omniture

Persaingan untuk Menjadi Syarikat Penerbangan dan Lapangan Terbang Tepat Masa Telah Kembali

Cirium
2021-06-11 23:23 1439

Pada bulan ini, Cirium iaitu sebuah firma data penerbangan melancarkan semula Laporan Prestasi Tepat Masanya yang diikuti dengan teliti, sebagai petanda positif untuk  sektor ini

  • Japan Airlines, Hawaiian Airlines, Red Wings dan Avianca masing-masing mendapat tempat sebagai syarikat penerbangan yang paling tepat masa pada bulan Mei bagi Asia Pasifik, Amerika Utara, Eropah dan Amerika Latin
  • Lapangan Terbang Haneda Tokyo berada di kedudukan teratas sebagai lapangan terbang global yang paling tepat masa
  • 20 lapangan terbang global terbaik secara kolektif telah mengendalikan lebih setengah juta penerbangan pada bulan Mei

LONDON, 11 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat penerbangan dan lapangan terbang sekali lagi dinilai berdasarkan kepada ketepatan masa perkhidmatan mereka memandangkan jumlah penerbangan semakin meningkat di seluruh dunia. Kini, Cirium, sebuah syarikat analisis penerbangan telah menghasilkan semula Laporan Prestasi Tepat Masanya (On-Time Performance Report) yang diikuti dengan teliti secara bulanan.

Pada bulan Mei 2021, Japan Airlines (JAL), Hawaiian Airlines, Red Wings dan Avianca menduduki tempat teratas bagi ketibaan tepat masa di rantau masing-masing. Manakala Lapangan Terbang Haneda (HND) menduduki tempat teratas sebagai lapangan terbang global yang paling tepat masa.

Selama lebih satu dekad, Cirium telah menerbitkan Laporan Prestasi Tepat Masa —analisis yang digunakan paling lama dalam industri penerbangan—untuk memberi pemahaman tentang ketepatan masa syarikat penerbangan dan lapangan terbang serta mengiktiraf mereka yang berprestasi tinggi berbanding rakan seperjuangan mereka secara global, serantau dan dalam kategori masing-masing. Laporan tersebut telah ditangguhkan pada awal 2020 memandangkan penerbangan telah terjejas akibat pandemik COVID-19.

JAL yang terbaik di APAC
Di Asia-Pasifik, lima syarikat penerbangan utama bagi ketibaan tepat masa pada bulan Mei terdiri daripada JAL (95.19%), ANA (94.60%), Air New Zealand (89.59%), Garuda Indonesia (87.98%) dan Korean Air (85.48%). Daripada 10 syarikat penerbangan tepat masa yang terbaik, Air New Zealand telah mengendalikan penerbangan yang paling banyak sepanjang bulan tersebut (12,570).

JAL telah meningkat daripada kedudukan tempat ke-10 kepada tempat pertama dibandingkan dengan laporan bulanan Cirium yang terakhir pada bulan Februari 2020. ANA telah berganjak naik dari tempat ke-5 dan Air New Zealand telah meningkat naik dari tempat ke-9. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang berada dalam 10 terbaik bagi ketepatan masa pada tahun 2020 tetapi tidak lagi tersenarai, merangkumi Singapore Airlines, Cathay Pacific, AirAsia, Cebu Pacific Air dan Thai Airways International.

Hawaiian mendahului senarai sementara Air Canada meningkat naik di Amerika Utara
Hawaiian Airlines terus menewaskan syarikat penerbangan Amerika Utara yang lain dan mengekalkan kedudukan teratas sebagai syarikat penerbangan AS yang paling tepat masa berdasarkan prestasi bulanan (ketibaan tepat masa 93.22%). Air Canada yang tidak tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik pada bulan Februari 2020, kini menduduki tempat ke-2—menggantikan Southwest Airlines yang berada di tempat ke-2 pada tahun 2020. Kedudukan Southwest telah merosot ke tempat ke-9; namun, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dallas tersebut telah mengendalikan penerbangan yang paling banyak di antara syarikat penerbangan 10 terbaik itu—berjumlah 89,297 penerbangan. Delta Air Lines, Alaska Airlines dan United Airlines menduduki tempat ke-3, ke-4 dan ke-5.

Red Wings terbaik di Eropah
Kedudukan 10 terbaik di Eropah telah menyaksikan banyak perubahan yang tidak mengejutkan dengan Red Wings memperoleh kedudukan terbaik pada bulan Mei (96.18% tepat masa). Sejak Februari 2020, Vueling telah meningkat daripada tempat ke-7 kepada tempat ke-2 (96.07%) dan Iberia telah berganjak naik daripada tempat ke-6 kepada tempat ke-3(95.87%). Aeroflot telah jatuh ke tempat ke-5, namun syarikat penerbangan Rusia tersebut telah mengendalikan penerbangan yang paling banyak dalam senarai 10 terbaik dengan sejumlah 13,316 penerbangan. Pendatang baharu dalam senarai 10 terbaik berbanding tahun 2020 adalah termasuk KLM (ke-4), SunExpress (ke-7) dan SAS (ke-10). Syarikat penerbangan yang tidak lagi berada dalam kedudukan 10 terbaik adalah termasuk LOT Polish Airlines, Air France dan Norwegian Air Shuttle.

