omniture

Modul Kamera Raspberry Pi Kini Diedarkan daripada RS Components

RS Components
2013-05-16 10:00 209

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Modul kamera baru membolehkan rakaman video HD kos rendah

RS Components (RS) dan Allied Electronics (Allied), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, kini mengedarkan modul kamera Raspberry Pi. Prototaip modul itu telah mempamerkan demonstrasi awam pertama di gerai RS ketika berlangsungnya pesta dagangan Electronica di Munich Novermber tahun lalu.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/05/14/20130514155009746414.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Modul kamera Raspberry Pi, yang berharga US$25, mempunyai sensor imej CMOS 5 megapiksel daripada OmniVision yang terbina dengan senibina pencahayaan piksel belakang 1.4 mikron, yang memberikan fotografi 5-megapiksel, dan rakaman video definisi tinggi (HD) dengan kadar bingkai yang tinggi iaitu 720p/60. Modul kamera ini berantaramuka dengan Raspberry Pi melalui sambungan kamera sedia ada, menggunakan CSI untuk data dan I2C untuk kawalan. Ia membolehkan pengguna merakamkan 720p dan 1080p pada 30 bingkai sesaat dalam format video H264.

"Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami telah berusaha menalakan dan memperhalusi modul kamera Raspberry Pi," kata Gordon Hollingworth, Ketua Perisian di Raspberry Pi. "Kami amat gembira kerana dapat melancarkan papan kamera hari ini. Ia kecil, hanya seberat beberapa gram, dan mempunyai resolusi yang hebat -- kami telah melihat beberapa gambar yang menakjubkan daripadanya. Ia merupakan cara yang murah untuk menambahkan input gambar pegun atau video kepada rekaan anda; kami telah melihat unit-unit percubaan yang kami hantar digunakan di makmal perubatan universiti, mengambil gambar daripada peranti bawaan udara dan dalam projek pengecaman wajah."

"Ramai yang berminat kepada produk ini ketika kami mula-mula mendemonstrasikan prototaip modul kamera pada November, dan produk akhir ini telah dinanti-nantikan,"  kata Glenn Jarrett, Ketua Pemasaran Produk Global di RS. "Kami gembira kerana kini kami dapat mengedarkan modul ini kepada pelanggan, hasil daripada usaha pasukan di Yayasan Raspberry Pi yang telah bertungkus lumus memperhalusi perkakasan ini untuk membawanya ke pusat-pusat penghasilan dan pengedaran secepat mungkin."

Modul kamera ini kini boleh dibeli di www.rs-components.com  dan melalui gedung dalam talian Raspberry Pi store Untuk membeli modul kamera Raspberry Pi sila lawati www.rs-components.com/raspberrypi. Untuk membaca lebih lanjut bagaimana menyepadukan modul kamera ke dalam rekaan anda atau mendapat idea dan tip penggunaannya, layarilah www.designspark.com/raspberrypi, komuniti rekaan dalam talian RS, di mana terdapat pusat rekaan khas Raspberry Pi yang sarat dengan maklumat dan tutorial berguna, termasuk bagaimana mengemaskini kad SD anda dengan sistem operasi (OS) Raspberry Pi terkini.

Untuk arahan pemasangan dan letakan Modul Kamera Raspberry Pi sila lawati: www.raspberrypi.org/archives/3890.

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar ulung produk elektronik dan penyenggaraan dunia. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang ternama, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, serta elektrik dan mekanik.

Electrocomponents tersenarai dalam Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lalu yang berakhir 31 Mac 2012 telah memperoleh pendapatan berjumlah GBP1.27 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS 
RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Esoochun.tan@rs-components.com 
T: +65-6391-5745 

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Akaun Kanan
Erscsg@hoffman.com 
T: +65-6361-0250

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services