omniture

Anugerah Kawalan Sempadan dan Biometrik Global untuk DERMALOG

DERMALOG Identification Systems GmbH
2013-05-17 23:01 483

HAMBURG, Jerman, 17 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Syarikat perundingan Frost & Sullivan menyampaikan Anugerah Penambahan Nilai Pelanggan pada hari Selasa kepada pembuat biometrik terbesar di Jerman, DERMALOG Identification Systems, kerana sistem kawalan sempadan biometriknya yang mengagumkan.

DERMALOG telah diberi penghormatan menerima Anugerah Amalan Terbaik dalam kategori Kawalan Biometrik dan Sempadan Global, Anugerah Penambahan Nilai Pelanggan untuk Sistem Kawalan Sempadan Biometriknya yang canggih pada malam semalam yang disampaikan oleh Frost & Sullivan. Salah satu faktor penentu dalam pemilihan DERMALOG sebagai penerima anugerah itu adalah prestasi sistem kawalan sempadan biometrik baharunya yang pantas dan cekap hasil daripada penggunaan komponen-komponen yang berkualiti tinggi – bahkan ia juga berfokus kepada memenuhi keperluan pelanggan. Kepantasan dan keanjalan DERMALOG dalam pengaturan kedudukan sistem itu juga memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang. Anugerah itu juga mengiktiraf fokus syarikat perintis biometrik Jerman ini dalam meningkatkan nilai produk-produknya untuk para pelanggan, menyediakan harga berdaya saing bagi prestasi yang diberi, dan melebihi jangkaan dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

"Kami sangat berbesar hati dan bangga kerana Frost & Sullivan mengiktiraf inovasi dan penumpuan kepada pelanggan yang terangkum dalam sistem kawalan sempadan biometrik kami," komen pengarah urusan DERMALOG, Günther Mull atas kemenangan Anugerah Frost & Sullivan. "Semua produk kami berdasarkan standard kualiti tinggi dan memenuhi keperluan setiap pelanggan kami – itulah resepi kejayaan kami."

Di sempadan, teknologi perintis kawalan sempadan biometrik ini boleh mengimbas dan mengesahkan kedua-dua ciri biometrik dan dokumen perjalanan seperti pasport, visa, dan dokumen-dokumen lain jika perlu. Pengesahan dan pengenalan biometrik boleh disiapkan dalam masa satu saat saja terima kasih kepada AFIS (Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik)DERMALOG. Cap jari akan diimbas oleh Pengimbas Langsung Cap Jari LF10 DERMALOG, yang telah diperakui oleh FBI Amerika Syarikat dan BSI Jerman. Ciri-ciri pilihan sistem kawalan sempadan membolehkan pengesahan ketulenan dokumen dan memeriksa maklumat yang terkandung dalam dokumen perjalanan pengembara. DERMALOG dapat menjalankan proses pengesahan ini dengan mudah kerana syarikat itu turut membekalkan dokumen berkeselamatan tinggi kalis pemalsuan dengan data biometrik tersepadu termasuk kad pengenalan elektronik dan e-pasport. Sistem AFIS, yang juga dibekalkan oleh DERMALOG, menjamin bahawa dokumen-dokumen ini hanya boleh dikeluarkan sekali sahaja kepada setiap pemohon, menghalang kecurian identiti sebelum ia berlaku. Sistem Kawalan Sempadan Biometrik sudahpun digunakan di semua lintasan sempadan di Malaysia (lintasan udara, darat dan laut) dan di negara jiran Brunei serta di Kuwait. Sensor cap jari DERMALOG juga digunakan di sempadan Jerman dan di beberapa negara-negara Eropah dan Asia yang lain.

