omniture

Gordon & MacPhail Memperkenalkan Wiski Satu Malt Tertua di Dunia: Generations yang Berusia 80 Tahun Dari Kilang Penyulingan Glenlivet yang Dilancarkan Dengan Kerjasama Sir David Adjaye Obe

Gordon & MacPhail
2021-06-15 15:01 35

ELGIN, Scotland, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar wiski, Gordon & MacPhail bersedia melancarkan wiski Scotch satu malt tertua di dunia pada bulan September ini - wiski Berusia 80 Tahun dari Kilang Penyulingan Glenlivet - dengan kerjasama Sir David Adjaye OBE.

 

Pada 3 Februari 1940, di suatu kawasan yang tenang di utara Scotland, George Urquhart dan bapanya John, mempunyai pandangan dan wawasan luar biasa untuk menyimpan minuman keras dari Kilang Penyulingan Glenlivet di dalam tong wain Gordon & MacPhail yang ditempah khas yang akan dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan.

Digelar sebagai 'bapa kepada wiski satu malt' oleh penulis wiski terkenal Charlie MacLean, George Urquhart amat mempercayai bahawa setiap wiski perlu dibiarkan matang supaya tong dan minuman keras bersatu dengan mesra untuk menghasilkan kualiti yang diingini dan tersedia untuk diedarkan. Usia Cask 340 ialah 80 tahun – lebih lama daripada wiski Scotch lain dalam sejarah.

Pada 5 Februari 2020, dengan berbekalkan kemahiran dan pengalaman unik yang diperoleh selama lebih 125 tahun, keputusan dicapai untuk membotolkan hasil yang tersimpan dalam tong dengan sejumlah 250 dekanter.

"Wiski ini - ialah wiski satu malt Scotch tertua yang pernah dibotolkan - ia kekal dengan perisa penuh bertenaga berkekuatan 44.9% ABV yang menjadi bukti pengetahuan yang diwarisi oleh keturunan saya secara turun-temurun," jelas Stephen Rankin, Pengarah Prestij Gordon & MacPhail Whiskies merangkap ahli keluarga generasi keempat bagi syarikat tersebut.

Selama lebih 125 tahun, Gordon & MacPhail telah didorong oleh misi yang mudah: untuk membuat wiski Scotch satu malt dengan kualiti yang luar biasa. Di sepanjang pemilikan empat generasi keluarga, syarikat tersebut telah menyimpan minuman keras dari lebih 100 buah kilang penyulingan di Scotland di dalam tong wain mereka. Ia merupakan pengalaman unik yang mendalam dan luas yang membolehkan Gordon & MacPhail menggabungkan kayu ok, minuman keras dan waktu yang beredar bagi mencipta wiski ikonik yang tidak dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia.

Untuk meraikan visi John dan George Urquhart, Gordon & MacPhail telah bekerjasama dengan arkitek dan pereka terkenal antarabangsa, Sir David Adjaye OBE untuk mencipta botol dan bekas ok yang unik bagi meletakkan wiski paling berharga di dunia ini buat masa ini. Digambarkan sebagai 'arkitek dengan kepekaan dan visi', Adjaye ialah pilihan semula jadi seorang rakan kreatif; yang berkongsi nilai-nilai seni, warisan dan kehalusan tangan.

"Untuk menjalinkan kerjasama, saya mencari rakan kongsi yang mempunyai pemikiran yang sama dari segi kerja tangan, kepercayaan dan tradisi. Saya mengagumi ketekunan dan ketelitian Gordon & MacPhail dengan produk serta kerja tangan mereka – komitmen romantis yang membolehkan seseorang melakukan perkara-perkara luar biasa. Kerjasama kami terasa sangat harmoni," kata Adjaye.

