omniture

Sheer Markets merintis laluan baharu dalam perdagangan CFD runcit dalam talian dengan NDF dan EM

Sheer Markets
2021-06-15 20:25 90

LIMASSOL, Cyprus, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Sheer Markets (Cyprus) Ltd. yang berdagang di bawah jenama Sheer Markets, sebuah institusi kewangan yang baru ditubuhkan dan menerima lesen kawal selia daripada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Cyprus (CySEC) lewat tahun 2020, baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan tawaran mereka dengan penstriman langsung mata wang NDF dan EM CFD. Selain itu, untuk penstriman langsung NDF, EMFX dan FX, Sheer Markets menawarkan peluang perdagangan CFD tambahan dalam mata wang kripto, ekuiti, indeks dan komoditi.

 

Sheer Markets ditubuhkan pada tahun 2020 dengan misi untuk memperkenalkan pelbagai produk yang kebanyakannya tidak tersedia kepada pedagang dan pelabur dalam talian melalui platform perdagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Rangkaian produk Sheer Markets menampilkan skop pasaran kecairan yang lebih luas kepada para pedagang yang mencari peluang pelaburan baharu.

Dengan peningkatan jumlah NDF institusi yang tinggi sebanyak 300% dalam dekad yang lalu, Sheer Market telah mengenal pasti trend aktiviti yang meningkat di pasaran ini. Penstriman langsung NDF membolehkan pedagang runcit dan pelanggan institusi memasuki pasaran yang belum diterokai dengan potensi pelaburan baharu. Sheer Markets menyediakan akses kepada para pedagang runcit dan korporat untuk berdagang dengan pelbagai NDF seperti Real Brazil, Rupee India dan Won Korea yang kebanyakannya tidak dapat diakses sehingga kini.

Seperti yang diumumkan pada awal bulan ini, Pengasas Bersama dan Pengerusi Sheer Markets, Alex Ladouceur mengulas: "Kami amat berbesar hati melaksanakan langkah pertama kami dalam memperkenalkan NDF kepada komuniti perdagangan dalam talian kerana ia merupakan produk pelaburan baharu yang berpotensi yang tidak dibangunkan sejak sekian lama. Apabila ekonomi EMFX dan NDF berkembang maju, permintaan untuk produk jenis ini daripada pengguna FX sedia ada dan baharu akan diperluas dan dipercepat, disertai dengan pengembangan dalam kecairan dan peningkatan pusing ganti. Setakat ini, tiada perkhidmatan penstriman NDF yang berdaya maju pada kebanyakan platform dagangan dalam talian yang biasa. Kini, Sheer Markets akan mengisi jurang dan memenuhi keperluan tersebut."

Institusi kewangan yang baru ditubuhkan ini turut memperluas tawaran produknya kepada pelanggan institusi yang kini boleh mendapat manfaat daripada peruntukan kecairan Sheer Markets sekali gus menawarkannya kepada pelanggan mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut tentang Sheer Markets, sila klik di sini.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1523363/Sheer_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Sheer Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail New products/services Financial Technology