omniture

Chic Weeks: Sebuah Kolaborasi Antara Chic Outlet Shopping(R) Village, Black Tomato dan Majalah PINCH

Value Retail PLC
2013-05-20 17:18 157

LONDON, 20 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Syarikat pakar khusus pengembaraan Black Tomato telah mereka 'Chic Weeks', sebuah koleksi itinerari mewah dengan kolaborasi Koleksi Chic Outlet Shopping® Village dan majalah PINCH.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/60662-chic-outlet-shopping-pinch-magazine

Chic Weeks; sebuah siri filem yang ditempah khas untuk mengabadikan tujuh kembara ilham gaya ke beberapa destinasi membeli belah yang paling anggun di Eropah, boleh disaksikan di laman web PINCH. Filem-filem tersebut mengikuti jejak langkah beberapa duta yang bergaya di waktu mereka menikmati Chic Week mereka sendiri. Tertawan dengan seisi Itali, wartawan fesyen yang dihormati Kate Mulloy membawa kita bersiar-siar di Fidenza Village, berhampiran Milan, manakala jurugambar fesyen yang berpangkalan di London Chad & Paul mengembara ke Barcelona untuk meninjau butik-butik di La Roca Village.

Setiap itinerari Chic Week mengandungi aktiviti-aktiviti wajib di setiap bandar serta luangan masa seharian di Village. Sebagai contoh, sebuah Chic Week di Madrid bertumpu kepada penginapan di Hotel Ritz yang mewah di tengah-tengah 'Segitiga Emas'bandar tersebut. Para pengembara bangun dari lena dikelilingi dengan persekitaran yang mewah sebelum menaiki perkhidmatan Shopping Express™ untuk dihantar ke destinasi rimbunan dedaunan Las Rozas Village. Di sini, pengembara anggun akan mencari pakaian baharu, membuat pilihan daripada lebih 100 buah butik rekaan mewah, sebelum pulang ke bandar untuk menghabiskan masa beberapa hari menyelami budaya eklektik Madrid dan mencuba hidangannya yang termasyur di dunia.

"Percutian adalah untuk meneroka keriangan dan mencipta memori. Kolaborasi antara Chic Outlet Shopping® dan Black Tomato,yang mana mempunyai pakar perunding yang mengalami destinasi-destinasi ini sendiri, membolehkan perantau, walaupun yang sudah arif tentang pengembaraan, menemui sesuatu yang unik dan dimanjakan."

Andres Sosa, Ketua Pemasaran & Media Digital di Chic Outlet Shopping®.

Video langsung Pinch boleh didapati di:

http://www.pinch-magazine.com/2012/10/chic-weeks/

http://www.pinch-magazine.com/2012/10/watch-a-chic-week/

Mengenai Chic Outlet Shopping®

Chic Outlet Shopping® adalah Koleksi 'perkampungan'outlet mewah oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus kepada pembangunan dan pengendalian 'perkampungan'outlet perniagaan mewah Village. Village menawarkan koleksi asli musim lalu jenama terkemuka fesyen dan gaya hidup mewah dengan penjimatan sehingga 60%, dan kadang kala lebih lagi, pada semua harga runcit yang disyorkan, sepanjang tahun. Terletak berhampiran dengan bandar-bandar pintu masuk Eropah dan China yang menjadi kesukaan ramai - London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich dan, akan datang, Suzhou dan Shanghai - Village sinonim dengan fesyen atasan, perkhidmatan dan layanan hebat, kalendar penuh acara keraian, dan sangat berbaloi dengan harga.

Dengan lokasinya di rantau budaya dan sejarah yang tersohor, Village kini menjadi destinasi pelancongan antarabangsa yang tersendiri. Usaha niaga Value Retail yang baharu membawakan Chic Outlet Shopping® Village yang tersendiri ke China, menyaksikan Village yang pertamanya - Suzhou Village™ - di lokasi bersejarah Suzhou, 50 batu ke barat Shanghai. Sama seperti ahli-ahli yang lain dalam Koleksi tersebut, Suzhou Village™ akan dikenali dengan penawaran jenama fesyen dan gaya hidup mewah antarabangsa, serta tahap layanan yang mengagumkan.

Video: http://www.multivu.com/mnr/60662-chic-outlet-shopping-pinch-magazine

Sumber: Value Retail PLC

 

Source: Value Retail PLC
Keywords: Retail Travel Joint ventures