P arus perdana dalam pasaran.

Dengan keluaran Hi-MO N, kini portfolio LONGi merangkumkan rangkaian produk "Hi-MO N", "Hi-MO 5" dan "Hi-MO 4": Hi-MO 4 sesuai di wilayah serta kawasan pergunungan yang mana pengendalian modul boleh menjadi sukar. Hi-MO 5 merupakan produk yang berjaya untuk loji janakuasa ultra besar. Hi-MO N pula paling sesuai dalam aplikasi pada permukaan dengan pantulan tinggi, suhu tinggi, tanah yang terhad dan kos buruh yang tinggi.

LONGi unveiled its brand new bifacial module Hi-MO N at SNEC2021
LONGi unveiled its brand new bifacial module Hi-MO N at SNEC2021

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news