omniture

Jenama Jam Tangan Swiss, Armin Strom Memperkenalkan "Tribute 1": Suatu Tafsiran Moden bagi 'Dress Watch' Horologi yang Anggun

Armin Strom
2021-06-15 19:30 94

BIEL/BIENNE, Switzerland, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Armin Strom hari ini mengumumkan pengenalan jam tangan baharu yang memberikan nafas baharu kepada 'dress watch' klasik. "Kami percaya bahawa kemasan buatan tangan yang luar biasa yang ditampilkan dalam konteks kepekaan estetik moden merupakan kunci kepada kebangkitan semula 'dress watch' yang moden" kata Claude Greisler, Pakar Pembuat Jam yang juga pengasas bersama Armin Strom yang diberikan nafas baharu, tentang 'Tribute 1' baharu.

ARMIN STROM Tribute 1 FE Beauty
ARMIN STROM Tribute 1 FE Beauty

Suatu Pertaruhan Bercanggah tentang Kebangkitan Semula 'Dress Watch' Moden:
"Pada ketika ramai daripada kita telah menghabiskan tempoh yang begitu lama tanpa interaksi sosial formal, pengakhiran pandemik ini menjadi petanda kepada pengembalian kehidupan normal dan menikmati semula keseronokan perjumpaan sosial. Pengenalan kami terhadap 'dress watch' menjadi ungkapan kepada harapan tersebut untuk masa depan" kata Serge Michel, pengasas bersama. "Sebuah 'dress watch' mungkin kelihatan menongkah arus pada masa ini tetapi kami telah belajar untuk mempercayai naluri kami. Bertahun-tahun yang lalu, kami telah diberitahu bahawa tiada model ekonomi yang mewajarkan pembuat jam tangan bebas dengan jumlah rendah melakukan pembuatan jam di dalam rumah; ini disebabkan peralatannya yang mahal dan memerlukan banyak ruang. Namun kami telah melakukannya - dan keputusan tersebut menghasilkan kejayaan. Kami kini mempunyai segalanya untuk terus mengikuti impian kami. 'Tribute 1' bukan hanya sekadar suatu manifestasi kepada semangat tersebut, ia merupakan 'tribute' iaitu penghormatan kepadanya. Ia juga merupakan penghormatan kami terhadap 'dress watch' horologi anggun yang klasik yang diperbaharui mengikut perspektif moden."

Kemasan Horologi Anggun yang Luar Biasa:
"Saya telah menjadi obsesi dengan jam ini, terutama dengan kemasannya" kata Greisler. "Proses penggilapan tangan pada bahagian sambungan barel emas putih sahaja telah membuatkan kami mengambil masa selama lebih 12 jam untuk menyiapkannya. Penggilapan jarum jam juga turut memakan masa yang lama. Sambungan rantai gear dicuramkan dan digilap pada sudut 60° - suatu proses yang kompleks yang memerlukan dua kali ganda usaha. Barel ini juga digilap tangan. Pergerakan jam ini dihiasi dengan Côtes de Genève; dengan plat utama dengan permukaan kasar dan berbentuk bulat serta dihiasi batu permata yang digilap sehingga bersinar dengan penuh kesempurnaan. Ia juga adalah lebih klasik berbanding reka bentuk terkini saya," kata Greisler, "dengan diameter sepanjang 38 mm dan ketinggian yang hanya 9 mm. Mercu kepala jam atau 'crown' terletak pada pukul 2; menepati reka bentuk moden yang meningkatkan keselesaan pemakai."

Keunikan Teknikal:
Barel motornya luar biasa kerana arbornya berputar di sekitar spring utama di dalam barel itu sendiri; menjadikannya lebih cekap sambil menjimatkan ruang. Ia menyediakan operasi selama 100 jam.

Harga dan Ketersediaan:
Ia sengaja ditetapkan pada harga yang mampu dicapai iaitu CHF 13,900, edisi terhad sulung berjumlah 25 buah jam tangan ini dibezakan oleh sambungan barel emas putihnya dan waranti selama 10 tahun.

Koleksi System 78:
'Tribute 1' ialah tawaran terkini dalam koleksi 'System 78' yang merupakan titik permulaan bagi jenama Armin Strom. Ia menampilkan kepekaan para pengasas bersama Armin Strom yang diberikan nafas baharu dan kedua-dua mereka dilahirkan pada tahun 1978.

Tentang Armin Strom AG
Armin Strom AG ialah sebuah syarikat jenama jam tangan bebas yang berpangkalan di Biel/Bienne, Switzerland. Jam tangannya menampilkan gabungan unik tradisi horologi Swiss-Jerman, 'mekanik lut sinar' avant-garde serta komitmen yang kukuh terhadap inovasi horologi. Ciri utama Armin Strom dalam pembuatan jam tangan dengan pendekatan artisan dan jumlah pengeluaran rendah ialah komitmen terhadap mekanik pergerakan sisi dail yang terdedah dengan setiap bahagiannya merupakan buatan tangan yang mempunyai standard horologi anggun tertinggi.

Ditubuhkan pada tahun 1967 oleh Encik Armin Strom, pentadbiran jenama tersebut telah dipindahkan kepada Pakar Pembuat Jam, Claude Greisler dan Ahli Perniagaan, Serge Michel pada tahun 2006. Mereka menubuhkan Pembuatan bersepadu sepenuhnya Armin Strom AG yang pertama pada tahun 2009; membolehkan jenama ini merealisasikan idea yang paling rumit tanpa sebarang kompromi yang biasanya berlaku disebabkan kebergantungan kepada rantaian bekalan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://bit.ly/Press_Tribute1

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1531790/armin_strom.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1532299/Armin_Strom_Logo.jpg?p=medium600

Sila hubungi:
Sonja Voutat-Hagmann
s.voutat-hagmann@arminstrom.com
+41 32 343 33 41

 

 

 

Source: Armin Strom
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services