omniture

Hotel Vila The Stairs yang Diilhami Philippe Starck Melancarkan Penjualan 12 Vila Lof Kolam Renang Edisi Terhad di Bali

The Stairs Villa Hotel
2013-05-17 22:46 230

BALI, Indonesia, 17 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Setiap Vila Ikonik Diilhamkan Sepenuhnya oleh Pereka Terkemuka Seluruh Dunia Phillippe Starck; Menampilkan Hasil Seni Rupa Luaran 'Glass Skin' Karya JonOne; Mempersembahkan Hanya 12 Buah Vila Edisi Terhad

Pengumuman rasmi telah dibuat hari ini bagi membuka jualan 12 buah vila edisi terhad Hotel Vila The Stairs. Hartanah itu, yang direka oleh pereka terkenal Phillippe Starck, akan berada sdi deretan selatan pesisiran pantai pulau Bali yang penuh keriangan.

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130516/613409 )

The Stairs adalah sebuah hartanah dengan gaya hidup penuh mewah yang mengagumkan. Mempunyai sebuah kafé/patisserie, restoran, ruang istirahat bar, butik-butik, bibliothèque mezanin, spa tersendiri, dan kemudahan bersenam. Hartanah itu juga terdiri daripada 12 buah vila lof berkolam renang satu bilik tidur yang dijangka akan siap pada tahun 2014.

Langit Bali penuh ceria melatari projek luar biasa ini. The Stairs menawarkan pengalaman pemilikan yang paling jarang dialami di 'Kepulauan Dewa Dewi' dalam koleksi terhad vila lof berkolam renang peribadi. Seni bina, ruang dalaman dan hiasan untuk setiap vila serba lengkap diilhamkan sepenuhnya dan digarap dengan tepat oleh Starck – konsep vila hotel pertama yang diilhamkan sepenuhnya oleh beliau di rantau Asia Pasifik.

Setiap vila lof idaman ramai dengan satu bilik tidur yang melambangkan keunggulan yang luhur ini mempunyai kolam renang peribadi sebesar 11 x 4 meter, berbilang ruang tamu dan ruang makan yang terletak dalam satu aliran lancar daripada kehidupan dalam rumah ke luar, dua bilik air, dan sebuah suite bilik tidur utama di tingkat atas. Artis sanjungan antarabangsa JonOne Perello mencetuskan ciptaan karya seni pertama seumpamanya yang memberikan rekaan seni luaran berbeza bagi setiap vila, menandakan kewujudan khazanah agung dalam setiap rekaan perabot eksklusif yang diilhamkan oleh Starck untuk The Stairs.

"Kami ingin mencipta gaya baharu bagi projek gaya hidup mewah yang bakal dilaksanakan di Bali – sebuah takrifan tersendiri kami mengenai penerimaan komuniti penduduk terhadap sentuhan bandar yang berbeza – dan kami terus terbayangkan Phillippe Starck sebagai pilihan untuk merealisasikan wawasan kami," ujar Nicolas Panzani, presiden dan pengarah Kumpulan DeCiazini, sebuah firma pengurusan pelaburan, pembangunan dan hospitaliti pegangan swasta.

Pelabur merangkap pemilik bakal menerima akses utama kemudahan gaya hidup daripada pekerja rencam peribadi setiap vila hinggalah kepada makan malam anjuran peribadi di dalam vila, tempat simpanan barangan peribadi, jurulatih senaman dan akses utama bagi acara-acara yang dianjurkan. Vila-vila ini sudah tersedia untuk menerima pelaburan. Harga hanya akan dimaklumkan berdasarkan permintaan sahaja.

Bagi mereka yang ingin memiliki syurga peribadi di sebuah destinasi percutian yang hebat, Hotel Vila The Stairs adalah rekaan khas daripada wawasan penuh imaginasi Starck, diilhamkan dengan penuh teliti sebagai ruang komunal dengan reluang kecil untuk berkumpul, bersama dan berinteraksi dengan para penduduk sedunia yang berpandangan sama. Jualan The Stairs hanya terhad kepada 12 pemilik vila sahaja.

Untuk pertanyaan jualan, hubungi sales@thestairsbali.com; telefon, +62-361-844-4915; atau lawati http://www.thestairsbali.com untuk maklumat lanjut.

Lukisan Realistik Adalah Hak Cipta Hotel Vila The Stairs. Hak Cipta Terpelihara.

Source: The Stairs Villa Hotel
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Residential Real Estate Travel New products/services