Terima kasih kepada pembangunan berterusan produk penuh inovasi DERMALOG, teknologi biometrik syarikat itu kini digunakan di lebih daripada 80 pemasangan besar kerajaan di lebih 50 buah negara. Ini meletakkan pengilang Hamburg ini antara pembekal unggul dunia dalam bidang biometrik cap jari dan AFIS. DERMALOG menyediakan kedua-dua perisian dan juga pengimbas cap jari paling selamat di dunia dengan pengesanan langsung canggih untuk sistem-sistemnya, yang kini merupakan peneraju pasaran di Eropah dan di kebanyakan rantau lain di seluruh dunia.

Rangkaian produk yang luas digabung dengan teknologi inovatif, produk-produk berkualiti tinggi, dan rekaan modular menjadikan sistem DERMALOG mudah disesuaikan dengan pantas kepada keperluan unik pelanggan tertentu, memastikan kejayaan segera pelancaran rasmi produk tersebut. DERMALOG mampu menyediakan dan menyepadukan penyelesaian hujung ke hujung namum ia juga kerap berfungsi seiring dengan penyepadu sistem tempatan.

Biometric Middleware adalah bahagian penting dalam sistem itu yang membolehkan penyepaduan pantas dan mudah ke dalam seni bina perisian sedia ada untuk suatu hasil yang profesional. Tidak ada batasan bagi kebolehskalaan sistem ini – bergantung kepada negara dan saiz populasi negara tersebut, semua jenis pemasangan berskala besar mahupun kecil boleh dilaksanakan.

Selain daripada sistem kawalan sempadan negara dan pengenalan peribadi dan pasport biometrik, teknologi DERMALOG juga digunakan untuk pembayaran dengan cap jari (FingerPayment), sebagai sebahagian daripada mesin perbankan automatik (ATM) serta di kaunter-kaunter bank, dan juga, sudah semestinya sebagai pengesahan biometrik bagi mengakses sistem komputer. Misi DERMALOG adalah untuk terus memacu kepantasan teknologinya supaya lebih mudah dan meningkatkan keselamatan.

DERMALOG Identification Systems GmbH, berpangkalan di Hamburg, adalah salah satu daripada syarikat pengenalan biometrik unggul dunia dan pengilang biometrik terbesar di Jerman. Pasukan syarikat itu yang terdiri daripada para saintis hebat dan pakar IT terus membangunkan produk-produk baharu yang inovatif. Portfolio produk mereka terdiri daripada rangkaian sistem pengenalan titik semak sempadan biometrik yang sangat maju, kad pengenalan biometrik selamat hinggalah kepada penyelesaian FingerLogin dan FingerPayment baharu. Selain Jerman dan Eropah, pasaran utama DERMALOG termasuklah Asia, Amerika Latin dan Timur Tengah.

DERMALOG telah membekalkan lebih daripada 20,000 pengimbas cap jari ke pejabat-pejabat pendaftaran negara Jerman dan pihak berkuasa imigresen Jerman. Peranti itu digunakan untuk membenamkan cap jari ke dalam pasport, kad pengenalan dan permit kediaman elektronik baharu negara itu. Tambahan sebanyak 70,000 pengimbas cap jari lagi telah dihantar ke lebih 50 buah negara lain. Pemasangan AFIS (Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik) yang besar kini beroperasi di lebih 80 buah agensi kerajaan di seluruh dunia. DERMALOG juga menyediakan penyelesaian kepada bank dan pengilang mesin tunai seperti Wincor-Nixdorf, yang telah memasang pengimbas cap jari DERMALOG di lebih 1000 buah mesin tunai mereka di seluruh dunia, yang membolehkan pelanggan menggunakan cap jari dan bukannya nombor PIN yang kurang selamat. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.dermalog.com.

Hubungan media – Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
DERMALOG Identification Systems GmbH
Pegawai Perhubungan: Oliver von Treuenfels
Mittelweg 120
20148 Hamburg, Germany
Tel: +49(40)413227-0
Faks: +49(40)413227-89
E-mel: Oliver.vonTreuenfels@dermalog.com

Source: DERMALOG Identification Systems GmbH
Related Links:
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics High Tech Security Awards