omniture

Dr. Rongxiang Xu, Pemilik Paten Penjanaan Semula Organ Rosak, Tumpuan Utama Ucapan Presiden Dalam 'State of The Union' 2013, Memfailkan Saman Terhadap Dr. Yamanaka Kerana Penipuan

Mebo International; Ardent Law Group
2013-05-17 01:50 138

LOS ANGELES, 17 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Pada 8 Mei 2013, Dr. Rongxiang Xu, pengasas "sains pemulihan penjanaan semula tubuh manusia" dan saintis hayat dan perubatan terkenal merupakan satu-satunya individu yang dipercayai telah mempaten teknologi penjanaan semula langsung bagi organ-organ rosak telah memfailkan saman terhadap Dr. Shinya Yamanaka, salah seorang pemenang Anugerah Nobel 2012 dalam Fisiologi atau Perubatan di Mahkamah Agung California, Wilayah San Francisco. Saman yang difailkan, antara lain mendakwa wujud pembohongan oleh Dr. Shinya Yamanaka.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130515/LA14340)

Menurut peguam Dr. Xu, saman terdahulu yang difailkan oleh Dr. Xu terhadap Perhimpunan Nobel pada 3 Disember 2012, menggesa Perhimpunan itu menjelaskan beberapa kenyataan yang telah dibuat sempena penganugerahan Anugerah Nobel 2012 bagi Fisiologi atau Perubatan. Malangnya, tiada maklumbalas memperjelaskan kebenaran sains diterima memandangkan kes itu masih belum selesai. Oleh itu, Dr. Xu telah memfailkan satu lagi saman terus kepada Dr. Yamanaka, atas dakwaan pengeliruan yang dilakukan oleh Dr. Yamanaka.

Peguam Dr. Xu menyatakan bahawa kenyataan yang diterbitkan oleh Dr. Yamanaka melabelkan kajian sel transgenik tiruannya sebagai "induksi sel somatik ke dalam sel tunjang", yang sebenarnya teknologi berpaten milik Dr. Xu, menjejaskan reputasi dan syarikatnya. Dr. Xu mendakwa Dr. Yamanaka telah memperdaya beberapa ahli profesional yang berniat baik untuk meneroka dan mengkaji sains hayat. Walaubagaimanapun, Dr. Xu percaya bahawa Dr. Yamanaka telah membawa ahli-ahli profesional itu ke haluan yang salah. Contohnya, Dr. Xu percaya bahawa kerajaan AS pun telah dikelirukan untuk mempercayai Dr. Yamanaka apabila ucapan kesatuan 2008 menyatakan sokongan mereka terhadap cara memprogram semula sel kulit dewasa untuk bertindak seperti sel tunjang embrio, seperti yang didakwa oleh Dr. Yamanaka. Dr. Xu mempercayai bahawa beratus juta wang pembayar cukai telah dibazirkan demi membiayai kajian sains palsu itu.

Himpunan Nobel menganugerahi Dr. Yamanaka Anugerah dalam Fisiologi atu Perubatan pada 2012, dan menghebahkan bahawa sel transgenik tiruannya menghasilkan potensi penjanaan semula untuk manusia. Dr.Xu berusaha untuk menghentikan penipuan seperti itu melalui proses perundangan setelah mempertimbangkan akibat yang diramal bakal mengancam nyawa manusia,.

Dr.Yamanaka melabelkan sel tiruannya yang dihasilkan dengan pemindahan onkogen sebagai "induksi sel somatik ke dalam sel induk pluripoten", yakni beliau mendakwa kajian sel transgenik tiruannya menggunakan nama teknologi berpaten milik plaintif dengan singkatan iPSC, segera diperakui dan diikuti oleh sekumpulan saintis berprestij yang ingin menyelesaikan isu etika kajian sel tunjang embrionik.

Istilah yang digunakan oleh Dr. Yamanaka merupakan teras paten Dr. Xu, termasuk Paten AS 6991813 dan Dr. Xu mendakwa kajian Dr. Yamanaka sebenarnya tiada kaitan dengan sel tunjang. Dr. Yamanaka mengakui dalam artikelnya yang diterbitkan dalam majalah Cell Stem Cell pada tahun 2012 bahawa beliau tidak memperoleh sel-sel induk pluripoten semulajadi melalui induksi sel somatik. Menurut Dr. Xu, adalah kritikal untuk mempersoalkan mengapa satu penipuan saintifik yang tidak munasabah ini dibiarkan berleluasa di seluruh dunia selama beberapa tahun lalu.

Induksi sel somatik manusia kepada sel induk pluripoten merupakan kandungan teras laluan saintifik Dr. Xu yang dipatenkan bagi "penjanaan semula organ rosak" dan berjaya dilaksanakan dalam aplikasi klinikal. Walaubagaimanapun, teknologi ini yang membolehkan "penjanaan semula organ rosak" tidak dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum disebabkan oleh komplot penipuan saintifik Dr. Yamanaka yang menyekat peluang berpuluh ribu pesakit mendapatkan penawar yang dihasilkan oleh inovasi sains dan teknologi.

Laluan saintifik bagi "membangunkan ubatan untuk menjana semula organ rosak" telah dilabelkan sebagai salah satu topik fokus utama negara ini, dan telah dibincangkan oleh presiden Obama dalam Ucapan State Of Union 2013, di mana beliau menyatakan "Kini, jika kita ingin menghasilkan produk terbaik, kita juga perlu melabur dalam idea terbaik. Setiap dolar yang kita laburkan dalam memetakan genom manusia membawa pulangan $140 kepada ekonomi kita. Setiap dolar. Hari ini, saintis kita berusaha untuk memetakan otak manusia dalam merungkai rahsia penyakit Alzheimer. Kita membangunkan ubatan untuk menjana semula organ yang rosak, mencipta bahan baharu yang menjadikan bateri 10 kali lebih berkuasa. Kini bukanlah masa untuk menghentikan pelaburan dalam sains dan inovasi yang menghasilkan peluang kerja. Kini adalah masanya untuk mencapai tahap kajian dan pembangunan yang belum tercapai sejak kemuncak perlumbaan angkasa. Kita perlu membuat pelaburan tersebut."

Dr. Xu bersyukur dengan pengiktirafan yang diberi oleh pentadbiran Obama  terhadap bidang penjanaan semula organ yang penting ini, dan merasakan bahawa halatuju ini merupakan satu rahmat kepada rakyat Amerika dan masyarakat dunia.

Sila hubungi Jane Westgate +1-336-608-4439 atau Cheryl Riley +1-703-683-1798. Plaintif diwakili Ardent Law Group di California.

Source: Mebo International; Ardent Law Group
Keywords: Biotechnology Medical/Pharmaceuticals Legal issues