omniture

China perdalam pembaharuan, pembukaan, perluas kerjasama dalam era baharu

CCTV+
2021-06-16 14:36 159

BEIJING, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Dengan keyakinan bahawa keterbukaan merupakan cara untuk mencapai pertumbuhan dan kekayaan, Presiden Cina Xi Jinping telah menyeru China dan seluruh pelosok dunia untuk memperluaskan jaringan kerjasama dan membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama buat umat manusia.

Semasa menghadiri Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC (APEC CEO Summit) di Bali, Indonesia pada November 2013 yang lalu, presiden Cina ini memetik pepatah yang telah lama wujud untuk menyatakan keazaman teguh negara berkenaan dalam memperbaharui dan membuka ekonominya serta meningkatkan kerjasama dengan seluruh pelosok dunia.

"China akan menyatakan komitmennya untuk membina kerangka kerjasama serantau rentas-Pasifik yang memberi manfaat kepada semua pihak. Pasifik yang luas bebas daripada halangan semula jadi dan kita tidak seharusnya menimbulkan sebarang halangan buatan manusia. 'Tidak terbatas samudera yang kita layari bersama angin,'" kata Xi yang memetik satu baris daripada sajak Cina yang ditulis 1,000 tahun yang lalu.

Perubahan luar biasa yang terhasil daripada dasar pembaharuan dan pembukaan 1978 China membuktikan nilai keyakinan yang hebat bahawa keterbukaan merupakan cara untuk mencapai pertumbuhan dan kekayaan.

Berpandukan dasar tersebut, negara berkenaan telah ditransformasikan daripada sebuah negara yang sebahagian besarnya berasaskan pertanian menjadi ekonomi kedua yang terbesar di dunia.

Jumlah import dan eksport barangan China meningkat 1.9 peratus berbanding tahun sebelumnya menjadi 32.16 trilion yuan (kira-kira 4.97 trilion dolar A.S.) pada tahun 2020.

China turut menyertai senarai 10 ekonomi paling bertambah baik terunggul di dunia bagi kemudahan menjalankan perniagaan untuk tahun kedua berturut-turut hasil daripada agenda pembaharuan yang mantap, menurut laporan kajian Bank Dunia untuk tahun 2020.

Sementara itu, China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 140 negara dan 31 organisasi antarabangsa di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) sejak dimulakan pada tahun 2013.

Tatkala China memulakan perjalanan baharu ke arah pemodenan sosialis melalui Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025), dasar pembukaan kekal penting untuk hala tuju baharu negara berkenaan.

Kini, China mempunyai 21 zon perdagangan bebas perintis (FTZ) selepas memperkenalkan tiga FTZ baharu tahun lalu. Ia turut menandatangani perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang bakal menjadi blok perdagangan bebas yang terbesar di dunia.

Sebelum ini, Presiden Xi telah berjanji bahawa "Pintu pembukaan China tidak akan ditutup dan hanya akan dibuka lebih luas," menandakan niat yang jelas untuk jalinan kerjasama global yang lebih besar.

Pautan: https://youtu.be/9NREbgLCNr4

Source: CCTV+
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television Economic news, trends, analysis