omniture

Laporan App Annie dan IDC mendedahkan bahawa dalam S1, para pengguna telah membelanjakan $1.7 bilion setiap minggu dalam permainan mudah alih

App Annie
2021-06-15 19:28 1

SAN FRANCISCO, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- App Annie, syarikat data mudah alih dan analitik yang didorong oleh AI, hari ini mengeluarkan laporan Gaming Spotlight 2021 dengan kerjasama IDC.

Perbelanjaan permainan mudah alih dijangka akan terus meningkat kepada lebih 2.9 kali ganda berbanding permainan atas meja dan 3.1 kali ganda berbanding konsol permainan di rumah. Selepas setahun berlakunya pandemik ini, permintaan untuk permainan mudah alih terus meningkat. Di peringkat global, para pengguna telah memuat turun lebih 30% permainan mudah alih setiap minggu pada suku pertama tahun 2021 berbanding peringkat prapandemik, dengan jumlah lebih 1 bilion permainan setiap minggu. Dalam S1 2021, pengguna telah membelanjakan $1.7 bilion setiap minggu dalam permainan mudah alih pada iOS dan Google Play yang meningkat sebanyak 40% berbanding peringkat prapandemik.

Dapatan utama termasuk: 

  • Amerika & Eropah menyaksikan pertumbuhan terbesar dalam bahagian pasaran untuk perbelanjaan pengguna global: AS dan Jerman, masing-masing telah menerajui pertumbuhan di Amerika Utara dan Eropah Barat dari S1 2020 hingga S1 2021. APAC masih merangkum sekitar separuh daripada perbelanjaan permainan mudah alih pada S1 2021
  • Penerbit menerapkan ciri-ciri rentas platform: Permainan terlaris yang merangkumi Lineage M, Lords Mobile, Roblox dan PUBG Mobilememanfaatkan pengalaman rentas platform yang ditunjukkan dengan potensi penglibatan dan pengewangan jangka panjang
  • Ciri-ciri permainan rentas mempunyai dominasi tertinggi: Permainan yang menampilkan keupayaan untuk mengakses pelbagai platform telah meningkat dalam populariti.  Genshin Impact menjadi blokbuster global di seluruh peranti mudah alih, komputer peri­badi dan konsol hasil daripada pelancaran pelbagai platform yang dilaksanakan dengan baik
  • Keinginan terhadap Permainan Kasual Hiper & Simulasi meningkat: Subgenre yang menyaksikan pertumbuhan terbesar dalam bahagian pasaran melalui muat turun ialah Kasual Hiper (lebih 6.7 mata), Kanak-kanak (lebih 1.0 mata), Simulasi (lebih 0.6 mata) dan Perlumbaan (lebih 0.3 mata) 
  • Penstriman permainan meningkatkan penglibatan & pengewangan: Aplikasi seperti Discord dan Twitch menyaksikan peningkatan penglibatan bagi setiap pengguna hingga bulan April 2021 berikutan pertumbuhan pesat amalan penstriman permainan setelah setahun berlakunya pandemik

"Platform telefon pintar telah membawa kegembiraan permainan kepada pengguna global pada kadar yang belum pernah terjadi sebelum ini. Ini merupakan salah satu pertumbuhan vertikal terbesar dan paling kukuh dalam industri aplikasi. Fungsi platform rentas akan mendorong pemecutan — membolehkan pengalaman berkualiti konsol berada dalam poket setiap pemilik telefon pintar," kata Junde Yu, Pengarah Urusan Permainan, App Annie

Baca sorotan penuh Permainan di sini

Tentang App Annie
App Annie ialah platform data mudah alih dan analitik yang paling dipercayai dalam industri. Misi kami adalah untuk membantu pelanggan mewujudkan pengalaman mudah alih yang menggembirakan dan mencapai kecemerlangan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/653562/App_Annie_Logo.jpg?p=medium600 

Source: App Annie
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Survey, Polls & Research Data Analytics