omniture

Telefonica akan meningkatkan komunikasi dan kolaborasi antara kakitangan seluruh dunia menggunakan teknologi awan Microsoft

Microsoft
2013-05-18 01:55 157

- Penyedia telekomunikasi unggul bakal mengatur pemasangan Microsoft Office 365 dan Yammer sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik penggunaan IT untuk memperoleh hasil perniagaan yang lebih baik dan lebih berdaya saing.

MADRID, 18 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Telefonica, penyedia unggul penyelesaian komunikasi bersepadu akan mengaturkan pemasangan Microsoft Office 365 dan Yammer kepada kakitangan di semua operasi perniagaannya di seluruh dunia. Teknologi-teknologi ini adalah sebahagian daripada strategi transformasi IT global yang diketuai oleh Phil Jordan, ketua pegawai maklumat kumpulan di Telefonica, bagi memacu pemudahan, ketangkasan dan pengurangan kos, yang akan menguatkan dan meningkatkan kemampuan digital teras syarikat itu serta tapak globalnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO)

Dengan lebih daripada 130,000 kakitangan di 24 buah negara, Telefonica membolehkan dan mengubah pengalaman kakitangan berkaitan kolaborasi, menyediakan pengalaman tersepadu dengan kelancaran digital yang lebih pantas dan intuitif. Bertukar kepada Office 365 dan Yammer juga memberi manfaat pada Telefonica dengan membolehkan para pekerjanya membangunkan produk dan perkhidmatan baharu untuk para pelanggan dan pasarannya tanpa menghabiskan banyak masa pada sokongan prasarana perkhidmatan kolaborasi. Pengaturan pemasangan ini juga dijangka dapat mengurangkan kos perkhidmatan kolaborasi sehingga 20 peratus dan pada masa yang sama menyokong keperluan sekuriti dan privasi khusus syarikat.

"Hubungan dan kembara transformasi Telefonica bersama Microsoft telah membawa kita ke penanda aras yang begitu mengujakan ini. Selama 18 bulan lalu, kami telah membina asas yang sangat kukuh dan kini kami sudah bersedia untuk berpindah ke awanan," kata Adrian Steel, ketua hab pengeluaran Eropah dan pengarah global di Telefonica. "Mengatur pemasangan Office 365 dan Yammer adalah langkah seterusnya yang membawa tenaga kerja global kami ke barisan harapan komunikasi dan kolaborasi yang lancar dan dalam masa yang sama masih beroperasi pada tahap kepantasan dan pelaksanaan yang sinonim dengan kami."

"Syarikat-syarikat sedang berusaha merapatkan para pegawai dari seluruh silo organisasi dan geografi bagi memacu inovasi dan mengurangkan kos," kata Kurt DelBene, presiden Divisyen Pejabat Microsoft. "Berpindah ke awan dengan Office 365 dan Yammer menjadikannya lebih mudah dan lebih pantas untuk berkolaborasi tanpa mengira lokasi atau struktur organisasi. Telefonica adalah contoh yang hebat bagi sebuah organisasi yang memandang ke hadapan dan memahami bagaimana teknologi awan boleh menjana perniagaannya."

Ekoran daripada kejayaan bukti konsep yang dijalankan tahun lepas, Telefonica memulakan pengaturan pemasangan pertama di seluruh Eropah pada bulan April, dan akan diteruskan ke Amerika Latin. Microsoft Cloud Vantage Services akan membantu perpindahan sepenuhnya ke awan.

Steel yang memantau perpindahan 30,000 pengguna ke Business Productivity Online Suite dalam peranan sebelum ini, telah melihat sendiri keseluruhan rangkaian kemampuan baharu yang ditambah ke Office 365. Salah satu contohnya adalah Yammer, yang digunakan oleh Telefonica untuk kolaborasi lebih baik yang menjangkaui sempadan. Pada bulan Februari, Microsoft mengumumkan penyepaduan Microsoft Translator ke dalam Yammer, membolehkan para pengguna menterjemahkan perbualan Yammer dengan serta-merta ke dalam bahasa kebangsaan mereka.

"Dengan operasi di 24 buah negara merangkumi lapan buah bahasa, kami ternanti-nantikan kebolehan untuk menterjemahkan perbualan dengan serta-merta di kalangan kakitangan kami – satu faedah besar bagi Telefonica," kata Steel. "Dengan menukarkan perbualan dengan serta-merta menjadi bahasa kebangsaan seseorang, Yammer akan membantu kakitangan kami bekerja dengan lebih cekap berbanding sebelum ini dan menumpukan pemberian nilai yang lebih hebat kepada para pelanggan kami. Keupayaan kritikal lain termasuk komunikasi bersatu melalui Microsoft Lync 2013 dan penstoran berasaskan awan melalui SkyDrive Pro."

Maklumat lanjut tentang bagaimana organisasi sedang beralih kepada teknologi Microsoft boleh didapati di bilik berita Microsoft Customer Spotlight.

Mengenai Telefonica
Telefonica adalah salah satu daripada syarikat telekomunikasi terbesar di dunia dalam permodalan pasaran dan jumlah pengguna. Daripada kedudukan yang utuh dalam industri ini, dan dengan perniagaan-perniagaan mudah alih, tetap dan jalur lebarnya sebagai pemacu utama pertumbuhan, Telefonica telah menumpukan strateginya untuk menjadi syarikat unggul dalam dunia digital. Syarikat ini mempunyai kehadiran yang signifikan dalam 24 buah negara dan sebuah tapak pelanggan dengan hampir 316 juta pemasangan di seluruh dunia. Telefonica mempunyai kehadiran yang kukuh di Sepanyol, Eropah dan Amerika Latin, di mana syarikat itu menumpukan kepada sebahagian penting strategi pertumbuhannya.

Mengenai Microsoft
Ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") adalah peneraju dunia dalam perisian, perkhidmatan dan penyelesaian yang membantu orang ramai dan perniagaan merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.

Source: Microsoft
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Multimedia/Online/Internet