omniture

Huawei Digital Power Berusaha Bina Komuniti Rakan Kongsi Global Cekap demi Masa Depan Mesra Alam dan Cerah

Huawei Digital Power
2021-06-15 06:08 250

SHENZHEN, China, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Dengan fokus yang berterusan terhadap kejayaan rakan kongsi, baru-baru ini Huawei Digital Power menganjurkan Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Ekosistem 2021 bagi meninjau cara untuk membina sistem rakan kongsi yang cekap demi masa depan yang mesra alam dan cerah melalui penyelesaian semua-senario karbon-sifar yang kompetitif, perkhidmatan berkualiti dan strategi rakan kongsi yang inovatif. Ekoran Covid-19, siri acara maya, dengan sidang kemuncak Asia Pasifik, Amerika Latin dan Eropah, menghimpunkan rakan kongsi dari 81 negara.

Huawei Digital Power
Huawei Digital Power

"Keneutralan karbon telah menjadi matlamat bersama yang paling mendesak di dunia, yang membangkitkan revolusi dalam penjanaan serta penggunaan kuasa dan turut mempercepatkan penaiktarafan industri. Transformasi industri membawa peluang industri dan komersial yang sangat banyak. Dengan mengintegrasikan teknologi digital dan elektronik kuasa, Huawei Digital Power mendorong revolusi tenaga ke hadapan dan berganding bahu bersama rakan kongsi kami untuk membina masa depan yang cerah dan mesra alam," kata James Li, Ahli Lembaga Penyeliaan Huawei dan Presiden Pemasaran, Penjualan & Perkhidmatan Huawei Digital Power dalam ucapan alu-aluan beliau.

En. Li menambah bahawa strategi ekosistem terletak di tengah-tengah strategi pembangunan Huawei Digital Power. Industri tenaga digital pada dasarnya merupakan industri ekosistem. Kami akan komited untuk melakukan perkara yang betul bagi membawa nilai kepada rakan kongsi, berkongsi manfaat bersama mereka dan meningkatkan keupayaan mereka serta berganding bahu dengan setiap rakan kongsi yang cekap dan bercita-cita tinggi demi membina masa depan yang mesra alam dan cerah melalui strategi ekosistem kerjasama berbilang peringkat dan berbilang perniagaan.

Industri kuasa digital memerlukan sebuah ekosistem dan atas sebab inilah Huawei Digital Power memperkenalkan strategi ekosistem '3-4-5-6'. "Kami membahagikan perkhidmatan rakan kongsi kepada tiga domain — PV pintar, pusat data & kemudahan tapak serta domain dalam-Huawei — bagi membolehkan setiap pengusaha memfokuskan kekuatan mereka. Apabila bekerjasama dengan rakan kongsi, kami berpegang kepada empat prinsip yang berikut: keuntungan, kesederhanaan, pendayaan dan ekosistem. Dengan mengutamakan aspek ini, kami akan melaksanakan lima langkah utama tahun ini iaitu membina sistem rakan kongsi yang menumpukan industri kuasa digital, mengoptimumkan platform IT, menggalakkan pemiawaian, meningkatkan pemasaran dan penjenamaan, dan meningkatkan input sumber - bagi membantu rakan kongsi meningkatkan enam keupayaan dalam penjualan, perkhidmatan, pemasaran dan seterusnya," tegas En. Li dalam ucapan beliau.

Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Ekosistem tahunan, yang diwujudkan untuk memaparkan sumber dan alat yang diperlukan oleh rakan kongsi kami untuk mendorong keuntungan, diadakan tatkala Huawei menggiatkan usaha untuk membina masyarakat sifar karbon dan pintar. Dipersembahkan di sidang kemuncak tersebut, Zhou Taoyuan, Presiden Produk & Penyelesaian, Huawei Digital Power, memperkenalkan Penyelesaian Sifar-karbon Semua-senario Huawei yang membawakan "5 teknologi teras + 4 senario aplikasi + 1 awan". Penyelesaian tersebut meliputi Penjana PV Pintar FusionSolar 8.0, Kuasa Kediaman Hijau 2.0, Kuasa C&I Hijau 1.0, Penyelesaian Bekalan Kuasa (pembuangan bahan api) Luar-grid, Awan Tenaga, Pusat Data Sifar-karbon, Tapak Sifar-karbon, Rangkaian Pengecasan Pintar dan Kuasa Modular.

Wakil-wakil rakan kongsi ekosistem dari pelosok dunia yang berbeza berkongsi pandangan mereka mengenai strategi pemasaran semasa pandemik, strategi pengembangan pasaran, pertumbuhan perniagaan, antara lain, di sidang kemuncak maya tersebut. 72 rakan kongsi berprestasi tinggi di seluruh dunia dipilih untuk diberi penghargaan atas dedikasi mereka terhadap penciptaan nilai pada tahun 2020. Dalam tempoh beberapa tahun, beberapa rakan kongsi telah mengembangkan perniagaan mereka ke lebih daripada belasan negara, hasil daripada kerjasama bersama Huawei. Seperti mana yang dikatakan oleh En. Li: "Huawei tidak meletakkan had ke atas rakan kongsi kami, maka pasanglah impian yang besar dan capailah kejayaan yang lebih besar."

Sekiranya anda ingin bergerak pantas, bergeraklah sendirian. Sekiranya anda ingin pergi jauh, bergeraklah bersama-sama. Huawei Digital Power akan memfokuskan kepada strategi ekosistem kami dan berganding bahu bersama rakan kongsi kami untuk membina planet yang lebih mesra alam dan lebih lestari yang kita gelar sebagai tempat kediaman kita.

Latar Belakang Huawei 
Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei Digital Power
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Environmental Issues Trade show news