omniture

Aktiviti Pengumpulan Video Pendek Global Dilancarkan untuk Mengabadi Keindahan Biodiversiti

Leading Group Office of Yunnan Provincial Preparatory Work for COP15
2021-06-16 15:05 56

KUNMING, China, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Satu aktiviti pengumpulan video pendek di seluruh dunia, "Melindungi dunia yang luas dan membina tanah air bersama di Bumi," bermula pada 9 Jun 2021. Aktiviti ini bertujuan untuk menyampaikan tema "Peradaban Ekologi: Membina Masa Depan yang Dikongsi Bersama buat Semua Kehidupan di Bumi", bagi Persidangan Biodiversiti Bangsa-Bangsa Bersatu (CBD COP15) yang akan datang, dan menyeru orang awam agar menghormati, mematuhi, dan melindungi alam, dan merealisasikan visi "kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan alam". Aktiviti ini dianjurkan oleh Leading Group Office of Yunnan Provincial Preparatory Work untuk COP15.

Satu aktiviti pengumpulan video pendek di seluruh dunia, "Melindungi dunia yang luas dan membina tanah air bersama di Bumi," bermula pada 9 Jun 2021.
Satu aktiviti pengumpulan video pendek di seluruh dunia, "Melindungi dunia yang luas dan membina tanah air bersama di Bumi," bermula pada 9 Jun 2021.

Mesyuarat ke-15 Persidangan Parties to the Convention on Biological Diversity (CBD COP15) akan berlangsung di Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan barat daya China dari 11 hingga 24 Oktober 2021.

Institusi dan individu—termasuk pembuat filem profesional dan bukan profesional, vlogger, dan pencipta kandungan media sosial—digalakkan untuk menghantar karya-karya mereka. Seratus peserta akhir akan menerima anugerah dalam empat kategori: Kreativiti Terbaik, Populariti Terbaik, Kisah Terbaik dan Karya Luar Biasa.

Video yang dihantar harus memberi tumpuan terhadap perlindungan biodiversiti, keindahan biodiversity, dan kewujudan bersama antara manusia dan alam.

Dengan baris subjek "Aktiviti Pengumpulan Video Pendek Global COP15," penghantaran video boleh dibuat melalui emel kepada cbdCOP15video@outlook.com, dengan maklumat hubungan (nama penuh dan emel) dalam badan emel tersebut. Tiada halangan tentang format video. Resolusi video mestilah melebihi 1080P, kadar bit tidak kurang daripada 15 Mbps, dan panjang video mestilah kurang daripada 5 minit. Video dalam bahasa Cina and Inggeris boleh diterima. 

Karya akan diterima dari 9 Jun hingga 15 Ogos 2021. Sebaik penghantaran selesai, karya yang disenarai pendek akan dipaparkan dari 15 Ogos sehingga awal September. Anugerah akan diumumkan di pertengahan September dan video-video yang menang akan dipamerkan dalam jelajah dari akhir September hingga Oktober.

Source: Leading Group Office of Yunnan Provincial Preparatory Work for COP15
Keywords: Entertainment Environmental Products & Services Film & Motion Picture Green Technology Travel Future Events