omniture

Teckler melancarkan perkhidmatan yang memberi wang pada penjana kandungan

Teckler
2013-05-16 10:00 124

- Teckler mencipta konsep baharu penggunaan Internet di mana kuasa dipegang 100% dalam tangan pengguna, sebuah evolusi perkakas yang sudah pun wujud, membolehkan pengguna mencipta kandungan spesifik dan menjana pendapatan tambahan

RIO DE JANEIRO, 16 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Generasi laman web terbaharu sudah tiba dengan kemunculan Teckler, yang melaburkan wangnya untuk pendedahan dan bayaran pada penjana kandungan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130506/BR08621)

"Teckler adalah langkah seterusnya dalam Internet sedunia. Pada kami, dengan Internet 1.0 kebanyakan perkhidmatannya adalah percuma, dan dengan Internet 2.0 syarikat mula menjana keuntungan dengan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. Dengan Internet 3.0, golongan yang mula menjana pendapatan adalah para pengguna yang mencipta kandungan itu sendiri," jelas Claudio Gandelman, pengasas syarikat dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Match.com Amerika Latin.

Teckler menggalakkan penglibatan lebih mudah berbanding sebuah blog, dan tanpa sebarang kewajipan untuk mengemaskini kandungan setiap masa. Isi kandungan boleh dicipta dan dikongsi melalui teks, gambar, video dan audio dan masih boleh menjana pendapatan daripada para penontonnya. Penjana untuk isi kandungan ini akan mendapat 70% daripada keuntungan yang didapati.

"Selepas pembangunan selama enam bulan, kami menjalankan pelancaran serentak dalam 164 buah negara, dalam 13 bahasa berbeza, dengan itu, kami mempunyai jumlah audiens berpotensi seramai lebih daripada 4 bilion orang," kata Gandelman. Teckler menjana pendapatan dengan pengiklanan untuk penjana kandungan, bergantung pada trafik kandungan tersebut. Ideanya adalah untuk menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan, budaya dan keghairahan dalam cara yang menghiburkan, tanpa terlalu banyak peraturan, di mana orang ramai boleh berkongsi kreativiti mereka dan memperdebatkan pelbagai subjek.

Para Tecklers dibayar mengikut jumlah paparan bahan-bahan kandungan. "Kami meruntuhkan sebuah paradigma dengan model ini, kerana kami memberi orang biasa potensi untuk menjadi pembentuk pandangan, tanpa mengira tahap pergaulan mereka dan berdasarkan pembezaan yang mereka hasilkan."

Para Tecklers terdiri daripada cendekiawan dan orang-orang yang gilakan teknologi hinggalah kepada pencinta sastera, artis, jurugambar, chef hujung minggu dan orang ramai dengan tip tentang hiburan, pelancongan, kesihatan, kecantikan dan lain-lain lagi. Teckler juga boleh menarik minat sesiapa yang mencari apa jenis maklumat sekalipun.

"Syarikat-syarikat yang dapat memikirkan cara-cara pintar untuk menggunakan Teckler bakal mempunyai alat yang luar biasa dalam genggaman mereka. Contohnya, sebuah syarikat makanan boleh menulis resipi, memaparkannya di Teckler dan letakkan pautan pada laman itu yang akan dihubungkan dengan laman web mereka. Ia sebuah dunia baharu, dan sesiapa yang tahu cara untuk mempergunakannya dengan berkesan akan mendapat peluang keemasan yang tidak pernah wujud sebelum ini," tambah Gandelman lagi.

www.teckler.com

Sing Comunicacao de Resultados
Henrique Cavinatti
hcavinatti@singcomunica.com.br 
Eder Rezende
erezende@singcomunica.com.br   
Tatiane Dantas
tdantas@singcomunica.com.br 
Melissa Sayon
msayon@singcomunica.com.br 

+55 11 5091.7838    
www.singcomunica.com.br 

 

Source: Teckler
Related Links:
Keywords: Advertising Internet Technology Publishing/Information Service Web Site New products/services