"Mematangkan Scotch satu malt selama lapan dekad ialah suatu seni," tambah Ewen Mackintosh, Pengarah Urusan Gordon & MacPhail, "Ia menyerupai seni bina dari segenap sudut, anda membuat sesuatu yang perlu bertahan dengan beredarnya masa. Tidak boleh tergesa-gesa. Sir David dan Gordon & MacPhail berkongsi komitmen untuk melabur dalam masa depan. Kami berdua melihat betapa pentingnya mencipta sesuatu yang luar biasa; meninggalkannya untuk diwarisi oleh generasi akan datang."

Sepertimana ulang tahun ke-50 diraikan dengan emas, ulang tahun ke-80 tahun pula ditandai dengan ok tradisi - suatu gambaran yang menggembirakan tentang wiski ini yang disimpan dalam ok selama lapan dekad. Dekanter dan bekas rekaan Sir David Adjaye yang menakjubkan ini akan dilancarkan pada bulan September 2021, dengan dekanter nombor #1 yang akan dilelong oleh Sotheby pada awal bulan Oktober 2021. Untuk meneruskan tema warisan tersebut, hasil lelongan yang telah ditolak daripada kos, akan disumbangkan kepada badan amal Scotland yang memenangi anugerah iaitu Trees for Life dengan misinya untuk menyuburkan semula hutan Caledonia.

"Keluaran ini akan menampilkan warisan yang berkaitan, bernilai dan berpanjangan dengan manfaat langsung kepada orang ramai," ulas Ewen Mackintosh.

Rangkaian Generations Gordon & MacPhail sebelum ini telah menampilkan beberapa wiski Scotch satu malt paling matang yang pernah dibotolkan. Reputasinya akan dipertingkatkan lagi September ini apabila Generations 80YO Gordon & MacPhail dari Kilang Penyulingan Glenlivet dilancarkan.

Daftarkan minat anda melalui: gordonandmacphail.com

Adjaye.com 

Sothebys.com 

Treesforlife.org.uk 

@gordonandmacphail

Nota kepada editor:

Tentang Rangkaian Generations Gordon & MacPhail 

Nama 'Generations' menggambarkan betapa lamanya wiski ini disimpan untuk mencapai tahap kematangannya serta pemilikan keluarga ke atas syarikat yang sama selama empat generasi. Rangkaian Generations Gordon & MacPhail menampilkan beberapa jenis wiski Scotch satu malt yang paling lama dan paling matang yang pernah dibotolkan sekali gus mewakili detik-detik ikonik dalam sejarah minuman keras Scotland. Keluaran 'Generations' sebelum ini termasuk: Generations Berusia 70 tahun dari Kilang Penyulingan Mortlach; Generations Berusia 70 Tahun dari Kilang Penyulingan Glenlivet; Generations Berusia 70 Tahun dari Kilang Penyulingan Glenlivet (keluaran kedua); Generations Berusia 75 tahun dari Kilang Penyulingan Mortlach.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: g&m@anmcomms.com, +44(0)20 7940 2900

Video - https://www.youtube.com/watch?v=_GNWjwSv0c8

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1530998/gordon_macphail_cask_340.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1531000/gordon_macphail_david_adjaye.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1531001/gordon_macphail_stephen_rankin.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1531008/Gordon_MacPhail_Logo.jpg?p=medium600

 

Cask 340 from Gordon & MacPhail, which cradled the world's oldest single malt Scotch whisky for 80 years
Cask 340 from Gordon & MacPhail, which cradled the world's oldest single malt Scotch whisky for 80 years

 

Sir David Adjaye OBE - ‘an architect with an artist’s vision’
Sir David Adjaye OBE - ‘an architect with an artist’s vision’

 

Stephen Rankin, Director of Prestige, Gordon & MacPhail with cask 340 - Generations 80YO from Glenlivet Distillery
Stephen Rankin, Director of Prestige, Gordon & MacPhail with cask 340 - Generations 80YO from Glenlivet Distillery

 

 

 

 

 

Source: Gordon & MacPhail
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Retail Joint ventures New products/services