omniture

Keek Menambah Penghantaran Pesanan Video Peribadi Kepada Platform Video Sosialnya

Keek
2013-05-17 20:45 189

-- CIRI BAHARU MEMBENARKAN PENGGUNA SEHINGGA SERAMAI 36 ORANG BERSEMBANG DALAM KUMPULAN DALAM MASA SEBENAR

TORONTO, 17 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Keek, peneraju rangkaian video sosial mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menambah fungsi penghantaran pesanan peribadi baharu kepada platform video sosialnya. Para pengguna Keek kini boleh bersembang serta-merta melalui video atau teks sehingga seramai 36 orang pada satu-satu masa.

(Photo:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130517/NY13961)

(Logo:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130117/NY44000LOGO-b)

Ciri baharu ini kini disediakan dalam versi terkini aplikasi iPhone Keek dan keek.com. Pesanan Peribadi Keek boleh dihantar ke seluruh dunia dengan percuma. Pengguna boleh menambah hubungan pada perbualan peribadi mereka melalui SMS, e-mel atau rangkaian lain, lihat status dalam talian, hantar pesanan pada pengguna luar talian dan banyak lagi. Orang ramai kini juga boleh berkongsi video-video Keek secara peribadi dengan pengguna Keek lain atau kumpulan Keek.

"Komuniti Keek kini mempunyai cara baharu yang menyeronokkan untuk berhubung dengan sesama sendiri," kata Isaac Raichyk, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Keek. "Selain daripada perkongsian video-video Keek untuk tontonan umum, para pengguna kini boleh kekal berhubung secara peribadi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan."

Ciri Pesanan Peribadi Keek baharu ini menggunakan teknologi hak milik Keek yang dibangunkan dalam syarikat tersebut. Sistem canggih ini mencapai tahap kelajuan baharu dibandingkan dengan perkhidmatan lain yang serupa dan menyokong jumlah pengguna yang ramai yang berbual serentak melalui peranti mudah alih.

Pelancaran Pesanan Peribadi Keek ini ketika permintaan rangkaian video sosial semakin meningkat. Dalam masa 30 hari lepas, Keek telah menjadi aplikasi rangkaian sosial No.1 dalam lebih 30 buah negara. Lebih daripada 250,000 orang menyertai Keek setiap hari. Dalam bulan April, Keek menyediakan lebih 3.5 bilion paparan; para pengguna memuat naik lebih daripada 5 juta keek dan menonton lebih daripada 600 juta video.

Sila layari www.keek.com/about untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pesanan Peribadi Keek.

Mengenai Keek

Keek adalah salah satu platform rangkaian sosial yang paling pesat berkembang. Keek membenarkan para pengguna merakam video 36-saat ("keek") dan berkongsi video tersebut dengan orang lain di seluruh dunia. Keek mudah digunakan, sangat pantas dan 100% percuma.  Aplikasi ini boleh didapati di App StoreGoogle Play dan BlackBerry World.

http://www.keek.com

Hubungan Media: 
Miranda McCurlie 
O: +1-416-782-0200 samb. 252
M: +1-416-566-8919
E-mel: press@keek.com

Source: Keek
Related Links:
Keywords: Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services