LONDON dan FLORENCE, Itali, 20 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Matteo Vanzi dari Itali adalah pemenang pertandingan Pelayan Bar Paling Imaginatif Dunia BOMBAY SAPPHIRE®. Matteo Vanzi membawa pulang anugerah tertinggi di pertandingan akhir peringkat dunia di Tuscany, Itali, yang menyaksikan beliau bersaing dengan pelayan bar profesional dari seluruh dunia untuk meraih penghormatan dan hadiah berprestij itu. Jenama gin paling cepat berkembang mengikut jumlah dan nilai (Note 1) mencabar para peserta untuk mencipta minuman koktel yang diilhamkan oleh Tuscany, tempat asal beri juniper, yang menjadi asas gin Bombay Sapphire.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130517/613782-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130517/613782-b )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130517/613782-c )
Para pelayan bar mengambil bahagian dalam acara empat hari, di dalam dan sekitar bandar Florence yang bersejarah di mana mereka mengalami sendiri rantau tersebut. Pemenang, Matteo Vanzi dari Itali, telah dipilih daripada 11 finalis dari seluruh dunia.
Dilangsungkan di Il Salviatino, sebuah villa abad ke-15 yang terletak di atas bukit bukau yang menaungi Florence, Raj Nagra Duta Jenama Bombay Sapphire yang menganjurkan pertandingan itu mengulas, "Bergandingan dengan bakat-bakat paling kreatif dari belakang bar bukan sahaja mencabar pelayan–pelayan bar ini, bahkan pertandingan Pelayan bar Paling Imaginatif Dunia Bombay Sapphire turut memberi sokongan kepada mereka dalam usaha mereka menjadi pelayan bar paling imaginatif di dunia."
Selain dinobatkan sebagai Pelayan Bar Paling Imaginatif Dunia 2013 Bombay Sapphire bagi koktel yang dihasilkan, beliau turut menerima trofi rebutan; diundang menjadi hakim pada pertandingan tahun hadapan dan juga akan menjadi ahli terbaharu Dewan Kemahsyuran Koktel Bombay Sapphire -- dengan memegang pelbagai tugasan, termasuk menghadiri pembukaan Kilang Penyulingan Bombay Sapphire di Laverstoke Mill di Hampshire, England, lewat tahun ini. Tambahan pula, Matteo Vanzi akan mendapat peluang unik bekerjasama dengan Virgin Atlantic untuk mencipta koktel khas baharu mereka yang akan ditampilkan sebagai sebahagian daripada menu Clubhouse (Note 2) penerbangan itu, memberi peluang kepada para pelanggan di seluruh dunia untuk menikmati hasil imaginasi mereka.
Matteo Vanzi mengulas mengenai kemenangannya, "Saya menimba banyak pengalaman sepanjang kembara cetusan imaginasi ini, namun kesungguhan dan kecintaan yang ditunjukkan oleh keluarga Pastorini yang menuai beri juniper, salah satu bahan botani Bombay Sapphire, yang memberikan inspirasi koktel dan tema cinta saya. Tuscany adalah rantau sangat romantik yang menggabungkan keghairahan warga Itali seperti keluarga Pastorini, dengan sejarah dan gaya; intipati perkara seperti inilah yang membantu saya mencipta koktel yang menang ini. Ia benar-benar satu penghormatan apabila dinobatkan sebagai Pelayan Bar Paling Imaginatif Dunia 2013 Bombay Sapphire."
Pengarah Kategori Global Bombay Sapphire, John Burke, berkata: "Sepanjang acara ini berlangsung, setiap finalis telah mempelajari bahawa imaginasi adalah teras bagi jenama gin Bombay Sapphire, daripada usaha mendapatkan sumber bahan botani eksotik hingga ke proses penyulingan infusi wap yang unik dan botol biru ikonik kami. Matlamat kami ialah mencetuskan imaginasi bukan sahaja bagi para finalis ini, tetapi para pelayan bar dan pencinta gin seluruh dunia."
Alami kembara Pelayan Bar Paling Imaginatif Dunia Bombay Sapphire dengan melayari http://www.bombaysapphire.com/imaginativebartender
NOTA KEPADA EDITOR:
The Pastorini (Perfect Lady) -- Resipi Koktel Pemenang Matteo Vanzi
Bahan resipi keseluruhan
Kaedah keseluruhan
Shrub buatan sendiri
Kaedah shrub buatan sendiri
Infusi
Untuk membuat infusi
Meringue Beri Juniper
Kaedah meringue
Para Finalis:
Mengenai Bombay Sapphire
Jenama gin paling cepat meningkat mengikut jumlah dan nilai (Note 1). Berasaskan resipi rahsia 1761, gin Bombay Sapphire dicipta dengan mengimbangkan kombinasi unik 10 bahan botani eksotik terpilih dari seluruh dunia dengan sempurna. Rasa semulajadi bahan botani itu ditawan melalui proses penyulingan yang cermat dipanggil Infusi Wap yang menghasilkan Bombay Sapphire dengan rasa yang kompleks, licin dan menggoda.
Bombay Sapphire -- DIINFUSI DENGAN IMAGINASI
Bombay Sapphire berhasrat mengilhami orang ramai untuk mengembangkan minda mereka, berfikir secara berbeza untuk lebih menggambarkan diri dan Imaginasi mereka. Pasukan di Bombay Sapphire percaya bahawa setiap orang mempunyai imaginasi dan berhasrat memberikan setiap orang peluang untuk mendapat ilham, dan menggabungkan imaginasi mereka dengan Bombay Sapphire.
http://www.bombaysapphire.com
http://www.facebook.com/BombaySapphire
Nikmati Bombay Sapphire dengan bertanggungjawab. BOMBAY SAPPHIRE ADALAH TANDA DAGANGAN.