Avianca melonjak naik di Amerika Latin
Avianca telah melonjak naik, meningkat dari tempat ke-9 pada tahun 2020 untuk menjadi syarikat penerbangan paling tepat masa di Amerika Latin (93.69%) bagi bulan Mei. Kedua-dua Azul (93.53%) dan Gol (93.52%) telah berganjak naik ke kedudukan 10 terbaik iaitu masing-masing berada di tempat ke-2 dan ke-3.

Haneda menduduki tempat terbaik dalam senarai prestasi tepat masa lapangan terbang global
Dalam senarai lapangan terbang global 20 terbaik, Lapangan Terbang Haneda (HND) meraih tempat terbaik dengan pelepasan tepat masa sebanyak 96.86%. Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo (SVO), Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul (MSP), Lapangan Terbang Detroit Metropolitan Wayne County (DTW) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia (PHL) semuanya turut tersenarai dalam lima terbaik.

Lebih setengah juta penumpang penerbangan dikendalikan oleh 20 lapangan terbang global terbaik pada bulan Mei. Jumlah ini hanya menurun sebanyak 4% berbanding bulan Februari 2020. Prestasi tepat masa lapangan terbang ini telah meningkat sebanyak 3 mata.

"Oleh kerana operasi penerbangan telah kembali, ia menjadi medan persaingan yang adil untuk menganalisis semula prestasi tepat masa syarikat penerbangan dan lapangan terbang—satu petanda positif bagi industri ini. Walaupun faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan—kesesakan ruang udara, jalan rayap atau penumpang yang mempunyai sambungan penerbangan—tidak wujud pada tahun 2020, faktor-faktor tersebut berkemungkinan akan kembali secara perlahan-perlahan pada tahun 2021 dan tahun 2022," kata Jeremy Bowen, Ketua Pegawai Eksekutif Cirium.

"Cirium menggunakan analisis data yang paling tepat untuk membangunkan Laporan Prestasi Tepat Masa dan kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa JAL, Hawaiian Airlines, Red Wings dan Avianca telah mendapat kedudukan sebagai syarikat penerbangan yang paling tepat masa bagi bulan Mei di rantau masing-masing. Tahniah juga diucapkan kepada Lapangan Terbang Haneda atas pencapaian kedudukan terbaik dalam kategori lapangan terbang global."

Data yang dianalisis dalam laporan Prestasi Tepat Masa Cirium diperoleh daripada The Cirium Core—mengandungi lebih 300 terabait maklumat daripada lebih 2,000 sumber data.

Untuk melihat laporan penuh bagi syarikat penerbangan dan lapangan terbang, sila klik di sini.

Sebagai tambahan kepada laporan bulanan untuk ketepatan masa syarikat penerbangan dan lapangan terbang, Cirium juga menerbitkan laporan tahunan dan anugerah dengan piawaian emas—The Cirium On-Time Performance Review (Kajian Semula Prestasi Tepat Masa Cirium).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cirium.com dan ikuti kemas kini Cirium melalui LinkedIn dan Twitter .

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Pasukan media Cirium di media@cirium.com

Laporan untuk syarikat penerbangan ini membahagikan kedudukan mengikut rantau kepada 'barisan utama' dan 'rangkaian'. Angka yang dilaporkan di sini adalah untuk barisan utama sahaja.

Kajian semula data di seluruh syarikat penerbangan global tidak termasuk dalam laporan terkini. Prestasi tepat masa Cirium adalah berdasarkan kepada kriteria yang ketat dan pada masa penulisan ini dihasilkan, frekuensi penerbangan antarabangsa masih menurun dengan ketara. Lebih banyak masa diperlukan sebelum kategori ini kembali semula.

Tentang Cirium
Cirium menyatukan data yang bernilai dan analitik untuk memastikan dunia terus bergerak. Menyampaikan pandangan yang dibina sejak beberapa dekad dalam sektor ini, membolehkan syarikat pelancongan, pengeluar pesawat, lapangan terbang, syarikat penerbangan dan institusi kewangan, antara lain, untuk membuat keputusan logik dan tepat yang membentuk masa depan perjalanan, meningkatkan hasil serta mempertingkatkan pengalaman pelanggan. Cirium ialah sebahagian daripada RELX, penyedia global bagi analisis berasaskan maklumat dan alat pembuat keputusan untuk pelanggan profesional dan perniagaan. Saham RELX PLC didagangkan di Bursa Saham London, Amsterdam dan New York menggunakan simbol penanda berikut: London: REL; Amsterdam: REN; New York: RELX

 

Source: Cirium
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:REN LSE:REL NYSE:RELX
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Travel Survey, Polls & Research Data Analytics