omniture

TripleLift Capai Tanda Aras Baharu: $1 bilion dalam Pembayaran Penerbit

TripleLift
2021-06-16 16:04 1

Syarikat ini mewakili 31,000 pemilikan laman web unik

NEW YORK, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, TripleLift, salah sebuah syarikat teknologi iklan yang paling pesat berkembang di dunia, mengumumkan bahawa syarikat tersebut berjaya melangkaui pembayaran penerbit bernilai $1 bilion, menandakan pencapaian baharu untuk syarikat tersebut dan rakan kongsi penerbitnya. Pada bulan lepas sahaja, para penerbit TripleLift memperoleh pendapatan melebihi $50 juta melalui platform, sebuah lagi rekod untuk syarikat berkenaan.

"Kami berbangga dengan pertumbuhan yang berjaya dicapai oleh penerbit kami bersama TripleLift. Ini bermaksud pencapaian bernilai $1 bilion dalam menuju tahap kandungan dan kewartawanan berkualiti yang menyokong pengedaran kandungan, maklumat dan berita percuma secara global," kata Michael Lehman, Naib Presiden Kanan Bekalan Global TripleLift. "Mencapai sasaran pendapatan bernilai $1 bilion sememangnya hebat, namun kami berasa lebih bangga apabila mengetahui bahawa kami meraih kejayaan ini melalui kerjasama dengan organisasi yang kami hargai serta kagumi, yang semuanya sentiasa aktif membantu kami mereka bentuk pelan hala tuju produk kami."

TripleLift pertama kali melancarkan produk programatik yang asli pada 2014 demi membantu para penerbit bersaing dengan platform media besar yang meraih sebahagian besar belanjawan iklan yang semakin meningkat dan dengan itu menekan penerbit di seluruh rangkaian web secara terbuka. Sejak itu, syarikat tersebut telah mengembangkan portfolio produknya bagi menyokong setiap format iklan yang boleh diurus niaga secara programatik daripada paparan sehingga TV Terhubung. Hari ini, 75% daripada para penerbit TripleLift berurus niaga pada pelbagai format iklan dan 73% daripada para penerbit TripleLift menawarkan inventori video pada platform tersebut. 

TripleLift mempunyai hubungan langsung dengan lebih 900 para penerbit, yang mewakili lebih daripada 31,000 laman web; 20% daripada para penerbit tersebut dimiliki oleh golongan yang sejak dahulunya terpinggir dalam media, termasuk golongan kulit hitam, Latin, Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik, LGBTQ+ dan kaum wanita.

Tentang TripleLift
TripleLift ialah salah sebuah syarikat teknologi iklan yang paling pesat berkembang di dunia dan juga merupakan sebuah syarikat teknologi dengan gabungan produk antara kreativiti dan media. Misinya adalah untuk menjadikan pengiklanan lebih baik untuk semua orang — para penerbit, pengiklan dan pengguna — dengan mencipta semula satu penempatan iklan pada satu masa. Dengan sumber inventori langsung, rangkaian produk yang pelbagai dan rekaan kreatif yang dicipta untuk penskalaan, TripleLift menerajui pengiklanan programatik generasi seterusnya dari komputer ke televisyen. Bekerjasama dengan 90% daripada para penerbit yang berada pada comScore 200, 100% daripada jenama pada AdAge 100 dan 100% daripada 20 DSP global terbaik, TripleLift telah menambah angka pendapatannya dengan dua kali ganda tinggi sejak penubuhannya dan kini telah mencatatkan peningkatan keuntungan selama lima tahun. TripleLift telah muncul di Inc. 5000, Deloitte Technology Fast 500 dan Crain's New York Fast 50 selama empat tahun berturut-turut dan telah tersenarai dalam Syarikat Teknologi Pengiklanan Paling Popular Business Insider sejak dua tahun yang lalu. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara TripleLift membentuk masa depan pengiklanan di triplelift.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1476042/TripleLift_Logo.jpg?p=medium600

Source: TripleLift
Keywords: Advertising Computer/Electronics Sales reports