omniture

LTI Memperluas Hubungan Strategik dengan Amazon Web Services

LTI
2021-06-16 13:14 46

- Perjanjian kerjasama strategik berbilang tahun ini akan mempercepat nilai dan inovasi pelanggan melalui transformasi digital 

MUMBAI, India, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global telah memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Amazon Web Services (AWS).

LTI telah melancarkan unit awan baru-baru ini yang dikhususkan kepada AWS dan akan memberi tumpuan kepada penghijrahan dan pemodenan, beban kerja aplikasi SAP, analisis data dan Internet Benda (IoT) yang lengkap dengan nasihat, khidmat profesional dan kemampuan penyampaian LTI. Selain itu, LTI akan membangunkan pemecut canggih dan mencipta tawaran awan berfokuskan industri bagi sektor Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan, Pembuatan, Peruncitan & CPG, Media & Hiburan, Teknologi Tinggi dan Insurans.

Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan LTI berkata, "Syarikat-syarikat mahukan kepantasan dan kecekapan apabila mereka menggunakan perkhidmatan awan bagi memperoleh kelebihan daya saing dan meningkatkan penglibatan pelanggan. Kerjasama dengan AWS akan membantu kami mencapai objektif ini dan mempercepat perkhidmatan serta penyelesaian kami untuk membina, memindahkan, mengurus, mengendali dan mengoptimumkan persekitaran AWS serta infrastruktur pelanggan kami." 

Siddharth Bohra, Ketua Pegawai Perniagaan & Ketua Unit Perniagaan Awan LTI berkata, "Kerjasama ini akan menyokong peningkatan amalan AWS LTI dengan kerjasama yang lebih terperinci dalam pembangunan produk dan perkhidmatan. LTI akan memanfaatkan pengalaman dan pengetahuannya yang mendalam untuk memacu transformasi digital yang serba lengkap bagi perusahaan global yang menggunakan penyelesaian industri, platform analisis dan perkhidmatan teknologi canggih yang dibina dan digunakan pada AWS."

"Kami gembira dapat meningkatkan kerjasama kami dengan LTI," kata Doug Yeum, Ketua Organisasi Rakan Global AWS. "Melalui kerjasama ini, LTI akan memperluas amalan AWS mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global memandangkan para pelanggan ini ingin memanfaatkan perkhidmatan AWS bagi mempercepat transformasi digital mereka, berinovasi dengan kadar yang lebih pantas dan menyelesaikan masalah perniagaan yang paling mencabar."

Bobby George, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Digital Carrier berkata, "Di Carrier, awan merupakan teras strategi transformasi digital kami dan memainkan peranan penting dalam memacu inisiatif perniagaan kami untuk mengembangkan segmen, menyampaikan produk dan perkhidmatan digital baharu serta meningkatkan pengalaman pelanggan. Dengan pengetahuan mereka yang mendalam tentang ekosistem Carrier dan kepakaran AWS yang kukuh, LTI merupakan rakan kongsi penting dalam perjalanan kami ini. Saya mengucapkan tahniah kepada LTI dan AWS atas kerjasama strategik yang mereka jalinkan dan berharap dapat mempercepatkan transformasi di Carrier. Semoga berjaya!"

Setelah mencapai kecekapan AWS dalam DevOps (Operasi Pembangunan), Penghijrahan, Data & Analisis, Perkhidmatan Kewangan, Pembelajaran Mesin, Beban Kerja Microsoft dan SAP, LTI telah melaburkan sejumlah besar dalam membangunkan kepakaran AWS.

Tentang LTI : 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang membolehkan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 35,000 warga LTI mendayakan pelanggan kami untuk meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Ikuti kami di @LTI_Global

Berhubung dengan LTI :

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:EQLTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics