omniture

Playrix Melancarkan Manor Matters pada AppGallery Susulan Kejayaan Perkongsian Terdahulu

Huawei
2021-06-15 22:49 1189

SHENZHEN, China, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Susulan kejayaan kedua-dua Gardenscapes dan Homescapes pada AppGallery, Playrix kembali dengan lebih banyak permainan uji minda untuk khalayak Huawei yang semakin berkembang.

Manor Matters menyediakan hadiah eksklusif untuk meraikan pelancarannya pada AppGallery. Pemain kini boleh menebus pek hadiah yang mengandungi 500 syiling dan 50 unit tenaga serta kupon yang menyediakan diskaun sebanyak 70%1 pada Pek Asas Playrix.

Pemain baharu boleh menikmati pengalaman Playrix yang unik dengan memanfaatkan sepenuhnya tawaran yang tersedia menggunakan syiling untuk bergerak ke hadapan dan unit tenaga bagi menjalankan carian latar tambahan tanpa perlu menunggu ia dimuat semula.

Di Eropah, pemain yang telah mencapai tahap 30 atau lebih tinggi boleh menuntut baucar Tiket Emas tambahan pada permulaan setiap Cabaran Musim bertema - untuk kesemua Manor Matters, Gardenscapes dan Homescapes. Melalui AppGallery, pengguna yang memilikinya boleh membeli Tiket Emas pada harga 4,50€ dengan penjimatan sebanyak 80% daripada harga biasa yang bernilai 5,49€.

"Kami teruja untuk menawarkan permainan kesukaan ramai kami, Manor kepada lebih ramai pemain di seluruh dunia melalui kerjasama kami dengan AppGallery. Selepas menyaksikan kejayaan pelancaran kedua-dua Gardenscapes dan Homescapes sebelum ini, kami teruja untuk melihat respon pemain Huawei terhadap pilihan permainan baharu," kata Maxim Kirilenko, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Playrix. 

Susulan kejayaan pelancaran Playrix setakat ini, dengan kedua-dua Gardenscapes dan Homescapes yang memanfaatkan peningkatan khalayak AppGallery, para peminat cabaran pemulihan terkenal ini boleh menjangkakan lebih banyak tawaran pada bulan-bulan akan datang.

Huawei Menawarkan Sokongan Teknologi kepada Rakan Kongsi 

Sebagai salah satu pasaran aplikasi global yang paling pesat berkembang, kerjasama Huawei dengan Playrix telah memberikan sokongan operasi yang diperlukannya bagi setiap pelancaran. Manor Matters ialah satu lagi contoh berkualiti tentang cara permainan boleh memanfaatkan HMS Core Huawei dan bersepadu dengan kit IAP untuk memastikan pengalaman pembayaran yang lancar bagi kedua-dua pengguna dan pembangun. 

Manor Matters kini tersedia melalui AppGallery

Tentang AppGallery

Dengan AppGallery, visi kami adalah untuk membuat platform pengedaran aplikasi yang inovatif dan terbuka yang boleh dicapai oleh pelanggan sambil melindungi privasi dan keselamatan pengguna. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi paling popular di dunia, AppGallery menawarkan pelbagai Aplikasi tempatan dan global yang merangkumi 18 kategori dan tersedia di lebih 170 buah negara dan wilayah dengan lebih 540 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia.

1 Tidak termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan China.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services