omniture

Maria Teresa Hilado Sertai Lembaga Pengarah Bausch + Lomb

Bausch + Lomb
2013-05-16 01:47 139

ROCHESTER, New York, 15 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Bausch + Lomb, syarikat kesihatan mata global, hari ini mengumumkan bahawa Maria Teresa (Tessa) Hilado telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarahnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121221/MM34011LOGO )

Cik Hilado kini memegang jawatan naib presiden kanan kewangan dan bendahari PepsiCo, gergasi makanan dan minuman bernilai $65 bilion. Ketika memegang jawatan ini, Cik Hilado bertanggungjawab kepada operasi global organisasi perbendaharaan PepsiCo, termasuklah pasaran modal, pengurusan tunai, perbendaharaan antarabangsa, pelaburan pencen, dan insurans, serta penyeliaan pasukan kewangan pemerolehan global syarikat itu.  Beliau juga ialah ahli Jawatankuasa Perbelanjaan Modal PepsiCo dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Komoditi PepsiCo, serta mempengerusikan Jawatankuasa Pelaburan Pencen. Cik Hilado juga ialah ahli lembaga pengarah Usahaniaga Pembotolan Pepsi, sebuah usahasama antara PepsiCo dan Suntory.

"Tessa Hilado ialah seorang pemimpin kewangan yang cemerlang dengan pengalaman yang luas dalam syarikat-syarikat penjagaan kesihatan global dan produk pengguna," kata Fred Hassan, pengerusi Bausch + Lomb. "Bausch + Lomb, para pelanggannya dan pemegang sahamnya akan mendapat faedah daripada pengalaman Tessa dalam industri, kewangan dan perbendaharaan.

Cik Hilado mempunyai pengalaman kewangan, perbendaharaan dan strategi pembawuran awam utama global selama lebih 22 tahun dalam pelbagai industri. Sebelum menyertai PepsiCo pada tahun 2009, Hilado merupakan naib presiden dan bendahari di Schering-Plough Corporation dari 2008 – 2009 di mana beliau memegang tanggungjawab operasi global organisasi perbendaharaan syarikat itu dan berkhidmat dalam Jawatankuasa Pelaburan Pencen. Sebelum itu, Hilado berada di General Motors (GM) Corporation selama 17 tahun di mana beliau memegang pelbagai jawatan kanan kewangan termasuklah pembantu bendahari, pengurus besar dan ketua pegawai kewangan, GMAC Commercial Finance. Beliau juga memegang pelbagai jawatan dalam penggabungan dan pemerolehan, rundingan buruh dan perbendaharaan.

"Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada transformasi berterusan Bausch + Lomb pada ketika mereka berusaha memajukan perniagaan mereka, dan merealisasikan wawasannya untuk menjadi syarikat kesihatan mata global terbaik," kata Hilado.

Cik Hilado memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan pengurusan dari Universiti Ateneo de Manila, Filipina dan ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Virginia, Fakulti Perniagaan Siswazah Darden.

Mengenai Bausch + Lomb
Bausch + Lomb adalah peneraju global syarikat kesihatan mata yang menumpukan kepada melindungi, meningkatkan dan memulihkan penglihatan. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta sentuh, produk penjagaan kanta, dan peralatan dan instrumen pembedahan oftalmik. Kami membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling menyeluruh dalam industri kami di peringkat global, yang boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Ditubuhkan pada tahun 1853, syarikat kami beribu pejabat di Rochester, NY, dan mempunyai lebih daripada 11,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Source: Bausch + Lomb
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Personnel announcements